Isnin, 30 Mei 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK MALIM, MELAKA




Tarikh: 30 Mei 2011 (Isnin)
Masa : 8.15 - 11.00 pagi
Tempat: Surau SMK Malim
Terima kasih kepada semua guru dan murid yang terlibat dalam program tersebut. Semoga kalian mendapat manfaat daripada perkongsian ilmu yang disampaikan.

Ahad, 29 Mei 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AGAMA PEDAS, NEGERI 9






Tarikh: 29 Me1 2011 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi
Tempat:
Dewan An Nur SMKA DAHAS

Terima kasih kepada Puan Rosiah Othman yang memberi kesempatan kepada saya untuk mengendalikan porgram tersebut. Tidak ketinggalan juga semua guru dan murid, serta peserta daripada SMK Rantau yang turut serta dalam program tersebut. Semoga anda memperoleh kejayaan cemerlang.

Khamis, 26 Mei 2011

BUKU KOLEKSI RENCANA UMUM JILID 1 BAKAL TERBIT !!!

Kulit Depan

Kulit Belakang

Buku saya sendiri berjudul "Koleksi Rencana Umum" Jilid 1 untuk rujukan karangan SPM dan STPM bakal terbit dalam masa yang terdekat. Buku yang mengandungi 25 artikel bagi setiap jilid setebal 100 halaman lebih yang sedang dicetak oleh pencetak tersohor di Melaka. Pesanan boleh dibuat terus melalui saya sendiri. Harga dan cara-cara pesanan akan dimaklumkan sebaik-baik sahaja saya menerima buku tersebut...Tunggu !!!!
Keterangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Rabu, 25 Mei 2011

JADUAL PROGRAM JERAYAWARA BAHASA MEI & JUN

Sepanjang cuti penggal persekolahan dan selepas cuti sekolah dibuka berikut adalah sebahagian daripada jadual Program Jerayawara Bahasa saya sepanjang bulan Mei dan Jun:

BULAN MEI

1. SMK Agama Pedas, Negeri Sembilan - 29 Mei 2011 (Ahad) - 10.30 pagi - 1.00 petang

2. SMK Malim, Melaka - 30 Mei 2011 (Isnin) - 8.00 - 11.00 pagi

3. SMJK Pulau Sebang, Tampin - 31 Mei 2011 (Selasa) - 8.00 - 10.00 pagi

BULAN JUN

4. Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh Melaka - 5 Jun 2011 (Ahad) - 10.00 pagi - 12.30 tengah

5. Dewan Perwira Kem Terendak (Kumpulan ATM Zon Selatan) - 7 Jun 2011 (Selasa) - 8.30 pago - 12.30 tengah hari.

6. SBPI Gombak, Kuala Lumpur - 9 Jun 2011 (Ahad) - 8.00 pagi - 2.00 petang

7. SMK Lepar Hilir, Kuantan - 24 Jun 2011 (Jumaat) - 8.00 - 12.15 tengah hari

8. SMK Tun Tijah, Melaka - 26 Jun (Ahad) - 8.00 - 10.30 pagi

Isnin, 16 Mei 2011

KAEDAH BAHARU KENAIKAN PANGKAT GURU

16/05/2011 3:46pm

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru. Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya. Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan. Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. -

Sumber : Utusan Malaysia

Ahad, 15 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari Guru kepada semua kaum pendidik di seluruh negara. Mudah-mudah kita tergolong dalam "Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

Sabtu, 7 Mei 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TENGKU MAHKOTA, MUAR





Tarikh: 7 Mei 2011 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat: Dewan SMK Tengku Mahkota, Muar

Terima kasih kepada Puan Hjh. Musalmah (Pengetua), Puan Ruzita Anuar (GKMP Bahasa), Puan Rodzyah, guru-guru Bahasa Melayu dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program tersebut yang julung-julung diadakan di sekolah ini. Terima kasih kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan program tersebut. Semoga kalian mendapat manfaat yang maksimum bagi mengekalkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih dihulurkan kepada semua pelajar yang aktif dalam program tersebut.

Khamis, 5 Mei 2011

RENCANA 81: WATAK SAMPINGAN DALAM NOVEL "ERTI SEBUAH PENGORBANAN"


Ikuti rencana KOMSAS PMR saya berjudul "Watak Sampingan dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan" selanjutnya ( 2 halaman) dalam majalah Dewan Siswa, Mei 2011. Selamat membaca!!!

