Rabu, 26 November 2014

TEKS NOVEL & ANTOLOGI KOMSAS BAHARU TINGKATAN 1 & 4 UNTUK KEGUNAAN 2015

Berikut disenaraikan judul novel baharu Tingkatan 1 dan 4 untuk kegunaan 2015. Empat novel baris di atas untuk kegunaan Tingkatan 1 manakala empat novel baris di bawah pula untuk kegunaan Tingkatan 4. Selamat membaca dan mengkajinya.


ANTOLOGI TINGKATAN 1: 
KUINGIN BERTERIMA KASIH

 

 ANTOLOGI TINGKATAN 4:  
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL



ZON 1 : NEGERI PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
TAJUK NOVEL - PELARI MUDA (TINGKATAN 1)
TAJUK NOVEL - JENDELA MENGHADAP JALAN (TINGKATAN 4)


ZON 2 : NEGERI SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, WP KUALA LUMPUR & WP PUTRAJAYA
TAJUK NOVEL - DESTINASI IMPIAN (TINGKATAN 1)
TAJUK NOVEL - LEFTENAN ADNAN (TINGKATAN 4)


ZON 3 : NEGERI JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.


TAJUK NOVEL - SEJAMBAK BAKTI (TINGKATAN 1)
TAJUK NOVEL - DI SEBALIK DINARA (TINGKATAN 4)

  
ZON 4 : NEGERI MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN 
TAJUK NOVEL - FORMULA TERMODINAMIK (TINGKATAN 1)
TAJUK NOVEL - PANTAI KASIH (TINGKATAN 4)

Isnin, 24 November 2014

FOKUS PENGAJIAN AM STPM SEMESTER 1 2014 MENGENA LAGI!!!

ALHAMDULILLAH KALI INI MENGENA LAGI !!!

KERELEVANAN ARTIKEL 24 SAYA YANG BERJUDUL "MEMERANGI JENAYAH RASUAH" DALAM BUKU KRU 1 DENGAN SOALAN PENGAJIAN AM STPM SEMESTER 1 2014



KERELEVANAN ARTIKEL 12 SAYA YANG BERJUDUL "MASALAH PENGHIJRAHAN GOLONGAN PROFESIONAL" DALAM BUKU KRU 2 DENGAN SOALAN PENGAJIAN AM STPM SEMESTER 1 2014




Selasa, 4 November 2014

ALHAMDULILLAH..FOKUS KERTAS BAHASA MELAYU 1 & 2 SPM 2014 MENGENA

Usai sudah peperiksaan Kertas Bahasa Melayu SPM 2014 pagi dan petang semalam (3 November 2014). Terdapat 5 artikel dalam buku KRU saya secara kebetulan relevan dengan soalan Kertas Bahasa Melayu 1 SPM 2014 dalam Bahagian A dan B. 

Soalan Bahagian A:

Soalan ini relevan dengan artikel 13 saya yang berjudul "Sukan dan Rekreasi: Gaya Hidup Baharu" dalam buku KRU 3.

 Soalan Bahagian B:

Soalan 2 yang berbunyi:

Setiap anak memerlukan sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga apabila menghadapi sesuatu masalah.
Jelaskan peranan yang dapat dimainkan oleh setiap ahli keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.

Artikel 19 ini yang berjudul "Peranan Ibu Bapa Pemangkin Kejayaan Anak-anak" dalam buku KRU 5 relevan dengan pengubahsuaian mengikut kehendak soalan yang diajukan.

Soalan 3 yang berbunyi:

Usaha kerajaan memajukan bidang pertanian memang wajar kerana bidang ini memberikan pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara.

Artikel 15 yang berjudul "Mentransformasi Sektor Pertanian Negara" dalam buku KRU 4 dan artikel 23 yang berjudul "Pertanian Bandar Mengubah Wajah Sektor Pertanian" dalam buku KRU 5 relevan dengan soalan 3.



