Selasa, 19 Oktober 2010

NOVEL TERBAHARU TINGKATAN 2 ZON 3 - LESTARI BUKIT MENGHIJAU




Mulai tahun 2011, guru dan pelajar-pelajar dari zon 3 yang melibatkan negeri-negeri Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan akan menggunakan novel Lestari Bukit Menghijau, karya Syed Mahadzir Syed Ibrahim sebagai novel kedua peringkat Penilaian Menengah Rendah atau semasa di tingkatan 2, selain novel Bukan Duniaku, karya Aida Shahira yang sedang digunakan dalam tingkatan 1 tahun ini. Oleh itu, pelajar-pelajar dari zon berkenaan diharap dapat membaca novel kedua tersebut dalam masa cuti sekolah nanti jika berpeluang mendapat novel tersebut yang akan diedarkan melalui skim pinjaman buku teks di sekolah masing-masing, khususnya bagi mereka yang layak menerimanya.

142 ulasan:

  1. Minta tolong siarkah senarai novel dan teks komsas untuk kuala lumpur bagi semua tingkatan 2 dan tingkatan 2 untuk sesi 2011.

    Minta email aimnazri@gmail.com.

    T.k drp smk seri mutiara kl

    BalasPadam
  2. Kepada yang bertanya:
    Judul novel bagi zon Kuala Lumpur tingkatan 2 ialah Wira Pesona Avatari dan teks antologi Komsas yang sama dengan zon yang lain, iaitu Gema Sepi Gadis Genius. Sekian dimaklumkan.

    BalasPadam
  3. boleh ke tulis Sinopsis tentang Lestari Bukit Menghijau ? terima kasih ! =)

    BalasPadam
  4. boleh tolong tuliskn novel wira persona avatari punye sinopsis demi bab dan umum ,tema , persoalan , watak dan perwatakan , latar , plot dan unsur plot , teknik plot , gaya bahasa , nilai dan pengajaran. untuk gema sepi gadis genius tolong buat kn sekali. saya minta tolong sgt.,

    BalasPadam
  5. Minta tolong tuliskan:
    sinopsis novel bab demi bab
    tema dan persoalan
    watak dan perwatakan
    plot dan teknik plot
    latar
    gaya bahasa
    nilai dan pengajaran
    biodata penulis.

    ini tugasan akhir tahun.tiada maklumat di dalam website yang lain.tolong tuliskan dalam tempoh 2 hari ini.terima kasih.

    BalasPadam
  6. salam, munsyi.
    mintak tolong senaraikan tajuk2 yg ada dlm antologi 'gema sepi gadis genius' kerana sekarang ni, buku tersebut belum ada dlm pasaran.
    terima kasih

    ~cikgu izyani~

    BalasPadam
  7. tolong tuliskan sinopsis bab demi bab novel persona avatari....

    BalasPadam
  8. boleh tolong tuliskn novel wira persona avatari dan gema sepi gadis genius punye sinopsis demi bab dan umum ,tema , persoalan , watak dan perwatakan , latar , plot dan unsur plot , teknik plot , gaya bahasa , nilai dan pengajaran.minta tolong sangat..saya tak boleh fahamlah dia punyer jalan cita..harap boleh tolong. =)

    BalasPadam
  9. minta tuliskan sinopsis lestari bukit menghijau secepat mungkin....
    sebab ini kerja akhir tahun.....

    BalasPadam
  10. tolong tuliskan sinopsis / cerita seringkas mungkin tentang novel ini...
    ini kerja akhir tahun tolonglah..

    BalasPadam
  11. aslkum.Tlng senaraikan sinopsis,pengajaran,watak & perwatakan dan lain-lain lagi untuk keja folio.Kerana tiada buku contoh x2 komsas untuk buku lestari bukit menghijau.hal ini kerana ianya adalah buku baru.

    BalasPadam
  12. askm.tlg senaraikan sinpsis bab,plot,tema,biodata punulis,latar, watak dan perwatakan,gaya bahasa,nilai,pengajaran.....tolonglah sya

    BalasPadam
  13. boleh ke tulis Sinopsis tentang WIRA PERSONA AVATARI? terima kasih ! =)

    BalasPadam
  14. minta tolong tuliskan sin0psis bab demi bab dan biodata pengarang.,.,pleasss,.,,=)

    BalasPadam
  15. boleh bagi saya nak tema dan persoalan untuk novel lestari bukit menhijau?

    BalasPadam
  16. tlg tliskn sinopsis,tema,persoaln,wtk&prwatakn,plot,latar,nilai,pengajarn utk novel lestari bukit menghijau
    ..nie utk kerja akhir thun..

    BalasPadam
  17. boleh tlg tuliskan SINOPSIS NOVEL LESTARI BUKIT MENGHIJAU!!

    BalasPadam
  18. salam..b0leh x nux mnx tlg tuliskn sin0psis dan prkara2 yg lain yg ader dlm novel...yg tjuk lestari bukit menhijau..dlm mse dua hari lg??
    sye prlu kn itu krana ader tugasan yg perlu sya siapkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bnyk cntik..sinopsis tu kn boleh buat sndiri...

