Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah E@Siswa, Februari 2010.
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Ahad, 31 Januari 2010
RENCANA UMUM 20: MEMPERKASAKAN INDUSTRI KECIL & SEDERHANA
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah E@Siswa, Februari 2010.
Sabtu, 30 Januari 2010
ULASAN KOMSAS 13: SINOPSIS BAB 1 - NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH
Bab 1 – Inilah Dunia Kami
Sebaik sahaja sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan pekerjaan rutinnya, iaitu mencari rotan di hutan. Adit turut bersama-sama ayahnya mencari rotan di hutan pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang bakal dikutip dari hutan. Sebelum itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Setelah itu, dia meletakkan kembali belat tersebut dan mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas sarapan pagi.
Jumaat, 29 Januari 2010
ULASAN KOMSAS 12: SINOPSIS BAB 5 - NOVEL RENYAH
Bab 5
Dani dan Ilham asyik berbual tentang aktiviti masing-masing. Ilham lebih cenderung dalam bidang puisi manakala Dani pula cenderung dalam bidang nyanyian. Tetapi, kegiatan mereka tidak dipersetujui oleh kakak mereka, Amera. Amera menggesa supaya adiknya, Ilham bekerja dengan bapa mereka daripada memperjuangkan sesuatu yang tidak membawa hasil. Amera dan Ilham masing-masing menegakkan pendirian terhadap minat mereka masing-masing. Amera terus meninggalkan Ilham manakala Dani terus leka dengan dunia muziknya.
ULASAN KOMSAS 11: SINOPSIS BAB 1 - NOVEL PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Rabu, 27 Januari 2010
ULASAN KOMSAS 10: SINOPSIS BAB 1 - NOVEL AZFA HANANI
Bab 1
Pagi itu Azfa Hananani asyik mengelamun memikirkan masalah yang dihadapinya sehingga tidak dapat memberi tumpuan pada tugasan kumpulan. Perbuatannya ditegur oleh rakan-rakan dalam kumpulannya. Azfa Hanani berasa bersalah kerana mencuri buku-buku rujukan peperiksaan SPM di perpustakaan, lebih-lebih lagi apabila identiti pencuri tersebut didedahkan nanti. Oleh sebab keadaan kedaifannya, dia terpaksa mencuri untuk mendapatkan ilmu. Perasaan Azfa tetap tersentuh apabila isu tentang kehilangan buku di perpustakaan menjadi topik perbualan rakan-rakannya. Azfa kembali mengelamun dan dia memang tidak berhasrat untuk menjadi pencuri tetapi keadaan mendesak. Perhitungannya untuk membawa keluar sebuah buku demi sebuah buku akhirnya tidak mengena. Ketika murid-murid sedang sibuk menjalankan uji kaji di makmal, dua orang pengawas datang untuk menjemput Azfa Hanani berjumpa dengan pengetua.
Jumaat, 22 Januari 2010
ULASAN KOMSAS 9: SINOPSIS BAB 1 - NOVEL HIKMAH
Zon: Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak |
Bab 1 – Sakit Hati
ULASAN KOMSAS 8: SINOPSIS BAB 2 - NOVEL BUKAN DUNIAKU
Bab 2 – Diganggu Rindu
Setelah menyediakan bungkusan makanan untuk Halim dan rakan-rakannya, Abang Joe keluar menguruskan pekerjaannya. Sebenarnya Halim sudah mengetahui setiap pergerakan yang dijalankan oleh Abang Joe. Dia dianggap sebagai seorang pengedar dadah yang utama kepada penagih-penagih yang berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur. Halim dan rakan-rakannya terus tinggal di pondok usang yang dikawal rapi oleh beberapa orang bawah Abang Joe. Halim cuba memerhatikan di sekeliling pondok dan berazam untuk melepaskan dirinya daripada perangkap tersebut dan pulang ke rumah. Sambil leka mengenang kembali kehidupannya yang selesa, tiba-tiba Halim tertidur dan bermimpi seolah-olah dia berada di rumahnya sendiri. Dia seolah-olah sempat berhadapan dengan ibu bapanya tetapi segala-galanya hanya sekadar mimpi semata-mata. Rupa-rupanya dia masih bersama-sama rakannya yang lain termasuk Saleh yang terjaga daripada tidur. Oleh sebab mereka tidak dapat melelapkan mata, Salleh mula menceritakan kisah bagaimana dia berada di bawah kongkongan Abang Joe walaupun sudah sebulan Halim bersama-samanya di situ.