Soalan 5 yang berbunyi:

Minat murid-murid terhadap karya sastera seperti novel, cerpen, puisi dan drama perlu dipupuk sejak awal lagi.
Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera.

Artikel 5 dalam buku KRU 5 yang berjudul "Memartabatkan Sastera Kanak-kanak dan Remaja" amat relevan untuk menjawab soalan tersebut.

KERTAS BAHASA MELAYU 2

Sekali lagi pada sebelah petangnya, kertas Bahasa Melayu 2 keluar sebahagian besar daripada fokus utama soalan Komsas yang diajukan sebelum ini. Berikut ialah petikan KOMSAS yang menjadi perhatian panel pembuat soalan untuk kertas tersebut:





Sabtu, 1 November 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN SPM - FOKUS ISU 15 (SIRI TERAKHIR)

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 15 (SIRI TERAKHIR)


Satu lagi warisan budaya di negara ini yang perlu dilestarikan termasuk permainan tradisional. Generasi muda perlu didedahkan dengan permainan tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman ekoran wujudnya pelbagai permainan alternatif kini terutama permainan komputer. Masih belum terlambat untuk menyelamatkan permainan tradisional sekiranya semua pihak berusaha untuk mengekal dan mempromosiya. Permainan tradisional seperti gasing, galah panjang, congkak, batu seremban, kurik kundi, guli, layang-layang, dan sepak raga bulatan boleh dihidupkan semula oleh pelbagai pihak. Permainan gasing pada masa lalu misalnya menjadi salah satu cara bagi merapatkan hubungan silaturahim, selain sebagai punca pendapatan melalui pembuatan gasing. Tetapi kini, gasing tidak lagi menjadi satu permainan bagi mengisi masa lapang dalam kalangan penduduk setempat yang mempunyai banyak pilihan untuk beriadah.

*** Sila rujuk artikel 10 saya selanjutnya yang berjudul "Melestarikan Warisan Budaya" dalam buku KRU 2.

Jumaat, 31 Oktober 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN PM - FOKUS ISU 14

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 14

Industri pelancongan di negara kita telah menjadi penyumbang ketiga terbesar tukaran mata wang asing selepas sektor pembuatan dan kelapa sawit dengan pendapatan sebanyak RM58.3 bilion. Di samping itu, Malaysia juga telah diiktiraf sebagai negara ke-9 paling kerap dilawati di seluruh dunia dari tahun 2009 hingga 2011, iaitu tiga tahun berturut-turut oleh United Nations World Tourism Organization (UNWTO). Kedatangan seramai 24. 7 juta pelancong asing ke negara kita pada tahun 2011, dengan jumlah pendapatan sebanyak RM58.3 bilion untuk negara, telah membuktikan bahawa industri pelancongan negara mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Dengan kata lain, pencapaian Malaysia di peringkat global sememangnya sangat membanggakan. Pengiktirafan demi pengiktirafan diterima oleh negara kita, daripada ekonomi yang paling kompetitf di dunia sehinggalah destinasi membeli-belah ke-4 terbaik di dunia. Baru-baru ini, perunding percutian Muslim Global telah memilih Malaysia sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi umat Islam bagi tahun 2013. Hal ini demikian kerana pada tahun 2013, negara mencatatkan kehadiran lima juta pelancong atau 23 peratus beragama Islam daripada keseluruhan 25 juta pelancong asing. Pemilihan Malaysia ini adalah berasaskan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan produk pelancongan Muslim yang memuaskan pelancong beragama Islam seperti bazar Ramadan, keunikan seni bina masjid, tilawah al-Quran dan Rumah Terbuka Aidilfitri yang sekiranya dipromosi sepenuhnya pasti mampu menarik lebih banyak pelancong.