      Padam
  19. tolong crikn sinopsis wira persona avatari ...
    saya drpd n9

    BalasPadam
  20. assalamualaikum....tolong senaraikan semua perwatakan,latar tempat dan semuanya sekali....untuk memudahkan kami semua menyiapkan kerja-kerja...harap boleh buat semua itu dengan cepat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari la lt tempat lain sakai...

      Padam
    2. suka hati ckp org sakai

      Padam
  21. assalamualaikum......
    bila nk keluarkan buku sinopsis novel lestari bukit menghijau ni????

    BalasPadam
  22. assalamualaikum,,,,
    di melaka belum keluarkan buku rujukan lestari bukit menghijau?saya kena buat folio mengenai buku ini,,,,,tolong pasarkan secepat mungkin,,,

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum , cikgu !
    Saye mohon sesangat untuk cikgu tolong buat ulasan Novel Wira Persona Avatari . Ulasan prosa tradisional dalam Antologi Gema Sepi Gadis Genius . Bantulah saye cikgu . Cikgulah harapan saye ! :'(

    BalasPadam
  24. bley tlg tuliskan tema,perwatakan dan dll...website len sume x aderr...wira persona avatari

    BalasPadam
  25. boleh x keluarkan sinopsis cerita nie cepat seket......sbab nie omwerk akhir tahun

    BalasPadam
  26. Minta tolong banyak banyak tulis Sinopsis bab demi bab Novel Wira Persona Avatari (:

    BalasPadam
  27. Bab 1: Poster Misteri.
    Enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani sedang berjalan ke arah bilik persalinan sementara yang dibina khas bersempena dengan Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di kompleks beli-belah Anggun. Mereka perlu bersiap semula untuk meneruskan cabaran terakhir yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen terpandang dua orang lelaki yang mencurigakan di dalam bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan seorang lagi lelaki India bernama Samy. Baju-baju khas Pertandingan Avatari yang sedang dibelek oleh mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak berlari tetapi dihalang oleh remaja berenam itu. Suasana menjadi tegang dan cemas. Samy mengeluarkan sebilah pisau, tetapi Adeen dan Anas dengan pantas menyerang dan berjaya menahan Samy dengan kemahiran silat mereka. Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah kong mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Aina. Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong meluru keluar dan melepaskan diri. Ho Shao Long memeriksa tempat tembakan di bahu Aina. Dalam keadaan yang kritikal itu, Aina menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayang-layang ke masa lepas. Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya.
    Aina merupakan seorang murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada waktu rehat, Aina masih berada di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kemudian, Zuriani kawan sekelasnya tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang baru ditampalkan di papan kenyataan di kantin. Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.

    Bab 2: Kamar Bicara.
    Aina tidak sabar hendak memberitahu abangnya, Anas tentang suatu berita penting. Sekembalinya Anas, Aina terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana pasukan hoki sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang hendak disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut "Avatari", Anas menjadi teruja. Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang akan ayah mereka yang menginginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu. Ayah mereka menjadi juara kebangsaan Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun dulu. Aina terdiam seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal ini demikian kerana ekspedisi penyelidikan misteri di Laut Andaman. Aina sangat merindui ayahnya.
    Pada malamnya, Anas dan Aina asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik itu berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari. Melalui "Kamar Bicara", mereka bermain permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak tiga dimensi janaan komputer. Dalam salah satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan dengan seorang gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo. Perdebatan antara Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya Morita berlarutan sehingga jam 1.00 pagi.

    BalasPadam
  28. Bab 3: Pasukan Zamrud II.
    Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali. Mereka sedang memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari. Harga sebuah komputer realiti maya yang paling murah dalam lingkungan RM50 ribu. Perisian Avatari pula dalam lingkungan RM10 ribu. Mereka memikirkan siapakan yang sanggup menaja mereka. Tiba-tiba Aina teringat akan Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari dulu. Anas menelefon Pak Cik Ho di rumah. Pauline, anak perempuan Pak Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho tidak ada. Anas meninggalkan pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya kembali.
    Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho. Pak Cik Ho memberitahu mereka bahawa Pak Cik Kuppusamy telah menawarkan anaknya, Kumar untuk menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina. Pasukan Avatari Anas dan Aina juga dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya kepunyaan mereka itu. Mereka memerlukan seorang lahli lagi. Orang yang kelima ini penting kerana dia mesti seorang pengatur cara komputer yang hebat. Aina teringat akan Adeen, anak Profesor Zakri. Aina akan mencuba memujuk Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.

    Bab 4: Libasan Pari.
    Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menunggu Adeen di pusat permainan video Game Star. Kumar tidak sabar menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap Kumar yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar. Anas mencuba menenteramkam pertelagahan antara Kumar dengan Pauline. Akhirnya Adeen sampai. Kumar melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin terhadap kebolehan Adeen. Aina memperkenalkan Kumar kepada Adeen. Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya terhadap Adeen dengan tindakannya yang teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen. Seterusnya Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen.
    Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game Star untuk mendengar taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari yang akan digunakan dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu. Kumar menarik diri. Semua orang menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.

