Jumaat, 27 Mei 2016

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TUN ABANG HJ. OPENG, KUCHING, SARAWAK








Tarikh: 26 Mei 2016
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan SMK Tun Abang Hj. Openg, Kuching, Sarawak

Terima kasih kepada Cikgu Othman Sabli dan guru-guru Bahasa Melayu kerana sudi mengundang saya untuk kali kedua bagi mengendalikan program tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar SMKTAHO dan pelajar Sekolah Seni Sarawak yang turut serta dalam program tersebut. Semoga kalian memperoleh manfaat bagi menghadapi kertas Bahasa Melayu SPM 2016 serta mendapat kejayaan cemerlang kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMKA TUN AHMAD ZAIDI, KUCHING, SARAWAK










Tarikh: 26. 5.2016 (Khamis)
Masa; 7.30 pagi
Tempat: Dewan SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching, Sarawak

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Sharifah dan guru-guru Bahasa Melayu SMKA Tun Ahmad Zaidi kerana mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut kali pertama. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat sekali dapat membantu dalam menghadapi kertas Bahasa Melayu peringkat SPM 2016 dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TAEE SERIAN, SARAWAK








Tarikh: 25 Mei 2016 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Taee Serian, Sarawak

Terima kasih kepada Tuan Pengetua, Encik Abdul Hamid Alias, Cikgu Mika Yantek, Cikgu Abdul Mulok dan guru-guru kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut tanpa dirancang lebih awal ketika saya berada di Kuching Sarawak. Tahniah kepada pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup baik. Semoga kalian memperoleh input yang berguna sekali gus membantu dalam menghadapi kertas Bahasa Melayu peringkat SPM kelak dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AGAMA NIBONG TEBAL










Tarikh: 21 Mei 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Al-Ghazali SMKA Nibong Tebal

Terima kasih kepada GKMP, KP Bahasa Melayu, Cikgu Mahmud dan tidak ketinggalan kepada Cikgu Nor Aishah Ab Shani kerana mengundang saya untuk melaksanakan program tersebut buat kali pertama di Dewan Al-Ghazali SMKA Nibong Tebal. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan sekali gus membantu kalian dalam peperiksaan SPM kelak serta mendapat kejayaan yang cemerlang.

Khamis, 12 Mei 2016

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI KOLEJ TUNKU KHURSIAH, BANDAR ENSTEK












Tarikh: 8 Mei 2016 (Ahad0
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Budiman Kolej Tunku Khurshiah, Bandar Enstek

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Ummi Nazifah kerana mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut. Semoga input yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh pelajar TKC bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK MERSING, JOHOR










Tarikh: 7 Mei 2016 (Sabtu)
Masa; 8.30 pagi
Tempat: Dewan SMK Mersing, Johor

Terima kasih kepada Hjh. Mazenah Ismail, guru-guru Bahasa Melayu dan semua pelajar terbabit kerana memberikan ruang dan kesempatan untuk saya mengendalikan program tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang hadir kerana memberikan komitmen yang cukup baik. Semoga kalian memperoleh input yang bermanfaat sekali gus dapat diaplikasikan dalam peperiksaan SPM 2016 kelak.