*** Sila rujuk artikel 2 saya selanjutnya yang berjudul "Mengeksport Kelebihan Malaysia Via TMM2014" dalam buku KRU 5.

Khamis, 30 Oktober 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN PM - FOKUS ISU 13

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 13

Tahun 2014 merupakan tahun yang sangat mencabar dan dilalui dengan suram oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Kenaikan kos sara hidup rakyat kini merupakan isu yang menjadi topik perbualan hangat di sana sini yang semakin mencengkam dan menuntut tindakan pihak kerajaan bagi menanganinya dengan segera. Di pasar, di kedai kopi malah sehingga mesyuarat tingkap kaum ibu turut terdengar keluhan yang terpaksa ditanggung setiap hari. Isu kenaikan harga barang bukan sahaja terhad kepada makanan, malah meliputi perkhidmatan dan barangan lain. Namun, sebenarnya masyarakat begitu runsing akan kesan berganda yang berlaku disebabkan oleh kenaikan harga keperuan asasi tersebut. Keresahan itu bukan sahaja dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana, malah turut memberi kesan kepada golongan berpendapatan tinggi dalam memperuntukkan perbelanjaan harian. Bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi kesan kenaikan harga ini terutama barang keperluan harian amat ketara sekali, di samping sikap para peniaga yang lebih mengutamakan keuntungan daripada tanggungjawab sosial. Pelbagai usaha telah dan sedang diambil oleh kerajaan dalam menangani kenaikan harga barang dan mengurangkan bebanan rakyat.

*** Sila rujuk artikel 17 saya selanjutnya yang berjudul "Menangani Kos Sara Hidup Rakyat" dalam buku KRU 5.

Rabu, 29 Oktober 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN SPM - FOKUS ISU 12

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 12

Usaha untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju tidak akan tercapai jika transformasi dalam bidang pendidikan dan modal insan tidak dilakukan dengan sebaiknya. Transformasi pendidikan merupakan antara perkara yang perlu ditekankan dalam agenda transformasi negara. Kerajaan sememangnya telah membuat perencanaan yang amat rapi untuk menjayakan proses transformasi pendidikan negara. Lantaran itu, kerajaan sentiasa memperuntukk...an jumlah yang besar dalam bidang pendidikan. Sebanyak 22 peratus daripada belanjawan negara setiap tahun adalah diperuntukkan untuk bidang pendidikan, sekali gus membuktikan kerajaan amat menekankan pencapaian cemerlang bidang pendidikan negara. Hal ini demikian kerana bidang pendidikan adalah satu bidang keutamaan yang perlu diperjuangkan dan disuntik dari segi kewangan, prasarana, serta dokongan moral semua pihak termasuk rakyat. Dengan kata lain, bidang pendidikan akan terus diberi keutamaan oleh kerajaan bagi melahirkan modal insan berkualiti bagi memastikan daya saing negara dalam pelbagai bidang pada masa depan.

*** Sila rujuk artikel 17 saya selanjutnya yang berjudul "Melonjakkan Kualiti Pendidikan Negara" dalam buku KRU 4.

MENJELANG PEPERIKSAAN SPM - FOKUS SOALAN KOMSAS

MENJELANG PEPERIKSAAN SPM - 3 NOVEMBER 2014


FOKUS UNTUK SOALAN KOMSAS:

Soalan Petikan Prosa Moden:
1. Drama - Tiang Cengal Dinding Sayung / 1400 (Antologi Dirgahayu Bahasaku)

Soalan Petikan Prosa Klasik:
1. Hikayat Opu Daeng Menambun (Antologi Harga Remaja)

Soalan Petikan Puisi:
1. Gurindam 12 Fasal Yang Keenam ((Antologi Harga Remaja)
2. Sajak : Di Perpustakaan / Harga Remaja / Mahsuri (Antologi Harga Remaja)

Soalan Novel:

1. Latar masyarakat
2. Persoalan maruah / kegigihan
3. Peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap pembaca
4. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh watak utama / cara watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi

Ahad, 26 Oktober 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN SPM - FOKUS ISU 11

