Khamis, 27 Oktober 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK DATUK ABDUL RAHMAN YA'AKUB



Tarikh: 23 Oktober 2011
Hari : Ahad
Masa : 8.00 - 11.00 pagi
Tempat: KPA Agrobazaar & Cafe, Lebuh AMJ, Merlimau
Terima kasih kepada sahabat saya Tuan Hj. Yusry, guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam program tersebut bagi mengisi Program Lonjakan Saujana 2 (Menggilap Potensi). Semoga kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SEKOLAH TUNAS BAKTI


Tarikh: 22 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 - 10.30 pagi
Tempat: Bilik Tayang, Sekolah Tunas Bakti, Sungai Lereh, Melaka
Terima kasih kepada Guru Kaunselor STB, Puan Suhana kerana memberi peluang kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di sekolahnya buat pertama kali.

Selasa, 18 Oktober 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI AUDITORIUM SERI NEGERI




Tarikh: 18 Oktober 2011
Masa : 11.20 pagi
Tempat: Auditorium Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka
Terima kasih kepada pihak IKSEP yang memberi ruang dan peluang untuk saya mengendalikan program tersebut hari ini dan tidak ketinggalan kepada semua pelajar bakal calon SPM tahun ini yang terlibat.

Isnin, 17 Oktober 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI KOMPLEKS PENYAYANG ALOR GAJAH



Tarikh: 1 Oktober 2011
Masa : 9.00 - 11.30 pagi
Tempat: Kompleks Penyayang Alor Gajah
Terima kasih kepada Encik Gangga, pengelola program kecemerlangan SPM yang memberi kesempatan kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa bersama-sama ahli-ahli komuniti tempatan yang bakal menghadapi SPM tahun ini.

Sabtu, 15 Oktober 2011

LANDSCAPE @ LANDSKAP??

Sakit mata apabila melihat papan tanda seperti itu. Kenapa tidak menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya? Pelik ya...Tidak ada alasan kalau tidak tahu mengeja dengan tepat. Kamus Dewan ada kenapa tidak dirujuk? Ejaan yang sepatutnya - "Kerja-kerja landskap sedang dijalankan".

Jumaat, 14 Oktober 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI



Tarikh: 13 Oktober 2011
Hari : Khamis
Masa : 8.30 - 11.00 pagi
Tempat: Bilik Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka
Terima kasih kepada pihak penganjur Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan dan Melaka serta Jabatan Pelajaran Melaka yang mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut sebagai pengisian Program Kecemeralangan SPM Pelajar Orang Asli Peringkat Negeri Sembilan dan Melaka. Semoga kalian mendapat manfaat daripada program tersebut.

Isnin, 10 Oktober 2011

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH



a

Tarikh : 9 Oktober 2011 (Ahad) Masa : 8.30 - 11.30 pagi Tempat : Auditorium Sekolah Sultan Alam Shah Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Asmadira, Puan Khazanah, Cikgu Annuar Khisham, guru-guru Bahasa Melayu dan semua pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat dan mengamalkannya semasa menghadapi peperiksaan SPM kelak.

Ahad, 2 Oktober 2011

RUJUKAN TAMBAHAN BUKU KRU 1: SOALAN 3 KERTAS BM 1 - PERLIS

Rujukan tambahan: Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Perlis soalan 3 berbuny:
Usaha yang berterusan untuk membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan tindakan yang wajar agar mereka dapat memberikan sumbangan kepada negara.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk artikel bertajuk "Peranan Kerajaan Terhadap Golongan OKU" di dalam buku KRU 1 seperti berikut:

RUJUKAN TAMBAHAN BUKU KRU 2: SOALAN 4 KERTAS BM 1 - PERLIS

Rujukan tambahan: Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Perlis 2011 Bahagian B Soalan 4 yang berbunyi:
Kegiatan jenayah yang membabitkan pemerdagangan manusia kini menjadi isu sejagat. Bincangkan kerjasama antara Malaysia dengan negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
Sila rujuk artikel saya bertajuk "Pemerdagangan Orang: Antara Cabaran dan Usaha" di dalam buku KRU Jilid 2 untuk keterangan lanjut.

Sabtu, 1 Oktober 2011

RENCANA 91 : PENGAJARAN DALAM NOVEL - KOMSAS PMR


Ikuti rencana KOMSAS saya yang tertera sebagai tip terakhir menjelang peperiksaan PMR yang bakal bermula pada 4 Oktober 2011. Selamat membaca!!!