RENCANA 80: PENGGUNAAN BAHAN GRAFIK DALAM NOVEL SUTERA DALAM LUKISAN

Ikuti rencana KOMSAS saya selanjutnya (3 halaman) berjudul "Penggunaan Bahan Grafik dalam "Sutera dalam Lukisan", Pelita Bahasa, Mei 2011.

** Pembetulan dalam artikel saya yang tidak dimasukkan oleh pihak editor, iaitu pernyataan latar tempat atau label bagi setiap gambar foto yang saya sertakan: Gambar foto 1: Di tepi sungai; 2: Rumah nenek; 3: Pangkal pokok, dan 4: Kedai Pak Sulong

KONVENSYEN GURU-GURU BAHASA MELAYU SMT & SMV NEGERI PERAK





Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Hj. Mokhtar b. Hj. Zakaria, Pengetua SM Vokasional Lebuh Cator, Ipoh kerana memberi kesempatan kepadaku untuk menyampaikan ceramah tentang Teknik Pengajaran Bahasa Melayu kepada semua guru Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional sekitar semua daerah Perak dalam Konvensyen Guru-guru Bahasa Melayu SMT dan SMV negeri Perak kali kedua. Slot kedua disampaikan oleh rakanku, Dr. Ghazali Lateh tentang Teknik Penulisan. Konvensyen ini diadakan pada 4 Mei 2010 (Rabu) bertempat di Hillcity Hotel, Ipoh. Semoga perkongsian maklumat sepanjang konvensyen ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.

Isnin, 2 Mei 2011

SASTERA MELAYU SUBJEK TUNGGAL

KUALA LUMPUR 1 Mei – Kesusasteraan Melayu harus dijadikan mata pelajaran tunggal dan bukannya dijadikan sebahagian daripada komponen subjek Bahasa Melayu seperti sekarang. Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh berkata, sudah tiba masanya Kementerian Pelajaran mengambil langkah yang lebih progresif untuk memperbaiki cara pelaksanaan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah.

“Kita harus sedar subjek ini (Kesusasteraan Melayu) sebenarnya bercampur dengan subjek Bahasa Malaysia yang juga mempunyai bahagian seperti tatabahasa, pemahaman dan penulisan. Jadi, seseorang guru bahasa tidak semestinya mampu menguasai seni kesusasteraan. “Pengasingan akan mempermudah kerja mencari guru yang pakar dan mahir dalam bidang sastera untuk menumpukan perhatian sepenuhnya dalam subjek kesusasteraan. Pengkhususan dalam pengajaran bidang sastera akan melahirkan generasi muda yang lebih menguasai dan menghayati sesuatu kesusasteraan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas program Bicara Sasterawan Negara Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bersama Datuk Dr. A. Samad Said dan Muhammad dengan topik Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan: Isu dan Cabaran sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, di sini hari ini. Muhammad berkata, kerajaan harus memastikan maktab perguruan dan universiti menghasilkan lulusan yang baik dalam bidang kesusasteraan supaya bakal guru sastera merupakan mereka yang betul-betul mahir dan menguasai bidang itu dengan sepenuhnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, generasi muda harus dipupuk untuk menjiwai kesusasteraan dan bukannya menghafal laras dan teori yang diajar dalam subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah. “Sastera Melayu tradisi merupakan satu warisan kebudayaan yang amat tinggi nilainya dan sastera Melayu terbahagi kepada dua bentuk utama iaitu dalam bentuk lisan dan tulisan.

“Generasi muda sebenarnya perlu sedar bahawa tiada siapa lagi yang dapat memikul beban untuk mempertahan dan memperkembang sastera Melayu kerana zaman Usman Awang dan sasterawan terkemuka negara yang lain telah hampir tiada dan ada yang sudah tamat perjuangan mereka,” katanya.

Sumber: www.utusan.com.my

Ahad, 1 Mei 2011

SELAMAT HARI PEKERJA 2011

Sambutan Hari Pekerja 2011 akan diraikan pada hari ini. Hari Pekerja mula diiktiraf kerajaan pada 1973 apabila diisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum. Mulai 1991, kerajaan turut menganjurkan Perhimpunan Hari Pekerja secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara. Perhimpunan yang disertai pekerja sektor awam dan swasta juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan, dan pekerja. Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan 'Pekerja Merealisasi Transformasi Negara' akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.
SELAMAT HARI PEKERJA kepada semua warga kerja tidak kira apa-apa profesion yang diceburi. Tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi dan jayakan misi.