    BalasPadam
  29. Bab 5: Senteri Muda.
    Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu Nisah, seorang guru silat dan bekas sarjan komando. Latihan silat ini sebagai persiapan mereka untuk menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan, cabaran, dan muslihat.
    Ho Shao Long datang untuk meninjau perkembangan Pasukan Zamrud II membuat latihan permainan Avatari. Adeen cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab-sebab CPU Voltra yang canggih milik Pak Cik Ho itu perlu diubah suai lagi. Hal ini demikian kerana CPU tersebut masih lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur. Pak Cik Ho akui akan kelemahan yang terdapat pada komputernya itu. Adeen mencadangkan cip mikroelektrik yang lebih hebat daripada cip Voltra milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru dihasilkan oleh MIMOS Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz. Pak Cik Ho akui akan penerangan Adeen itu.
    Bab 6: Ribut Dalam Cawan.
    Semasa Adeen mengubah suai mesin Avatari, Anas dan Pauline pergi makan di restoran McDonalds di seberang jalan yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star. Mereka berbincang untuk mencari ahli baru sebagai pengganti Kumar. Pauline mencadangkan supaya mereka memujuk Kumar untuk kembali menyertai pasukan Avatari mereka. Namun, Anas tidak bersetuju kerana bagi Anas, Kumar terlalu angkuh. Anas dan Pauline teringat akan pesanan Cikgu Nisah berhubung kitar hayat pasukan dalam sesi strategi pertempuran.
    Mereka kembali ke pusat permainan video Game Star. Anas lalu di behagian permainan video Robot War. Banyak remaja berkumpul di situ. Anas ternampak seorang gadis India sedang tekun mengendalikan mesin permainan Robot War. Dia sedang bersaing dengan beberapa orang remaja lelaki dalam permainan Robot War melalui mesin yang dirangkaikan. Akhirnya, gadis India itu yang bernama Anjali berjaya mengalahkan remaja-remaja lelaki itu. Anas memberitahu Pauline bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II. Anas mendekati Anjali. Pauline berasa tidak senang hati dengan tindakan Anas itu.

    BalasPadam
  30. Bab 7: Latihan Tempur.
    Zuriani merajuk terhadap Aina kerana sejak akhir-akhir ini Aina telah jarang-jarang bertemu dengannya. Sejak Aina mendaftar untuk memasuki Pertandingan Avatari, dia sudah tidak ada masa untuk sahabat karibnya itu. Aina mengakui bahawa memang dia terlalu sibuk sejak memasuki Pertandingan Avatari. Untuk memujuk hati kawannya itu, Aina mengajak Zuriani menyertainya dalam Pertandingan Avatari. Walaupun ahli pasukan Avatari Aina sudah ada lima orang, tetapi Zuriani boleh ikut serta sebagai ahli pasukan simpanan. Untuk itu, Zuriani perlu ikut sama berlatih. Zuriani bersetuju.
    Pada suatu pagi, Anas, Adeen, Pauline, Aina, Anjali, dan Zuriani menjalani latihan kembara di kawasan bukit-bukau dan berlukar, Semasa berehat, Aina mengorek rahsia Anjali tentang sebab dia menggunakan nama "Anjali" padahal nama sebenarnya ialah Laksmini. Anjali kemudiannya mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan dia bersetuju untuk menyertai Pasukan Zamrud II. Anjali sebenarnya telah kalah kepada Anas dalam peristiwa cabar-mencabar dalam permainan video Robot War.
    Setelah keluar dari kawasan bukit-bukau dan berlukar, mereka berlatih tempur pula di tepi pantai dengan bimbingan Cikgu Nisah. Cikgu Nisah mengajarkan beberapa strategi pertempuran untuk mengalahkan musuh. Pauline dipasangkan dengan Anjali untuk latihan tempur. Semasa latihan silat, Cikgu Nisah mendapat Pauline dan Anjali betul-betul bergaduh. Selepas latihan, Cikgu Nisah memanggil Pauline. Cikgu Nisah tahu bahawa Pailine cemburu akan Anjali yang rapat dengan Anas. Cikgu Nisah menasihati Pauline tentang cara hendak menambat hati lelaki berdasarkan pengalamannya sendiri.
    Bab 8: Cabaran Bermula.
    Pagi Sabtu. Para penonton sudah bermula berkumpul di hadapan skrin besar di ruang legar Kompleks Beli-belah Anggun. Pengacara terkenal, Halim melalui avatarnya, muncul di skrin besar. Penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Halim mengumumkan bahawa Pertandingan Avataru ialah pertandingan kembara atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan ini disertai oleh beberapa pasukan dari seluruh dunia. Halim memberikan keterangan dan arahan kepada para peserta. Dalam pusingan pertama, setiap pasukan yang ingin ke pusingan kedua mestilah mencari sebuah pasu emas yang tersorok dalam ruang siber misteri pertama. Pasu emas itu mengandungi teka-teki untuk pusingan kedua. Sebelum pertandingan bermula, Halim memperkenalkan peserta dari Malausia, iaitu Pasukan Zamrud II, Pasukan Harimau Kumbang, Kumpulan Sinaran, dan Pasukan Aura Suci. Para penonton memberikan tepukan.
    Pertandingan bermula. Adeen bertindak sebagai pengawal mesin permainan Avatari yang berada di bilik khas. Adeen mempunyai peranan penting kerana dia bertugas memantau setiap pergerakan pemain dan berfungsi menyalurkan arahan, maklumat, dan sebarang keperluan lain semasa pertandingan.
    Dalam pusingan pertama, Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka, iaitu watak wira dalam Sejarah Melayu. Ruang siber bagi saringan pertama Pertandingan Avatari ialah zaman prasejarah. Avatar-avatar pasukan yang mengambil bahagian berhadapan dengan dinosaur-dinosaur yang besar dan ganas. Pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui oleh avatar Pasukan Zamrud II. Pasukan Zamrud II sudah berjaya memperoleh pasu emas yang terdapat di dalam buah cempedak aneh itu. Mereka sidah hampir pasti untuk layak ke pusingan kedua. Namun malangnya, buah cempedak aneh yang mengandungi pasu emas di dalamnya telah dirampas oleh Pasukan Aura Suci.

