Khamis, 26 April 2012

PROGRAM MBMMBI DI PEJABAT PELAJARAN DAERAH, ALOR GAJAH, MELAKA






Tarikh: 24-26 April 2012
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah, Alor Gajah, Melaka
Masa : 8.00 - 4.30 petang

Alhamdulillah buat kali pertama saya dilibatkan sebagai pemudah cara untuk mengendalikan Program Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris bagi Kursus Penghayatan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu peringkat guru-guru sekolah menengah negeri Melaka. Program tersebut merupakan kolaborasi antara pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu Melaka, Guru Cemerlang, dan Jurulatih Utama Jabatan Pelajaran Melaka. Sebanyak 25 orang guru Bahasa Melayu sekolah menengah negeri Melaka terlibat selama 3 hari berturut-turut. Pemudah cara yang turut terlibat menyampaikan slot masing-masing terdiri daripada Encik Ramly Abu, Encik Abang Saifuddin Abang Bohari, dan Puan Robiah Muhamad daripada IPGKPMM.

PROGRAM JERAYAWARA DI SMK PEREMPUAN METHODIST, MELAKA


Tarikh: 20 April 2012 (Jumaat)
Masa : 2.00 - 5.30 petang
Tempat: Dewan SMK Perempuan Methodist
Terima kasih kepada Puan Sutinah (GKMP Bahasa), Puan Kamisah Ali, guru-guru Bahasa Melayu dan murid-murid yang terlibat dalam program tersebut. Tahniah kepada kalian kerana memberikan kerjasama yang cukup cemerlang dan bersemangat tinggi untuk menimba ilmu sepanjang program tersebut berjalan.

Selasa, 17 April 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMKA SHEIKH HAJI OSMAN ABDUL WAHAB




Tarikh: 14 April 2012
Masa : 2.00 - 5.45 petang
Tempat: Dewan Kuliah SMKA Sheikh Haji Osman Abdul Wahab
Terima kasih kepada Puan Hjh. Norlela, Puan Sabariah, guru-guru Bahasa Melayu serta para pelajar SHOAW yang terlibat dalam Program Jerayawara Bahasa. Mudah-mudahan kalian dapat memanfaatkan segala yang disampaikan.

Jumaat, 13 April 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SUNGAI MAONG


Tarikh: 14 April 2012 (Sabtu)
Masa  : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Bilik Komputer di SMK Sungai Maong, Kuching, Sarawak
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua dan Cikgu Azman yang membenarkan saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di SMK Sungai Maong bersama-sama dengan pelajar dan guru-guru SMK Bako dalam siri rombongan dan Program Kolaborasi PraU SMK Munshi Abdullah ke SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching, Sarawak pada 13 - 16 April 2012.

Jumaat, 6 April 2012

RENCANA 112: KONFLIK WATAK UTAMA DALAM NOVEL RENYAH


Ikutilah rencana KOMSAS SPM selanjutnya berjudul "Konflik Watak Utama dalam Novel Renyah" dalam majalah Pelita Bahasa, keluaran April 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 111: MEMPERKASAKAN PEMBUDAYAAN SAINS


Ikutilah rencana khas saya selanjutnya berjudul "Memperkasakan Pembudayaan Sains" dalam majalah Dewan Siswa,, keluaran April 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 110 : ASPEK LATAR DALAM CERPEN

Ikutilah rencana KOMSAS PMR saya selanjutnya berjudul "Aspek Latar dalam Cerpen: Segala Yang Tercinta Ada Di Sana" dalam majalah Dewan Siswa, keluaran April 2012. Selamat membaca!!!

PROGRAM MOTIVASI DI SMK TUN TIJAH




Tarikh: 5 April
Masa : 1.40 - 2.40 petang
Tempat: Dewan Besar SMK Tun Tijah
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Rokiah Zainal Abidin (Penyelaras Program Motivasi), kaunselor dan para pelajar PMR & SPM yang terlibat dalam program tersebut. Tahniah kerana memberikan komitmen yang cukup memberangsangkan sepanjang program tersebut berlangsung. Mudah-mudahan ceramah "Tuntutan S.T.U.D.Y" dapat menyuntik semangat kalian untuk terus mencemerlangkan diri sekali gus berubah ke arah kebaikan. Insya-Allah jika ada kesempatan kita akan berjumpa semula dalam pusingan kedua, iaitu Program Jerayawara Bahasa selepas ini.