SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Selasa, 29 September 2015
UPSR GUNA FORMAT BAHARU TAHUN DEPAN (2016)
UPSR guna format baharu tahun depan
Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris jadi dua bahagian
MUZDALIFAH MUSTAPHA | 29 September 2015 1:00 AM
NAWAL SALLEH menunjukkan kenyataan media mengenai format baharu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang melibatkan kertas Bahasa Inggeris untuk pemahaman dan penulisan dipecahkan menjadi dua gred berasingan di Putrajaya, semalam. BERNAMA
PUTRAJAYA 28 Sept. - Mulai tahun depan, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dipecahkan kepada bahagian Pemahaman dan Penulisan yang sekali gus menjadikan mata pelajaran itu mempunyai dua gred berasingan.
Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan, Datin Nawal Salleh berkata, perkara itu merupakan format baharu bagi peperiksaan UPSR yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Beliau menjelaskan, ini bermakna pada tahun depan, calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) akan memiliki enam hingga lapan gred dalam keputusan UPSR berbanding sekarang lima hingga tujuh gred atau bergantung pada jumlah mata pelajaran yang diambil.
Beliau berkata, turut diubah adalah kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Sains yang telah dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kertas satu (objektif) dan kertas dua (subjektif), bagaimanapun gred bagi kertas itu masih kekal satu.
“Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di samping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan UPSR 2016 yang baharu dan ditambah baik ini akan digunakan.
“Begitupun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan berpusat seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Nawal memberitahu, perubahan format baharu bagi kertas peperiksaan Bahasa Inggeris itu kini menjadikan semua kertas mata pelajaran bahasa di peringkat sekolah rendah mempunyai dua kertas (Pemahaman dan Penulisan) dan gred berasingan.
Katanya, sebelum ini hanya Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil yang memerlukan calon UPSR menduduki dua kertas (Pemahaman dan Penulisan).
Selain itu, beliau berkata, format baharu UPSR telah menambah ujian subjektif bagi kertas Pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding hanya ujian objektif sebelum ini.
Turut dilakukan pembaharuan, katanya, ialah pada soalan objektif iaitu bahagian aneka pilihan akan dikurangkan sementara bahagian soalan pelbagai bentuk akan ditingkatkan dan ditambah dengan soalan respon terhad (soalan pendek).
“Format baharu itu bertujuan mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan,” katanya.
Beliau menambah, mana-mana pihak yang ingin melihat dan meneliti format serta contoh instrumen UPSR mulai 2016 boleh melayari laman sesawang: www.lp.edu.my mulai Isnin.
Sumber: Utusan Malaysia

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TUN HABAB, KOTA TINGGI
Tarikh: 27 September 2015 (Ahad)
Tempat: Dewan SMK Tun Habab, Kota Tinggi
Masa : 8.45 pagi
Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan maya saya, Puan Safiah Selamat kerana menjadi orang tengah untuk membawa saya kali pertama untuk program tersebut. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada Cikgu Ghazali (GPK HEM), Puan Norani Ani (KP BM) dan guru-guru yang turut serta dalam program tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar tingkatan 4 dan 5 kerana memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh manfaat bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak sekali gus memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Sabtu, 19 September 2015
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA SMK PASOH 2 DI INB RESORT, AYER KEROH
Tarikh: 18 September 2015 (Jumaat)
Masa : 2.45 - 4.45 petang
Tempat: Dewan INB Resort, Ayer Keroh, Melaka
Alhamdulillah... usai berjerayawara di INB Resort, Ayer Keroh khusus untuk pelajar dari SMK Pasoh 2, Negeri Sembilan jam 2.45 petang hari ini. Terima kasih kepada Cikgu Muhasir Mispami kerana mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut. Semoga semua pelajar yang terlibat memperoleh input berguna bagi menghadapi SPM kelak.
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS BAGAN DATOH, PERAK
Tarikh: 12 dan 13 September 2015 (Sabtu & Ahad)
Masa: 8.00 malam dan 8.00 pagi
Tempat: Dewan SM Sains Bagan Datoh
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Hidir Ali , GPK 1 SABDA kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk kali ketiga mengendalikan program tersebut khususnya untuk pelajar Tingkatan 5 atau bakal calon SPM dan kali pertama untuk pelajar Tingkatan 4. Terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu termasuk Cikgu Redzuan dan pelajar yang terlibat dalam program jerayawara bahasa kali ini. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat sekali gus mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.
Jumaat, 11 September 2015
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SEMERAH PADI, KUCHING, SARAWAK
Tarikh: 7 September 2015 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan SMK Semerah Padi, Kuching, Sarawak
Alhamdulillah usai berjerayawara di SMK Semerah Padi pada hari ini (7 Sept. 2015) - Isnin jam 8.00 pagi di Dewan SMKSP. Terima kasih kepada Cikgu Azman kerana berusaha untuk membawa saya ke SMKSP, di samping Guru Kanan dan Ketua Panitia Bahasa Melayu yang turut memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut. Tidak ketinggalan syabas dan tahniah kepada semua pelajar SMKSP dan sekolah jemputan dari SMK Petra Jaya yang turut mengambil bahagian. Semoga kalian mendapat input yang bermanfaat sekali gus memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.
Langgan:
Catatan (Atom)