    BalasPadam
  31. Bab 9: Juara Songsang.
    Ahli-ahli Pasukan Zamrud II tidak menyangka bahawa Pasukan Aura Suci bertindak jahat dengan merampas buah cempedak aneh tersebut. Mereka sungguh kecewa. Tiba-tiba Adeen memberitahu mereka bahawa cabaran Pasukan Zamrud II belum terakhir dan mengarahkan mereka mencari pasu emas itu di atas lantai terowong. Pasukan Aura Suci telah dibatalkan penyertaan mereka kerana didapati menggunakan kaedah tidak bermoral terhadap Pasukan Zamrud II. Para ahli Pasukan Zamrud II segera berpatah balik dan mencari pasu emas itu. Pauline menemukan pasu emas itu. Dengan itu Pasukan Zamrud II telah berjaya ke pusingan kedua.
    Juruacara Halim muncul di skrin sekali lagi. Halim mengumumkan bahawa dalam pusingan kedua ini, para peserta akan memasuki ruang siber misteri kedua untuk mencari pelbagai objek harta karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang diselesaikan oleh mereka.
    Para ahli pasukan Pertandingan Avatari sudah bersedia untuk memulakan pusingan kedua. Semasa pertandingan baru berlangsung, Adeen mendapati salah satu cip mikroelektronik penting mesin Avatari sudah hilang. Anggota Pasukan Zamrud II mula resah. Adeen yang lebih tertekan. Tiba-tiba Adeen teringat akan Pak Cik Tan ada membawa papan litar gantian dan cip yang sama pasti ada di atas papan litar itu. Adeen bernasib baik kerana papan litar itu masih ada dan lengkap dengan cip mikroelektrik. Adeeb segera memasang cip itu.
    Para ahli Pasukan Zamrud II sudah bersedia untuk berjuang. Mereka telah mendapat jawapan kepada teka silang kata, iaitu "buaya". Jawapan itu tepat dan avatar Pasukan Zamrud II memasuki kawasan padang pasir. Mereka berada dalam zaman Mesir purba, iaitu pada zaman Firaun. Setelah melepasi halangan daripada ulat besar, mereka akhirnya berjaya sampai ke kawasan bangunan yang luas. Di situ mereka berjaya menemukan buaya emas. Adeen mengarahkan ahli pasukannya pergi ke Kuil Abu Simbel untuk mengutip lebih banyak harta karun. Pasukan Zamrud II berjaya ke pusingan ketiga.

    Bab 10: Malaysia Serba Boleh.
    Dalam pusingan ketiga, cabarannya ialah bertanding permainan tradisi. Setiap pasukan akan bertanding dengan pasukan lain untuk menentukan pasukan mana yang layak ke pertandingan akhir. Setiap pasukan mesti menguasai sebanyak mungkin permainan. Pauline memilih memanah. Aina memilih congkak. Anas memilih catur. Anjali pula memilih mahjong. Apabila pusingan ketiga tamat, Jepun menduduki tempat pertama, Rusia di tempat kedua, Australia di tempat ketiga, dan Amerika Syarikat di tempat keempat. Malaysia berkongsi markah dengan Thailand dan Republik Rakyat China. Oleh sebab terdapat tiga pasukan yang layak, maka satu pemecah seri akan diadakan.
    Halim muncul untuk menentukan pasukan mana yang mendapat tempat kelima untuk ke pertandingan akhir. Setiap pasukan akan diberi satu peluang untuk meneka apa yang ada di dalam genggaman Halim. Thailand meneka guli. China meneka wang syiling. Malaysia melalui Aina meneka belalang. Tekaannya tepat. Pasukan Zamrud II layak ke pertandingan akhir.

    BalasPadam
  32. Bab 11: Jutawan Muda.
    Keadaan di bilik persalinan masih tegang walaupun Aina telah dibawa ke hospital kerana perlu meneruskan cabaran pada peringkat akhir. Pada mulanya mereka hendak menarik diri, tetapi Pak Cik Ho menghalang kerana keadaan Aina sudah stabil. Mereka harus memikirkan kepentingan negara. Mereka merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang berkaya ke peringkat akhir. Anas masih tidak berpuas hati terhadap dua orang penceroboh yang memasuki bilik persalinan mereka. Memandangkan Aina telah ditembak, Zuriani menjadi pengganti kepada Aina.
    Semasa -pusingan akhir hendak bermula, Pak Cik Tan masih lagi berada di dalam bilik persalinan. Dia sedang memeriksa beg-beg ahli Pasukan Zamrud II. Dia mengesyaki sesuatu. Dia mendapati cip mikroelektrik yang hilang itu ada di dalam salah satu beg ahli Pasukan Zamrud II namun dia tidak dapat megenal pasti pemilik beg itu.
    Halim muncul sekali lagi untuk mengumumkan peraturan pertandingan pusingan akhir. Lima pasukan akan berentap. Setiap pasukan akan diberi masalah yang sama, iaitu mengubah sejarah dunia. Mereka akan diberi sebuah mesin masa yang dapat membawa mereka kembali ke mana-mana zaman yang mereka mahu. Mana-mana pasukan yang dapat mengubah sejarah sehingga menyebabkan kesan paling besar di dunia akan memenangi Pertandingan Avatari kesepuluh dan mendapat hadiah RM1 juta.
    Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu perajurit Melaka melawan Portugis. Anas yang terkejut apabila mengetahui pasukan Rusia memilih untuk kembali ke Timus Tengah pada 20 April 570, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW cepat-cepat memberitahu ahli Pasukan Zamrud II. Mereka mesti menghalang percubaan Rusia itu dengan menghentikan proses mesin masa. Pada waktu inilah, Adeen menggunakan sepenuh kepakaran dan pengalamannya dalam bidang komputer untuk menyelesaikan masalah yang sangat kritikal ini. Pelbagai masalah dihadapi oleh ahli-ahli Pasukan Zamrud II. Berkat kepakaran Adeen sebagai pengendali mesin Avatari dan keberanian para avatar Pasukan Zamrud II, mereka akhirnya berjaya mematikan mesin masa itu. Hasrat empat pasukan Avatari dari empat negara itu untuk mengubah sejarah dunia tidak kesampaian. Akhirnya, Pasukan Zamrud II telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

    BalasPadam
  33. Originally copied from
    http://xoxo-xianen.blogspot.com/

    BalasPadam
  34. bley tliskn bab 12 pnye snopsis wira persona avatari n snopsis ksluruhn..???

    BalasPadam
  35. Bab 12: Perangkap Musang.
    Pak Cik Tan masih bersembunyi di dalam bilik persalinan. Dia hendak memastikan pemilik beg yang dicurigai itu akan datang untuk mengambilnya sebelum rakan-rakan yang lain tiba. Suasana di luar masih meriah dengan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Pasukan Zamrud II dari Malaysia. Pak Cik Tan tepat. Namun, Pak Cik Tan terkejut apabila mendapati "si musang" itu ialah Anjali. Anjali pula sangat terperanjat apabila ditegur oleh Pak Cik Tan.
    Setelah didesak oleh Pak Cik Tan, akhirnya Anjali menjelaskan segala-galanya. Anjali melakukan perbuatan itu kerana dipaksa oleh abangnya iaitu Muthu, yang merupakan ketua samswend yang hendak membeli pusat permainan video Game Star, tetapi Pak Cik Ho menolaknya. Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali.
    Sementara itu, Aina sudah tiga hari berada di wad kelas pertama. Semua datang melihat keadaannya di hospital kecuali Anjali. Aina menjadi sangat teruja apabila mendengar berita melalui televisyen, iaitu pasukan penyelidik yang diketuai oleh ayahnya yang hilang di Laut Andaman telah ditemui dengan selamat. Doanya telah dimakbulkan Tuhan.

    BalasPadam
  36. sinopsis bab 12 ada di
    http://xoxo-xianen.blogspot.com/

    BalasPadam
  37. sinopsius lestari bukit menghijau]

    Kehadiran Pak Tua di Kampung Alor Rambai menimbulkan kecurigaan penduduk kampung. Dia dianggap gila kerana membeli bukit yang penuh dengan hutan belantara. Bukit tersebut dianggap tidak berfaedah oleh penduduk kampung. Pak Tua terlalu mencintai alam sekitar sehingga menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan penduduk kampung. Dia akan menegur sesiapa sahaja yang cuba menebang pokok. Hubungan Pak Tua dengan penduduk kampung tidak mesra, dia tersisih kerana sikapnya yang pendiam, suka memencilkan diri dan tidak mesra.

    Zahiran sebagai pelajar Tingkatan 3 di kampung tersebut berjaya mendekati lelaki misteri ini dalam usaha menjayakan projek sekolah lestari. Projek sekolah lestari telah diilhamkan oleh Cikgu Idham, pengetua baharu di SMK Alor Rambai yang proaktif dalam menceriakan kawasan sekolah. Zahiran dan rakan-rakannya telah ditugaskan untuk mencari beberapa jenis burung dan ikan untuk menghiasi taman sekolah mereka. Projek sekolah lestari ini adalah sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Kementerian Pelajaran yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000.