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 11

Peranan ibu bapa bukan terbatas kepada memberikan perlindungan, pendidikan dan keperluan asas sahaja, malah mencakupi soal pembentukan akhlak yang sempurna, serta keperibadian yang unggul agar menjadi generasi sempurna dari setiap sudut. Ibu bapa perlu lebih prihatin tentang kualiti kehidupan keluarga dan perlu sentiasa mengambil langkah-langkah untuk menanamkan nilai-nilai moral ke dalam diri anak-anak mereka yang diperlukan sebagai as...as sebuah masyarakat yang kukuh, stabil, dan bersatu padu. Keadaan ini tidak membawa apa-apa makna untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang dinamik dengan taraf hidup dan pendapatan per kapita yang tinggi jika tidak diimbangi dengan perkembangan nilai-nilai moral, kualiti hidup, dan pembangunan keluarga. Musim cuti persekolahan amat sesuai sekali digunakan untuk merapatkan hubungan kekeluargaan kerana ketika itu anak-anak berada sepenuhnya di bawah jagaan ibu bapa. Ibu bapa digalakkan membawa anak menemui ahli keluarga atau waris supaya mereka mengetahui saudara dan dapat mengukuhkan hubungan sedia terjalin. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk merapatkan hubungan dalam kalangan anak sejak kecil lagi supaya kita dapat melahirkan sebuah masyarakat penyayang.
**** Sila rujuk artikel 1 saya selanjutnya yang berjudul "Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Tanggungjawab Bersama" dalam buku KRU 5.

Sabtu, 25 Oktober 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN SPM - FOKUS ISU 10

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 10


Gagasan 1Malaysia bukan setakat falsafah untuk kita melakukan proses membina negara bangsa, tetapi apabila rakyat didahulukan, kerajaan akan membangunkan produk, serta perkhidmatan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat. Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan konsep 1Malaysia dengan slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ itu terbukti jelas menjurus kepada aspek kebajikan rakyat yang harus menjadi keutamaannya. Oleh itu, menjadi harapan pihak kerajaan agar produk serta perkhidmatan yang dapat dikaitkan dengan jenama 1Malaysia akan diperbanyak dalam masa terdekat yang bertujuan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat. Tindakan seperti ini secara tidak langsung meringankan beban rakyat khususnya yang berpendapatan rendah selepas kerajaan mendapat maklum balas positif daripada pelaksanaan produk terdahulu. Antara produk berasaskan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan termasuk Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan banyak lagi produk yang lain dilancarkan mengikut keperluan dan kemampuan kerajaan.

*** Sila rujuk artikel 2 saya selanjutnya yang berjudul "Produk dan Perkhidmatan Berasaskan 1Malaysia" dalam buku KRU 4.

Khamis, 23 Oktober 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN SPM - FOKUS ISU 9

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 9


Pada zaman serba moden sekarang, tanpa telefon bimbit dan komputer riba, hidup bagaikan tidak sempurna. Malah tiada hari yang berlalu, tanpa menghantar atau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun tanpa menjengok laman sosial. Laman web rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat. Laman sesawang sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook, dan Twitter kini semakin tersohor dan meluas penggunaanny...a lantaran rata-rata masyarakat pelbagai lapisan usia sudah celik teknologi maklumat. Terkini dikatakan terdapat 600,000 blogger dan 12 juta pengguna laman sosial yang sangat popular iaitu Facebook di seluruh Malaysia. Semua lapisan masyarakat baik golongan pemimpin, golongan profesional sehinggalah ke peringkat kanak-kanak boleh dikatakan majoriti mempunyai laman web rangkaian sosial sendiri. Oleh itu, kesan penggunaan laman sesawang sosial tersebut kepada masyarakat yang mewarnai fokus perbincangan yang akan dihuraikan dalam makalah ini. Tegasnya, hidup zaman sekarang diibaratkan tidak sempurna, tidak lengkap dan tidak keruan, apabila semua gajet itu ‘lenyap’ tanpa disentuh dalam kehidupan seharian.
*** Sila rujuk artikel 19 saya selanjutnya yang berjudul "Memanfaatkan Laman Sesawang Sosial" dalam buku KRU 3.

