Jumaat, 21 September 2012

ANALISIS KERTAS BAHASA 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM ANTARA NEGERI 2012






Mudah-mudahan dengan paparan Analisis Soalan Kertas Bahasa Melayu 2 Peperiksaan Percubaan SPM Antara Negeri 2012 dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar bagi mempersiapkan bakal calon SPM pada tahun ini untuk membuat pilihan dan ketepatan karya sastera khususnya yang melibatkan soalan KOMSAS yang bakal diuji dalam Kertas Bahasa Melayu 2 kelak.

RENCANA 134: BENTUK SOALAN PEMAHAMAN PUISI - SAJAK ORANG TUA


Ikutilah rencana KOMSAS PMR saya selanjutnya bertajuk "Bentuk Soalan Pemahaman Petikan Puisi - Sajak Orang Tua" dalam majalah Dewan Siswa, keluaran September 2012. Selamat membaca!!!

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TUN PERAK, JASIN






Tarikh: 20 September 2012
Hari   : Khamis
Masa : 2.30 - 5.45 petang
Tempat: Pusat Sumber SMK Tun Perak, Jasin, Melaka

Terima kasih kepada Puan Fauziah GKMP Bahasa Melayu yang mengundang saya buat kali pertama untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di SMKTP 2012. Mudah-mudahan semangat untuk meraih kejayaan cemerlang dapat direalisasikan kelak dan teruskan semangat untuk belajar pada saat-saat terakhir ini. Terus pecut dan terus mara tanpa henti.

PROGRAM PECUTAN TERAKHIR SUNTIKAN A+ ANAK-ANAK PETRONAS





Tarikh: 15 September 2012 (Sabtu)
Masa  : 2.00 - 5.00 petang
Tempat: Petronas Penapisan Minyak, Sungai Udang, Melaka

Terima kasih kepada Encik Kamarudin Bakar kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali ketiga sesi persekolahan 2012. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang menunjukkan komitmen dan prestasi yang cemerlang sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Ahad, 9 September 2012

KERELEVANAN ARTIKEL 11 DALAM BUKU KRU 3 DENGAN SOALAN BM 1 PAHANG 2012


Kerelevanan artikel 11 dalam buku KRU 3 bertajuk "Strategi Mewujudkan Celik Pengguna" dapat membantu pelajar menjawab soalan 3 Bahagian B kertas Bahasa Melayu 1 Peperiksaan Percubaan SPM negeri PAHANG 2012 yang berbunyi:

"Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Koperasi (KPDNKK) diminat menyampaikan sebuah ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah "Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat"

*** Sila rujuk artikel tersebut selengkapnya

KERELEVANAN ARTIKEL 25 DALAM BUKU KRU 3 DENGAN SOALAN BM 1 NEGERI SEMBILAN 2012


Kerelevanan artikel 25 dalam buku KRU 3 dapat membantu pelajar menjawab soalan 1 Bahagian B kertas Bahasa Melayu 1 Peperiksaan Percubaan SPM NEGERI SEMBILAN 2012 yang berbunyi:

"Semangat patriotisme perlu ada dalam diri generasi muda pada hari ini kerana mereka bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda". 

*** Sila rujuk artikel tersebut selengkapnya

Sabtu, 8 September 2012

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SEK. AGAMA MEN. SG. MERAB LUAR







Tarikh: 8 September 2012 (Sabtu)
Tempat: Dewan Sek. Agama Menengah Sungai Merab Luar
Masa   : 10.00 pagi - 2.30 petang

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Ezura Nasir, Cikgu Rifaiza Riffin, guru-guru Bahasa Melayu dan pelajar-pelajar SAMSEL yang memberikan ruang dan pelajar untuk saya mengendalikan Program Jerayawara Bahasa pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan semasa menghadapi Kertas Bahasa Melayu di peringkat SPM nanti. Tahniah dan syabas kerana memberi kerjasama yang cukup memberangsangkan sepanjang program tersebut berlangsung.

Rabu, 5 September 2012

KERELEVANAN ARTIKEL 14 DALAM BUKU KRU 3 DENGAN SOALAN BM 1 MRSM 2012


Kerelevanan artikel 14 dalam buku KRU 3 saya bertajuk: "Makanan Segera: Pro & Kontra" dapat membantu pelajar menjawab soalan 3 Bahagian B kertas Bahasa Melayu 1 Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2012 yang berbunyi:

"Kebiasaan mengambil makanan segera seperti burger, piza dan mi segera menjadi suatu trend dalam kalangan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang akan disiarkan dalam akhbar tempatan yang bertajuk 'Kesan-kesan Buruk Pengambilan Makanan Segera Secara Berlebihan'. 
Tulis rencana tersebut selengkapnya".

