Rabu, 27 Februari 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS BATU PAHAT






Tarikh: 24 Februari 2013 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi - 2.30 petang
Tempat: Dewan Makan (SEHEBAT)

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Zainuddin Dirin, Puan Zaleha, guru-guru pengiring sekolah jemputan dan para pelajar SEHEBAT berserta pelajar jemputan dari SMK Banang jaya dan SMK Seri Gading kerana memberikan kerjasama yang cukup memberangsangkan sepanjang program tersebut dijalankan. Mudah-mudahan input yang disampaikan dapat memberikan pendedahan awal sebagai persediaan untuk menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk KOMSAS dengan cemerlang khususnya bagi kumpulan pelajaran pertama SEHEBAT tingkatan empat yang baru mendaftar tahun 2013 dan bakal menghadapi SPM pada tahun 2014. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga kita bertemu lagi pada siri yang akan datang. Insya-Allah.

Isnin, 18 Februari 2013

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2013


KEPADA SEMUA BAKAL CALON UPSR, PMR, SPM DAN KV
GAGAL UNTUK MERANCANG, MERANCANG UNTUK GAGAL..
AYUH ATUR STRATEGI DAN TERUS BERUSAHA TANPA HENTI SEHINGGA MENJELANG PEPERIKSAAN YANG BAKAL DIDUDUKI PADA TAHUN INI.

Ahad, 17 Februari 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS BATU PAHAT (SEHEBAT)


Insya-Allah semoga segala yang dirancang bersama-sama Tuan Haji Zainuddin Dirin tempoh hari akan jadi kenyataan dan segala-galnya akan berjalan dengan lancar. Tunggu dan jumpa di sana.

Sabtu, 16 Februari 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SERI PENGKALAN





Tarikh: 14 Februari 2013
Masa : 11:30 pagi - 2:30 petang
Tempat: Dewan Seri, SMK Seri Pengkalan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Jahrah, Puan Azlina Said dan Puan Normah kerana memberi ruang dan kesempatan untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa yang pertama peringkat sekolah menengah bagi sesi persekolahan 2013. Semoga dengan input yang disampaikan dapat menyuntik semangat untuk berusaha dan menempat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada penghujung tahun nanti. Tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dan memberikan kerjasama sepanjang program tersebut berjalan.

Jumaat, 8 Februari 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA - PEMBUKA TIRAI SESI PERSEKOLAHAN 2013





Tarikh: 12-02-2013
Masa : 2.00 petang
Tempat: Dewan Utama Mansur Shah, Petronas Penapisan Melaka, Sungai Udang, Melaka
Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Kamarudin Abu Bakar kerana memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa sebagai pembuka tirai sesi persekolahan 2013. Mudah-mudahan pertemuan pertama ini mampu menyuntik semangat kental bagi para peserta yang bakal menghadapi peperiksaan SPM 2013.

Ahad, 3 Februari 2013

RENCANA 154: MENYINGKAP PERANAN UTC & RTC: SATU HENTIAN PELBAGAI PERKHIDMATAN


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya berjudul "Menyingkap Peranan UTC & RTC: Satu Hentian Pelbagai Perkhidmatan" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Februari 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 153: ULASAN SOALAN RUMUSAN & PEMAHAMAN SPM 2012


Ikutilah rencana BAHASA MELAYU SPM saya selanjutnya berjudul "Ulasan Soalan Rumusan & Pemahaman SPM 2012" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Februari 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 152: ULASAN LATAR MASA DALAM NOVEL SPM 2012


Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya berjudul "Ulasan Latar Masa dalam Novel - SPM 2012" di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran Februari 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 151 : ULASAN & ANALISIS BENTUK SOALAN KOMSAS PMR 2012 SIRI 2 - PUISI


Ikutilah rencana KOMSAS PMR saya selanjutnya berjudul "Ulasan & Analisis Bentuk Soalan KOMSAS PMR 2012 Siri 2 - Puisi" di dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Januari 2013. Selamat membaca!!!