    Hasil usaha Zahiran dan rakan-rakannya, Pak Tua mula diterima oleh penduduk kampung. Hamzah yang diserang demam kuning menjadi titik permulaan kepada usaha gotong-royong bagi membersihkan kawasan rumah Hamzah yang kotor dan menjadi tempat pembiakan nyamuk. Seluruh kampung turut dibersihkan. Hasil cetusan idea Pak Tua, Tabung Pak Hamid dilancarkan bagi membantu keluarga malang itu. Penyakit untut Pak Hamid berjaya dirawat setelah menjalani pembedahan di Hospital Appolo, Chennai, India.

    Tragedi pokok Bintangor yang terbakar membolehkan Zahiran mencungkil sejarah hidup Pak Tua, iaitu seorang saintis yang pernah tinggal di Chicago, Amerika Syarikat. Isteri Pak Tua, Kamariah dan dua orang anaknya Zahirah dan Zuwairah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kedua-dua orang anaknya meninggal dunia, manakala isterinya menderita penyakit HIV akibat pemindahan darah. Kamariah meninggal dunia sewaktu Pak Tua dan rakan-rakannya telah berjaya dalam usaha mengumpul sampel untuk penawar HIV. Pokok bintangor spesies calophyllum leanigerum merupakan estrak penting dalam menghasilkan penawar HIV. Pokok ini banyak terdapat di belantara negeri Sarawak dan Pak Tua telah berusaha menanam pokok bintangor di sekitar Bukit Bintangor.

    Akhirnya, Pak Tua telah menghembuskan nafas terakhir setelah dia mewakafkan tanahnya di Bukit Bintangor untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tak sye nk lestari bukit menghijau setiap bab

      Padam
    2. ikut bab ad x ? tl0ng laa ...

      Padam
  38. salam munsyi.
    sya nak sinopsis novel wira persona avatari?

    BalasPadam
  39. TOLONG. URGENT SANGAT.
    Sya nak tema , persoalan , watak dan perwatakan , latar , plot dan unsur plot , teknik plot , gaya bahasa , nilai dan pengajaran novel wira persona avatari dan gema sepi gadis genius. Thank youuuu... =)

    BalasPadam
  40. salam...
    bley tliskn snopsis kslruhn bab novel wira persona avatari..???

    BalasPadam
  41. boleh tak saya nak minta tentang sinopsis lestari bukit menghijau setiap bab....

    BalasPadam
  42. TOLONG. URGENT SANGAT.
    Sya nak tema , persoalan , watak dan perwatakan , latar , plot dan unsur plot , teknik plot , gaya bahasa , nilai dan pengajaran novel wira persona avatari dan gema sepi gadis genius. Thank youuuu... =)klu bleh nak ari nie jugak coz esk dah nak kena anta PLEASE HELP ME.....?!

    BalasPadam
  43. saya nak jugak sok sya bkak bleh buh ye

    BalasPadam
  44. Minta tolong banyak banyak tulis Sinopsis bab demi bab lestary bukit menghijau (:

    BalasPadam
  45. tolong tulis sinopsis bab demi bab gema sepi gadis genius

    BalasPadam
  46. salam,,bley tlg mtak sinopsis gema sepi gadis genius,,urgent sangat!!mtk tlg ye...sy mrayu ni,,tlng ya..

    BalasPadam
  47. salam,..!!bley mtk tlong tk,,sy nk sinopsis,latar masyarakat,masa n tempat dan juda perwatakan,,urgeng sgant!mtk tlg ya,,trime kseh,,trime kseh krna tlong sy..awk orang yg pling baik..

    BalasPadam
  48. salam,..!!bley mtk tlong tk,,sy nk sinopsis,latar masyarakat,masa n tempat dan juga perwatakan CERPEN ANAK PENGGUNTING RAMBUTurgeng sgant!mtk tlg ya,,trime kseh,,trime kseh krna tlong sy..nk buat kerja khusus..

    BalasPadam
  49. salam,mnta tlg sngt2...nk mnta sinopsis LESTARI BUKIT MENGHIJAU bab 6...plezzz urgent sngt2 ni..

    BalasPadam
  50. boleh x tuliskan sinopsis lestari bukit menghijau bab demi bab ? secepat mungkin ... pls ... tq

    BalasPadam
  51. salam...bleh x tlg tuliskan sinopsis lestari bukit menghijau bab demi bab?plez urgent sngat2 nie....

    BalasPadam
  52. saya ieyna,saya nak minat sinopsis setiap bab novel lestari bukit menghijau...
    pleazzz bantu saya

    BalasPadam
  53. thanks sebab tolong tulis kan sinopsis untok novel "WIRA PERS)NA AVATARI"....

    trima kasih byk2...

    BalasPadam
  54. cg,tlg siarkn sinopsis lestari bukit menghijau setiap bab demi bab....dh cari kt kedai tp xde lg....tolong cg...terima kasih...