Rabu, 22 Oktober 2014

TERCARI-CARI ISU KARANGAN ATAU MENGHADAPI MASALAH MENGARANG???



Anda tercari-cari isu karangan atau menghadapi masalah mengarang? Buku-buku Koleksi Rencana Umum Jilid 1-5 (KRU 12345) bisa membantu menyelesaikan masalah tersebut. Kepada bakal calon SPM dan STPM yang mengambil kertas Bahasa Melayu serta yang mengambil Pengajian Am buku koleksi KRU ada jawapannya. Dapatkan segera terus daripada saya sebelum kehabisan stok. Sila hubungi saya di talian 0136840757.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK HANG KASTURI








Tarikh: 21 Oktober 2014 (Selasa)
Masa : 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan SMK Hang Kasturi

PROGRAM HARI INI SEBAGAI PENUTUP TIRAI PROGRAM JERAYAWARA BAHASA BAGI TAHUN 2014.
Terima kasih kepada semua penganjur dari sekolah-sekolah menengah di seluruh negara yang sudi menjemput saya bagi mengendalikan program tersebut dari awal tahun sehingga saat ini. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan menjelang peperiksaan SPM yang dijadualkan pada 3 November 2014 kelak. Kepada semua pelajar saya doakan agar kalian memperoleh keputusan yang cemerlang bagi kertas Bahasa Melayu khususnya dan SPM keseluruhannya. Jika dipanjangkan umur kita berjumpa lagi pada tahun hadapan dan juga terima kasih kepada guru atau pihak penganjur yang sudah membuat tempahan awal untuk tahun hadapan.

MENJELANG PEPERIKSAAN SPM - FOKUS ISU 8

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 8

Masalah kesesakan jalan raya sudah menjadi perkara serius dan setiap penyelesaian yang dicari haruslah bukan sekadar bertujuan untuk melegakan kesesakan untuk tempoh setahun dua sahaja, tetapi perlu mengambil kira unjuran keadaan lalu lintas 20 atau 30 tahun yang akan datang. Lantaran itu, baru-baru ini pihak Kementerian Pengangkutan menyasarkan sebanyak 25 peratus penduduk di negara ini menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam menjela...ng 2015. Sebenarnya, sasaran itu bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya di beberapa bandar besar di negara ini selain mengurangkan pencemaran alam sekitar. Kebanyakan bandar di negara maju, 60 peratus penduduk mereka menggunakan pengangkutan awam, tetapi di negara kita setakat ini, hanya 16 peratus penduduk menggunakan pengangkutan awam dan masih belum mencukupi untuk mengurangkan masalah kesesakan jalan raya di negara ini. Faktor kelemahan sistem dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang kurang memuaskan telah menyebabkan jumlah warga kota memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri. Akhirnya, kesesakan ini menjadi sebahagian daripada beban dan tekanan kehidupan harian masyarakat kota, dan lebih buruk lagi, membentuk satu stigma dan imej negatif yang sedikit sebanyak membawa kesan terhadap usaha kita untuk memasarkan Malaysia sebagai destinasi perniagaan dan pelancongan.

*** Sila rujuk artikel 19 saya yang berjudul "Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Awam" dalam buku KRU 1.

Ahad, 19 Oktober 2014

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS KUALA SELANGOR - KUSESS









Tarikh: 19 Oktober 2104 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan PRIMA SM Sains Kuala Selangor

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS BAGAN DATOH






Tarikh: 18 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa  : 2.00 petang
Tempat: Dewan SM Sains Bagan Datoh

Terima kasih kepada sahabat saya Cikgu Hidir Ali, GPK Pentadbiran, Puan Rohani GKMP Bahasa, guru-guru Bahasa Melayu serta para pelajar kerana memberi ruang dan kesempatan untuk saya mengendalikan program tersebut buat kali kedua. Semoga kalian memperoleh input yang dapat dimanfaatkan dalam peperiksaan SPM yang semakin hampir.