Selasa, 22 Oktober 2013

ANALISIS SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM (NOV. & ULANGAN) : 2004 - 2013

  BAHAGIAN A

 BAHAGIAN B - DIMENSI REMAJA

 BAHAGIAN B - DIMENSI KELUARGA

BAHAGIAN B - DIMENSI MASYARAKAT /NEGARA

BAHAGIAN B - DIMENSI MASYARAKAT SERANTAU /ANTARABANGSA

BAHAGIAN B - DIMENSI KOMSAS

Berdasarkan analisis lengkap kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) di atas, diharap dapat membantu bakal calon SPM 2013 untuk melihat semula isu-isu atau tajuk yang pernah diajukan dalam peperiksaan SPM peringkat November dan Ulangan. Oleh itu, tidak perlu lagi membincangkan atau bersiap sedia dengan isu-isu yang telah diuji kerana perbuatan demikian sia-sia sahaja. Selamat maju jaya dan semoga memperoleh keputusan yang cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TAMAN MELAWATI









Tarikh: 19 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Taman Melawati

Terima kasih kepada Dr. Ghazali Taib, Encik Mokhlis (Pengerusi PIBG), guru-guru serta pelajar-pelajar SMK Taman Melawati kerana memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama. Semoga kalian memperoleh manfaat untuk dibawa bekal pada hari peperiksaan SPM kelak dan berjaya dengan cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG







Tarikh: 11 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Perpustakaan SMAP Kajang

Terima kasih kepada Puan Hjh. Rabita, Puan Fuziah, guru-guru Bahasa Melayu serta para pelajar SMKAP Kajang dan sekolah jemputan dari SM Sains Selangor yang turut serta dalam program tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan bagi menghadapi kertas Bahasa Melayu dengan cemerlang peringkat SPM 2013.

Sabtu, 5 Oktober 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMKA MAAHAD MUAR







Tarikh: 28 September 2013 (Sabtu)
Masa  : 8.45 pagi
Tempat: Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar

Alhamdulillah..usai berjerayawara bahasa di SMKA Maahad Muar bertempat di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar semalam (29 Sept. 2013) untuk tahun kelima. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Mastura Idris, Puan Hjh. Aini Ariffin dan guru-guru serta semua pelajar yang terbabit dalam program tersebut dan tidak jemu-jemu mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan bagi membolehkan anda memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak sekali gus mendapat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya.