Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Isnin, 19 April 2010
LAGU SELOKA PAK KADUK
Ahad, 18 April 2010
JERAYAWARA BAHASA 23: SMK TAMAN JASMIN 2, KAJANG (JB: KE-6)
Khamis, 8 April 2010
JERAYAWARA BAHASA 22: SMK MUNSHI ABDULLAH, MELAKA (JB - Ke-5)
Ahad, 4 April 2010
RENCANA UMUM 25: BUANG BAYI: TANGANINYA DENGAN LEBIH SERIUS.
Sebenarnya, banyak sekali punca yang menyebabkan berlakunya masalah buang bayi ini. Jika kita serius untuk menangani masalah ini, maka setiap daripada kita harus bertindak dengan bersungguh-sungguh. Tidak guna kita mengalirkan air mata kecewa tanpa ada tindakan konkrit yang dilakukan. Semua pihak tidak kira status dan pangkat harus bekerjasama dalam menangani masalah ini. Pihak kerajaan, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), karyawan, guru-guru, dan ibu bapa haruslah berusaha untuk membendung masalah pergaulan bebas ini. Pelbagai pandangan dan saranan dikemukakan oleh pihak yang prihatin dengan masalah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai langkah yang boleh kita sama-sama fikirkan dan laksanakan. Namun, jika kita hanya bersedih dan berpeluk tubuh hari ini, esok atau mungkin satu hari nanti anak cucu kita yang akan jadi mangsanya.
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, April 2010
RENCANA UMUM 24: PEMBUANGAN BAYI - SALAH SIAPA?
Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan aqidah dalam kehidupan. Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup menanam anak-anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga, dan kabilah. Amalan jahiliyah tersebut kini berulang lagi, malah lebih dahsyat apabila sesetengah bayi dibuang di merata-rata tempat. Antara lokasi yang menjadi pilihan untuk pihak yang tidak bertanggungjawab membuang bayi adalah di kawasan masjid atau surau, tandas, di tepi jalan, di tempat pembuangan sampah, dan lain-lain lagi, yang bakal terdedah kepada berbagai-bagai risiko termasuk kematian atau menjadi mangsa binatang buas. Tegasnya, perbuatan membuang bayi ini merupakan satu jenayah yang amat zalim dan keji umpama mimpi buruk yang bermusim dalam masyarakat Malaysia, serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Sebenarnya tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan dan rasa jijik terhadap perbuatan membunuh bayi yang tidak berdosa sedemikian rupa. Soalnya sekarang, kenapa ada pihak yang sanggup membuang dan membunuh bayi mereka? Sedangkan mereka mempunyai masa yang panjang ketika bayi terbabit masih di dalam kandungan untuk memikirkan nasib terbaik bayi berkenaan. Lantaran itu, siapakah dan apakah faktor-faktor yang mendorong perlakuan negatif ini berleluasa dalam masyarakat moden hari?
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah E@Siswa, Apri 2010.