Jumaat, 29 Jun 2012

RENCANA 125: LEMBARAN BAHARU DALAM PENGURUSAN SAMPAH NEGARA


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya bertajuk: "Lembaran Baharu Dalam Pengurusan Sampah Negara" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Julai 2012.Selamat membaca!!!

RENCANA 124: KONFLIK ANTARA WATAK DALAM NOVEL AZFA HANANI

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya bertajuk: "Konflik Antara Watak Dalam Novel Azfa Hanani" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Julai 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 123: MENULIS KARANGAN JENIS KOMSAS

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya selanjutnya bertajuk: "Menulis Karangan Jenis KOMSAS" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Julai 2012. Selamat membaca!!!

Ahad, 24 Jun 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BUKIT RANGIN, KUANTAN







Tarikh: 23 Jun 2012
Hari   : Sabtu
Masa : 8.30 pagi - 1.30 petang
Tempat: SMK Bukit Rangin, Kuantan

Terima kasih kepada sahabat saya Cikgu Nazir Noh, GKMP Bahasa, Ketua Panitia, guru-guru Bahasa Melayu serta para pelajar yang terlibat dalam program tersebut kerana memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa buat kali pertama di sekolah ini. Tahniah kepada semua peserta yang memberi kerjasama yang cukup baik serta semangat untuk belajar yang tinggi sepanjang program tersebut berlangsung selama 5 jam. Semoga kalian memperolah manfaat daripada pengisian yang disampaikan sehingga menjelang peperiksaan SPM sebenar pada 5 November 2012 nanti.

Khamis, 21 Jun 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AYER KEROH




Tarikh: 21 Jun 2012
Hari   : Khamis
Tempat: Dewan Besar SMK Ayer Keroh, Melaka
Masa  : 12.00 tengah hari - 3.00 petang

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Norzian Karman (GKMP Bahasa), Cikgu A.Anggeriani, guru-guru Bahasa Melayu dan semua pelajar yang terlibat kerana memberi ruang dan kesempatan untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa tahun ini. Semoga segala pengisian yang disampaikan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya sehingga menghadapi peperiksaan SPM pada penghujung tahun nanti. Terima kasih atas kerjasama kalian yang sangat memberangsangkan sepanjang program tersebut berlangsung.

Khamis, 14 Jun 2012

RENCANA 122: GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Ikutilah rencana saya selanjutnya berjudul "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara" dalam majalah WADAH SISWA, keluaran sulung (Bilangan 1/2012) yang kini sudah berada di pasaran terbuka. Selamat membaca!!

Ahad, 10 Jun 2012

RENCANA 121: ULASAN SAJAK "SEORANG INSAN ISTIMEWA"



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan keperitan hidup golongan istimewa atau golongan kelainan upaya dalam meneruskan kehidupan harian mereka. Oleh itu, fokus perbincangan dalam makalah bulan ini tertumpu pada sajak Seorang Insan Istimewa, nukilan Natasya Puteri dalam antologi Harga Sebuah Lukisan yang dipelajari di tingkatan tiga. Secara umumnya, golongan istimewa ini walaupun mereka dilahirkan tidak seperti insan normal lain, namun mereka perlu diberi perhatian dan pembelaan kerana mereka juga mempunyai keistimewaan tersendiri yang kadangkala lebih baik daripada insan normal. Masyarakat tidak boleh membezakan golongan itu dengan insan lain kerana layanan perlu diberi sama rata. Tidak dinafikan, golongan istimewa atau orang kelainan upaya sering kali mendapat perhatian dan keprihatinan masyarakat di negara ini. Namun demikian, mungkin banyak pihak yang tidak sedar bahawa golongan istimewa ini memerlukan ruang dan kemahuan tersendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka yang serba kekurangan. 
Ikutilah rencana saya selanjutnya dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Jun 2012.

Isnin, 4 Jun 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI HOTEL SERI MALAYSIA





Tarikh: 4 Jun 2012
Hari   : Isnin
Masa : 10.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Kamaruddin bin Bakar kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan slot pertama pagi ini dalam Program Suntikan A+ Anak-anak Petronas dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat kerana memberi kerjasama dan penglibatan yang aktif dalam sesi perbengkelan yang diadakan sepanjang program tersebut. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan khususnya untuk menghadapi SPM pada penghujung tahun kelak, sekali gus mencapai sasaran A+ untuk kertas Bahasa Melayu.

Sabtu, 2 Jun 2012

RENCANA 120: RANGSANG BELAJAR MELALUI PEMBELAJARAN MAYA




Sejak kemunculan teknologi internet pada tahun 1993, corak hidup komuniti di seluruh dunia sudah berubah dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ekonomi, politik, sosial, dan sebagainya. Penggunaan internet terus berkembang dari semasa ke semasa yang membolehkan maklumat disampaikan secara maya dan merentasi sempadan geografi tanpa had. Dunia pendidikan hari ini juga mengalami perubahan yang positif, selari dengan kemajuan teknologi yang dicapai. Penggunaan Internet telah menukar cara pengajaran konvensional kepada cara pengajaran berasaskan jejaring atau pembelajaran maya (virtual learning). Pengajaran berasaskan jejaring merupakan program pengajaran berasaskan hipermedia yang menggunakan atribut dan sumber Jejaring Sedunia (World Wide Web atau WWW) dan mendokong suasana pembelajaran yang bermakna. Dengan kata lain, pembelajaran maya juga sering dikaitkan dengan istilah atau konsep lain seperti e-pembelajaran, pembelajaran atas talian, pembelajaran jarah jauh, pembelajaran berasaskan laman web, dan sebagainya.

Ikutilah rencana umum saya selanjutnya berjudul "Rangsang Belajar Melalui Pembelajaran Maya", dalam majalah Fokus SPM, keluaran Jun 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 119: SENARAI SEMAK KERTAS BAHASA MELAYU 1 - SPM ULANGAN


Ikutilah rencana Bahasa Melayu SPM saya selanjutnya berjudul "Senarai Semak Kertas Bahasa Melayu 1 - SPM Ulangan, dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Jun 2012.

RENCANA 118: KONFLIK ANTARA WATAK DALAM NOVEL KONSERTO TERAKHIR


Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya berjudul "Konflik Antara Watak Dalam Novel Konserto Terakhir, dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Jun 2012. Selamat membaca!!!

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SHAMS, SEREMBAN



Tarikh: 29 Mei 2012
Hari   : Selasa
Masa  : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan SMK Agama Hj. Mohd. Said, Seremban, Negeri Sembilan.

Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Azizah Kasim (GC Bahasa Melayu), guru-guru Bahasa Melayu serta pelajar yang memberi ruang dan kepercayaan untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa semasa awal cuti persekolahan semester dua. Kerjasama dan komitmen kalian sangat membanggakan semoga berjaya memperoleh kejayaan yang cemerlang pada peperiksaan SPM yang akan datang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BUKIT JAMBUL, PULAU PINANG



Tarikh: 26 Mei 2012
Hari : Sabtu
Masa: 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada sahabat saya Cikgu Wan Sajiri Wan Hassan (GPK 1), Puan Atikah Mohd. Ariffin (GKMP Bahasa), Datin Noraini Ahmad (Ketua Panitia Bahasa Melayu), guru-guru Bahasa Melayu termasuk guru jemputan dari sekolah berdekatan, serta para pelajar yang terlibat kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang. Semoga kalian mendapat manfaat daripada tip dan taklimat yang disampaikan.