Isnin, 23 Januari 2012

RENCANA 100: PRODUK BERASASKAN 1 MALAYSIA




Ikutilah rencana umum saya selanjutnya berjudul "Produk Berasaskan 1 Malaysia" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Februari 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 99: ULASAN SOALAN RUMUSAN & PEMAHAMAN SPM 2011 - SIRI 2



Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya selanjutnya berjudul "Ulasan Soalan Rumusan & Pemahaman SPM 2011 - Siri 2" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Februari 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 98: ULASAN & BENTUK SOALAN KOMSAS KERTAS 2 SPM 2011



Ikutilah rencana KOMSAS saya selanjutnya berjudul "Ulasan dan Bentuk Soalan KOMSAS Kertas 2 SPM 2011" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Februari 2012. Selamat membaca!!!

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA KE-2 DI PETRONAS PENAPISAN MELAKA









Alhamdulillah..Program Jerayawara Bahasa kedua sesi 2012 usai dengan jayanya yang bermula dari jam 2.00 hingga 5.30 petang pada 21 Januari 2012 (Sabtu) bertempat di Penapisan Petronas Melaka, Sungai Udang, Melaka. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Kamarudin Bakar yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut.
Tidak ketinggalan juga syabas dan tahniah kepada pelajar yang terlibat dan bersemangat untuk disuntik dengan semangat baharu bagi merealisasikan impian untuk memperoleh A+ dalam SPM kelak. Jumpa lagi pada bulan Jun nanti untuk pengisian yang lebih mencabar. Terima kasih juga kerana sebahagian peserta yang turut membeli buku-buku KRU 1, 2 & 3 dan semoga dapat dimanfaatkan bagi menguasai kertas Bahasa Melayu 1 peringkat SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA PERTAMA DI SMK MALIM





Program Jerayawara Bahasa pertama bagi tahun ini bermula di SMK Malim, Melaka pada 20 Januari 2012, bersamaan hari Jumaat, iaitu minggu ke-3 sesi persekolahan 2012 bertempat di surau sekolah. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua guru khususnya Puan Rosnah (GKMP Bahasa), Puan Mawar, guru-guru, dan murid-murid SMK Malim yang terlibat dalam program tersebut yang bermula dari 3.00 - 5.45 petang. Syabas kepada semua pihak yang terlibat dan bersemangat untuk mengadakan program tersebut. Semoga semangat yang berkobar-kobar ini akan berkekalan sehingga menjelang peperiksaan SPM tahun ini. Terima kasih juga kepada murid-murid yang membeli buku-buku Koleksi Rencana Umum (Jilid 1, 2 & 3) dan semoga dapat dimanfaatkan untuk menguasai kertas Bahasa Melayu dengan cemerlang.

Isnin, 9 Januari 2012

RENCANA 97: WATAK DAN PERWATAKAN - WATAK UTAMA DALAM NOVEL

Ikutilah rencana KOMSAS saya selanjutnya bertajuk "Watak dan Perwatakan - Watak utama dalam novel" dalam majalah FOKUS SPM keluaran Januari 2012. Selamat membaca!!



RENCANA 96: ULASAN & BENTUK SOALAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2011 - SIRI 1

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya selanjutnya bertajuk "Ulasan & Bentuk Soalan Bahasa Melayu Kertas 1 SPM 2011 - Siri 1" dalam majalah FOKUS SPM keluaran Januari 2012. Selamat membaca!!

RENCANA 95: PERANAN DAN IMPAK MEDIA MASSA

Ikutilah rencana umum saya selanjutnya bertajuk "Peranan dan impak media massa" dalam majalah FOKUS SPM keluaran Januari 2012. Selamat membaca!!