SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Ahad, 28 Februari 2010
JERAYAWARA BAHASA 19: SEKITAR JB 1 - SM SAINS KUBANG PASU, JITRA
Sabtu, 20 Februari 2010
ULASAN KOMSAS 18: SINOPSIS BAB 3 - NOVEL PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Petang itu, Julia terdengar perbualan Mak Cik Noraini yang mengingatkan mama tentang peristiwa ketika melahirkan Julia 16 tahun yang lalu yang menyebabkan mama kehilangan darah yang banyak dan tidak sedarkan diri. Mama serba salah dan tidak sanggup menolak untuk memenuhi hasrat suaminya yang ingin akan zuriat walaupun menyedari risiko yang bakal dihadapinya. Perbualan mama dan Mak Cik Noraini terhenti sebaik sahaja papa pulang, manakala Julia pula berhenti daripada memerhatikan gelagat kedua-dua orang wanita di dapur sebentar tadi, lalu merahsiakan apa-apa yang didengar daripada pengetahuan papanya. Julia menyambut kepulangan papa dan mengajaknya bermain tenis pada petang itu. Ketika Julia dan papanya bermain tenis, mereka didatangi oleh Aisyah, bekas pelajar di kolej tempat papa mengajar dan mereka berbual-bual sambil minum di kantin. Julia berasa kurang senang apabila papanya berborak terlalu lama dengan Aisyah, lantas dia mengajak papa untuk pulang.
Isnin, 15 Februari 2010
ULASAN KOMSAS 17: SINOPSIS BAB 2 - NOVEL PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Beberapa minggu kemudiannya, Julia pulang dari sekolah sendirian sambil merungut tanpa mama. Mak Cik Noraini melayan Julia dengan menghidangkannya bubur jagung yang mengembalikan pertemuan papa dan mamanya. Tiba-tiba Julia teringat kembali peristiwa jari mama yang terluka akibat terhiris pisau dan terpaksa dibawa ke klinik. Papa sangat mengambil berat terhadap mama dan masih bergurau senda dengan mama untuk meringankan kesakitan yang ditanggung mama. Lamunannya terhenti apabila ditegur oleh Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini sempat juga mengimbau kembali kisah silam papa dan mama Julia. Sedang Julia dan Mak Cik rancak berborak, mama dan papa balik sambil masing-masing tersenyum antara satu sama lain. Secara tiba-tiba, papa memberitahu berita gembira kepada Julia bahawa dia akan dapat seorang adik. Julia terlalu gembira walaupun Mak Cik Noraini tidak berapa senang dengan berita tersebut kerana risau akan keadaan mama yang pernah mengalami komplikasi ketika melahirkan Julia dahulu. Tetapi, bagi mama dan papa mereka sudah bersedia untuk menerima segala ketentuan Ilahi kelak.
Selasa, 9 Februari 2010
ULASAN KOMSAS 16: SINOPSIS BAB 1 - NOVEL MELUNAS RINDU
Bab 1
Fuad yang baru balik dari mencari kayu api di hutan disapa oleh Mak Salmah yang risau akan Fuad kerana pulang lewat daripada biasa. Selepas solat maghrib dia terus ke surau dan belajar mengaji daripada Pak Islmail. Selesai solat Isya Fuad menuju ke rumah Tok Penghulu untuk menziarahi anak Borhan yang demam. Fuad bergegas untuk menghantar anak Borhan ke klinik setelah mendapati anaknya demam panas dengan menyewa kereta. Sementara menunggu anak Borhan dirawat, Fuad sempat menyemak baki wangnya di dalam akaun bank yang berhampiran tanpa membuat pengeluaran. Semua bil klinik dijelaskan oleh Fuad dan terus membawa Borhan, isteri, dan anaknya pulang. Dalam perjalanan balik, fikiran Fuad asyik memikirkan wang simpanannya yang baru dimasukkan oleh ayahnya dan timbul pelbagai impian sebelum melelapkan matanya.
Isnin, 8 Februari 2010
ULASAN KOMSAS 15: SINOPSIS BAB 7 - NOVEL RENYAH
Datuk Dolhi meneliti kertas cadangan yang dihantar oleh Wahi dari Tokyo tentang Kawalan Mutu Menyentuh (KMM) dan mengarahkan Rozie untuk memaklumkannya kepada pihak pengurusan dan pegawai-pegawai kanan. Pada dasarnya, Datuk Dolhi amat bersetuju untuk melaksanakan cadangan Wahi itu. Rozie turut mengingatkan Datuk tentang lawatan rombongan presiden dari negara Islam bekas Soviet. Datuk Dolhi terus melayani fikirannya tentang anaknya, Mukhlis dan Wahi silih berganti. Datuk juga mengenang kembali faktor-faktor kejayaan Jepun selepas kejatuhan suatu ketika dahulu. Tiba-tiba Mukhlis muncul untuk membuat kunjungan silaturahim di pejabat Datuk sambil berbincang tentang dakwah dan perniagaan. Sebelum meninggalkan pejabat ayahnya, Mukhlis sempat membuat pinjaman daripada ayahnya dengan alasan untuk berdakwah ke jalan Allah, tetapi usahanya gagal. Datuk Dolhi amat kesal dengan tindakan anaknya yang mensia-siakan usia mudanya.
