
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Jumaat, 17 Jun 2011
Rabu, 13 Oktober 2010
LATIHAN PENGUKUHAN SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS - SIRI 1
Bermula siri pertama ini, tumpuan akan diberikan kepada latihan pengukuhan yang melibatkan soalan-soalan pemahaman KOMSAS yang diuji dalam peperiksaan percubaan SPM dari seluruh negara sebagai panduan untuk menjawab soalan pemahaman dari pelbagai sudut yang berbeza.
Soalan 1 - Negeri Melaka - Set 2
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
(Dipetik daripada dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh
seseorang?
(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan seloka di atas.
Contoh Jawaban:
(i) Maksud:
- pergi /belayar ke hulu sungai menyongsong /melawan arus air yang turun
[Maksimum: 2 markah]
- perlu bekerja kuat /bersungguh-sungguh /kikis sikap malas /
- perlu menjalani kursus / menambahkan pengetahuan
- mencari pengalaman baharu /berkongsi pengalaman orang lain
- belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- mencontohi mereka yang telah berjaya
- belajar daripada kesilapan /kelemahan diri yang lalu
- jangan banyak bersedih / jangan berputus asa /menyerahkan kalah
- berbincang dengan rakan atau keluarga
(iii) Tiga pengajaran dalam seloka.
- Kita hendaklah rajin berusaha untuk menyelesaikan masalah
- Kita hendaklah reda menerima apa-apa jua yang ditentukan oleh Allah
- Kita hendaklah bersabar menghadapi dugaan atau menerimyang buruk
- Kita janganlah melakukan sesuatu perbuatan secara bodoh /yang sia-sia / kita hendaklah
bertindak dengan menggunakan akal fikiran yang waras
- Kita hendaklah selalu yakin diri terhadap apa-apa yang kita lakukan/ kita hendaklah berani
menghadapi dugaan /tekanan hidup
- Kita janganlah membunuh sesama manusia /hendaklah menyayang sesama manusia
[Maksimum: 3 markah]
Isnin, 10 Ogos 2009
SEGMEN LATIH TUBI : 1 - PENGETAHUAN & KEMAHIRAN BAHASA

Dalam makalah kali ini pelajar berpeluang untuk membuat latih tubi khususnya soalan yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran bahasa yang diuji dalam soalan 3 kertas Bahasa Melayu 2 peringkat SPM. Markah keseluruhan yang diperuntukkan untuk soalan ini ialah sebanyak 30 markah. Tetapi, lazimnya tidak banyak calon yang berjaya memperoleh markah maksimum tersebut kerana aspek pengetahuan dan kemahiran bahasa yang diuji terlalu luas dan terdiri daripada lima bahagian, termasuk bidang morfologi, sintaksis, mengenal pasti kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan, mengenal pasti kesalahan kata / istilah dan kesalahan tatabahasa, serta peribahasa. Setiap bahagian soalan tersebut mempunyai cara tersendiri untuk menjawabnya. Yang penting pelajar perlu menguasai setiap aspek tersebut dengan baik. Selamat mencuba!