    BalasPadam
  55. assalamualaikum..cikgu... mtk tlg sgt2.. tlg tlskan sinopsis, pengajaran, tema, persoalan, nilai murni, watak dan perwatakan utk cerpen ANAK PENGGUNTING RAMBUT...plzzzz sgt2... sye merayu sgt2... trime kasih...

    BalasPadam
  56. boleh cikgu tolong tulis sinopsis bab 4 lestari bukit menghijau??thank you=]

    BalasPadam
  57. slm,blh x tlg tlskn sinopsis lestari bukit menghijau bab demi bab,tema,watak dan p'watakan,latar,plot dan unsur plot,teknik plot,gaya bahasa,nilai dan pengajaran.......tlg ya urgent sgt ni

    BalasPadam
  58. boleh tolong berikan plot , watak dan perwatakan , pengajaran , gaya bahasa , nilai dan pengajaran ,sinopsis , tema ,latar untuk semua bab .. tolong ya ..

    BalasPadam
  59. slm,boleh x bg sinopsis bg keseluruhan cerita?sy x nak sinopsis setiap bab tp sinopsis utk keseluruhan cerita

    BalasPadam
  60. slm,blh x tlg tlskn sinopsis lestari bukit menghijau bab demi bab,tema,watak dan p'watakan,latar,plot dan unsur plot,teknik plot,gaya bahasa,nilai dan pengajaran.......tlg ya urgent sgt ni..saya form2..kalau susah sgt coll +90142650985...plzz hanya tuhan saja dapat mem balas jasa cikgu..
    (saya dah baca tapi x faham)

    BalasPadam
  61. slm... bley bg tema dn pers0alan unt0k n0vel
    lestari bukit mghijau x??
    klu bley arie neyh... c0z isnin nie nk present...
    sy nk arie neyh sbb sy d0k asrama....
    plizzz..... m(v v)m

    BalasPadam
  62. tolong tuliskan sinopsis lestari bukit menghijau bab2-8 bleh?????????????????? anyone here that sincere want to help me please.............. sesungguhnya keikhlasan tu penting.........if u x ikhlas, x yah tulis arh.....!!!!!!

    BalasPadam
  63. erm i agree that .......... tlg tuliskan utk sy jgk ok...........

    BalasPadam
  64. tolong lah somebdy tuliskan sinopsis lesatri bukit menghijau

    BalasPadam
  65. please tulis sinopsis hikmah tingkatan 1

    BalasPadam
  66. kenapa semua panik? dah ada di pasaran buku kerja Komsas untuk novel dan antologi terbaru 2011....

    BalasPadam
  67. tolong tuliskan sinopsis tuk stiap bab...
    tolong laa ! cg marah nnti..sy takut !

    BalasPadam
  68. saya nk watak & perwatakan gemasepi gadis genius boleh??

    BalasPadam
  69. tlg tlikn sinopsis bab demi bab lestari bukit meghijau..terima kasih.

    BalasPadam
  70. perwatakan zahiran.....
    nk 20...
    skrng ley x..?

    BalasPadam
  71. BOLEH TOLONG KASI WATAK DAN PERWATAKAN WIRA PERSONA AVATARI

    BalasPadam
  72. bley x bg sisnopsis bab dr bab tentang lestari bukit menghijau

    BalasPadam
  73. lestari bukit menghijau- taip 'kajian mengenai novel lestari bukit menghijau.

    BalasPadam
  74. leh tolong x tuliskn sinopsis setiap bab untuk novel lestari bukit menghijau....urgent sangat nie.......

    BalasPadam
  75. Hi Semua. Hurm, Nak Sipnosis Untuk Novel Lestari Bukit Menghijau Bab Demi Bab. Please.

    BalasPadam
  76. hi.. nak watak perwatakan novel lestari bukit menghijau???please la...

    BalasPadam
  77. Eh prithee prithee pls,
    tolong bagi perwatakan watak Zahiran ,Pak Tua dan Cikgu Idham boleh tak?..
    Nak watk yang macam bijak, bertanggungjawab dll..
    Bkn wtk mcm slekeh, pendiam, bercita-cita menjadi blalal... dll..
    Tolong ye !

    BalasPadam
  78. salam...bleh tulis kn watak2..perwatakan..latar belakang..plot..gaya bahasa..nilai murni..dan pengajaran..plzzzz sgt2

    BalasPadam
  79. http://www.bm.cemerlangbm.com/index.php?option=com_content&view=article&id=219:novel-lestari-bukit-menghijau-tg2&catid=44:notapmr&Itemid=56

    BalasPadam
  80. bg bnyak lg sinopsis lestari ni ye....

    BalasPadam
  81. saya nak...karangan cara2 belajar dengan berkesan dan novel perwatakan lestarai bukit menghijau ...sekarang saya nak//

    BalasPadam
  82. Salam. Perlukan bantuan. Boleh tak, tolong dapat sinopsis bab demi bab novel Lestari Bukit Menghijau (: Terima kasih. Secepat yang mungkin.