*** Sila rujuk rencana tersebut selengkapnya.

KERELEVANAN ARTIKEL 1 DALAM BUKU KRU 3 DENGAN SOALAN BM 1 PAHANG 2012



Kerelevanan artikel 1 dalam buku KRU 3 saya dapat membantu pelajar menjawab soalan 1 Bahagian B kertas Bahasa Melayu 1 Peperiksaan Percubaan SPM negeri PAHANG 2012 yang berbunyi:

"Kemahiran menguasai pelbagai bahasa sangat penting untuk memudahkan komunikasi antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, jelaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar. 

*** Sila rujuk artikel tersebut selengkapnya

Isnin, 3 September 2012

RENCANA 133 : KEMASLAHATAN PENDIDIKAN & MODAL INSAN NEGARA



Ikutilah rencana umum saya selanjutnya bertajuk "Kemaslahatan Pendidikan & Modal Insan Negara" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran September 2012. Selamat membaca!!

RENCANA 132: ULASAN SOALAN NOVEL SPM ULANGAN 2012


Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya selanjutnya bertajuk "Ulasan Soalan Novel SPM Ulangan 2012" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran September 2012. Selamat membaca!!!

RENCANA 131: ULASAN SOALAN RUMUSAN & PEMAHAMAN SPMU 2012


Ikutilah rencana Bahasa Melayu SPM saya selanjutnya bertajuk "Ulasan Soalan Rumusan & Pemahaman SPMU 2012" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran September 2012. Selamat membaca!!!

Sabtu, 1 September 2012

KERELEVANAN ARTIKEL 6 DALAM BUKU KRU 3 DENGAN SOALAN BM 1 TERENGGANU 2012

CABUTAN ARTIKEL 6 - PELAKSANAAN DASAR 1 MURID 1 SUKAN (BUKU KRU 3)

Kerelevanan artikel 6 dalam buku KRU 3 dapat membantu pelajar menjawab soalan 3 Bahagian B kertas Bahasa Melayu 1 Peperiksaan Percubaan SPM negeri Terengganu 2012 yang berbunyi:

"Dalam usaha menggalak dan mencungkil potensi murid dalam bidang sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan untuk dilaksanakan di semua sekolah. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk diterbitkan dalam majalah sekolah bertajuk 'Faedah-faedah Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di Sekolah"

*** Sila rujuk artikel tersebut selengkapnya.

KERELEVANAN ARTIKEL 8 DALAM BUKU KRU 2 DENGAN SOALAN BM 1 PERLIS 2012

 CABUTAN ARTIKEL 8 - PEMERDAGANGAN ORANG: ANTARA CABARAN DAN USAHA (BUKU KRU 2)

Kerelevanan artikel 8 dalam buku KRU 2 saya dapat membantu pelajar menjawab soalan 3 Bahagian B kertas Bahasa Melayu 1 Peperiksaan Percubaan SPM negeri Perlis 2012 yang berbunyi:
"Kerjasama Malaysia dengan negara-negara jiran amat diperlukan untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia yang kini telah menjadi isu global".
Bincangkan pernyataan tersebut".
 
*** Sila rujuk artikel tersebut selengkapnya.



Selain itu, isu yang sama turut diuji dalam soalan 4 BM 1 Peperiksaan Percubaan SPM negeri PAHANG yang berbunyi: 

"Negara-negara di dunia hari ini menghadapi masalah pemerdagangan manusia yang semakin membimbangkan. Jelaskan tindakan-tindakan berkesan bagi membendung kegiatan tersebut daripada berleluasa.

Isu yang sama turut diuji dalam soalan 4 Bahagian B kertas Bahasa Melayu 1 Peperiksaan Percubaan SPM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 2012 yang berbunyi:

"Kini, jenayah pemerdagangan manusia merupakan masalah global yang semakin membimbangkan. Bincangkan faktor-faktor berlakunya jenayah ini dan langkah-langkah yang harus diambil untuk menanganinya."

***Sila rujuk artikel tersebut selangkapnya.