Khamis, 4 Februari 2010
KOMSAS 21: ULASAN SOALAN KOMSAS SPM 2009 - SIRI 2
Ketabahan watak utama dalam sesebuah novel membolehkannya memperoleh kejayaan. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua contoh yang dapat membuktikan pernyataan di atas. Demikianlah bentuk soalan 4 (a) yang terdapat dalam kertas Bahasa Melayu 2 SPM 2009 yang membawa sebanyak 7 markah. Manakala, soalan 4 (b) pula, berbunyi “Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan satu contoh nilai kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel yang membawa sebanyak 8 markah. Soalan yang sama yang pernah diuji pada peringkat SPM November 2004, cuma tiada perbandingan aspek KOMSAS antara dua buah novel. Berdasarkan dua bentuk soalan tersebut, fokus perbincangan kali ini tertumpu pada contoh jawapan berdasarkan dua buah novel, iaitu Seteguh Karang, karya Tuan Faridah Syed Abdullah dan Terminal Tiga, karya Othman Puteh.
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, Februari 2010
SEGMEN BAHASA 16: ULASAN SOALAN RUMUSAN & PEMAHAMAN UMUM - SIRI 2
Rencana kali ini merupakan siri kedua bagi ulasan soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 dan fokus perbincangan tertumpu pada soalan 1, iaitu Rumusan berserta soalan nombor 2(a) tentang soalan pemahaman berdasarkan petikan umum. Soalan 1 ini memperuntukkan sebanyak 30 markah berdasarkan petikan umum yang dipetik dan diubahsuaikan daripada petikan rencana majalah tempatan. Petikan rencana umum yang terpilih sebagai bahan rangsangan tahun lalu terdiri daripada makalah yang disiarkan di dalam majalah Dewan Kosmik, Februari 2007, bertajuk “Tidur dari Segi Saintifik”, oleh Danial Zainal Abidin.
Soalan rumusan lazimnya merupakan soalan paling popular saban tahun yang memerlukan empat elemen utama ketika menulis rumusan yang lengkap. Elemen-elemen yang dimaksudkan terdiri daripada pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat, dan kesimpulan. Seperti yang calon SPM sedia maklum, bahawa jumlah isi keseluruhan bagi setiap rumusan ialah 10 isi yang terdiri daripada 1 isi untuk pendahuluan, 6 isi untuk isi tersurat, 2 isi untuk isi tersirat, dan 1 isi untuk kesimpulan. Setiap isi membawa 2 markah menjadikan jumlah markah isi sebanyak 20 markah dan ditambah lagi dengan markah bahasa sebanyak 10 markah, iaitu separuh daripada markah isi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 30 markah.
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, Februari 2010.RENCANA UMUM 21: LANGKAH MEMPERTINGKATKAN PELANCONGAN KESIHATAN
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, Februari 2010
Selasa, 2 Februari 2010
ULASAN KOMSAS 14: SINOPSIS BAB 6 - NOVEL RENYAH
Hasnol muncul di rumah orang tuanya pada pagi itu seorang diri dengan wajah yang agak muram. Datin Tominah dapat mengagak bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan anaknya. Datuk Dolhi masih mempelawa Hasnol untuk menguruskan perniagaannya, tetapi Hasnol tetap menolak. Tujuan kedatangan Hasnol kali ini masih mahu meminjam duit daripada ayahnya, tetapi Datuk Dolhi tidak dapat membantunya. Hasnol sebenarnya sedang menghadapi masalah kewangan lantaran berkahwin dengan Linda yang suka hidup mewah. Hasnol terus pulang dengan tangan kosong. Perbualan Datuk Dolhi dan Datin Tominah beralih pula pada soal anaknya, Amera yang masih lagi mengelak untuk berkahwin dengan Robert. Datuk Dolhi meletakkan harapannya yang cukup tinggi kepada Wahi untuk mengambil alih perniagaannya, tetapi Datin Tominah seolah-olah tidak berapa yakin. Datuk Dolhi melenting apabila cadangannya disangkal oleh Datin Tominah
Isnin, 1 Februari 2010
KOMSAS 20: PELUKISAN WATAK DALAM CERPEN TEMPANG
Ikuti tulisan saya selanjutnya di dalam Dewan Siswa, Februari 2010.
KOMSAS 19: ANTOLOGI TEKS KOMSAS BAHARU - PELITA BAHASA
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah Pelita Bahasa, Februari 2010.