    BalasPadam
  83. APA NI? X DEK BIOPDATA PENGARANG ! =P

    BalasPadam
  84. bleh x bagi peristiwa menarik ngan suspen novel nih??/tlg balas secepat mungkin..

    BalasPadam
  85. boleh tlong tlis kn sinopsis dan bab dalam novel lestari bukit menghijau...

    BalasPadam
  86. bley cikgu tuliskn sinopsis novel wira persona avatari ....

    BalasPadam
  87. blh tlg tliskan sinopsis lestari bukit menghijau:)

    BalasPadam
  88. plezzzzzzzzz........urgent niem ,,,,,,,,,, nk wt homework,.somebody that sincer help me writw sinopsis bab1 hgge bab5 lestri bikit menghijau... pleish,..,.,.,

    BalasPadam
  89. salam.,.nk mntk tlg niem,, someone tlg wt sinopsis bab 1 hgge bab 5 lestari bukit menghijau ... plese ,,, tlong laa sye erk..! law xley pon wt sinopsi bab 1 pn da oke.xpon tlg suggest jep kt ane sye bley dptkn sinopsis bab 1 hgge bab 5 niemm ,, tolong laa sye.,..,.,.,

    BalasPadam
  90. tolong tuliskan sinpsis lestari bukit menghijau,bab demi bab.tolooonglah...

    BalasPadam
  91. tolong tuliskan sin0psis n0vel nie bab 8 secepat yg mgkin bec0z isnin nie sy ad perbentangan .. secepat yg mungkin .. pleazzz

    BalasPadam
  92. tolong bgi nota bab 8 , plizzz
    (tpi xde org tlong pon yg tngh mnx tolong ni)

    BalasPadam
  93. help me . sy perlukan sinopsis lestari bukit menghijau bab by bab . help me pliz . urgent nie .

    BalasPadam
  94. tlg sye..sy nk contoh persoalan lestari bukit menghijau..
    plzz..

    BalasPadam
  95. nate ternet lambat nih

    BalasPadam
  96. nk perwatakan dlm novel lestari bukit menghijau!!! tolong!!!

    BalasPadam
  97. tolong tulis sinopsis bab 5,6,7,8 lestari bukit menhijau

    BalasPadam
  98. Hi~
    boleh tolong tulis (Merenang GELORA)Bab3 Nilai dan pengajaran???

    Terima Kasih~!!

    BalasPadam
  99. salam tlong tliskan konflik yg brlaku dlm lestari bukit menghijau....

    BalasPadam
  100. tlong sangt2 tuliskan konflik yg berlaku dlam novel lestari bukit menghijau...perlukan sngat...

    BalasPadam
  101. hmmm..ad x sinopsis lstari bkit mnghijau...
    sya amat mmerlukan

    BalasPadam
  102. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  103. salam....tolong bagi peristiwa-peristiwa yang ada dalam novel lestari bkit mnghijau??? sya perlukn nya...pliss

    BalasPadam
  104. knp x de sinopsis,stiap bartema,persoalan,ltr,wtk,gaya bhse,nilai,pngjrn...........tlg la bg.....sye nk buat hmwork..\
    tlg la

    BalasPadam
  105. tolong tulis teknik pencritaan ..

    BalasPadam
  106. Asalammualaikum
    Boleh mintk tlg tak ? Saya nak pendahuluan dan contoh ulasan murid bagi novel lestari bukit menghijau please ?
    Thanks =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan saya perlukannya secepat mungkin sebelum masuk tahun 2013 . Terima kasih =)

      Padam
  107. slm , mohon tulis sinopsis lestari bukit menghijau bab demi bab . pertolongan anda amat diperlukan

    BalasPadam
  108. cmexkowm.....
    tlg tuls kan sinopsis lestari bukit menghijau bab demi bab....
    saya mohon pertolongn anda.....

    BalasPadam
  109. boss bleh tlong tliskan sinopsis lestari bukit menghijau bab demi bab

    BalasPadam
  110. assalamualaikum...
    tlg tulis kan tema lestari bukit menghijau..untuk saye sekarang please ..... :)





    BalasPadam
  111. tlg tulis tema,persoalan,dan latar.......................sekarang..............tlg la.... sye dlm buku lestari bukut menghijau .....

    help ....^_^

    BalasPadam
  112. salam..urgen...cikgu nak surh buat komik lestari bukit menghijau....em,pleaz untuk saya skrang

    BalasPadam
  113. nak tema dan persoalan nOvel wira persona avatari...!!! tlgggggggggg...!!

    BalasPadam
  114. Assalamualaikum...
    Tolong tuliskan Plot Novel Wira Persona Avatari .....
    Dan emailkan kepada staylicia.sofia@gmail.com

    BalasPadam
  115. Mcm mne nk buatt pengajaran , nilai , latar belakang ? Boleh terangkan ?

    BalasPadam
  116. Tlg tuliskan sinopsis novel lestari bukit menghijau bab5......urgent...

    BalasPadam
  117. please urgent sngat2.....lestari bukit menghijau bab 5 tingkatan 2

    BalasPadam
  118. RINGKASAN BAB DEMI BAB !!!!!!!

    BalasPadam