Ikutilah rencana KOMSAS PMR saya selanjutnya berjudul "Latar Tempat Dalam Cerpen - Mencari Nafas Baharu" dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Oktober 2012. Terdapat kesilapan teknikal kerana pihak Editor tidak menukar bahan grafik dan judul rencana saya dan bukan "Bentuk Soalan Pemahaman Petikan Puisi - Sajak Orang Tua" yang disiarkan pada keluaran September 2012. Selamat membaca!!!
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Ahad, 28 Oktober 2012
RENCANA 140: MENTRANSFORMASIKAN PERTANIAN NEGARA
Ikutilah rencana umum saya berjudul "Mentransformasikan Pertanian Negara" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran November 2012. Selamat membaca!!!
RENCANA 139: ANALISIS SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM ANTARA NEGERI 2012
Ikutilah rencana Bahasa Melayu SPM saya selanjutnya berjudul "Analisis Soalan Kertas Bahasa Melayu 1 Peperiksaan Percubaan SPM Antara Negeri 2012" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran November 2012. Selamat membaca!!!
RENCANA 138: SENARAI SEMAK SOALAN KOMSAS - PERSIAPAN SPM 2012
Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya berjudul "Senarai Semak Soalan KOMSAS - Persiapan SPM 2012" dalam majalah FOKUS SPM keluaran November 2012. Selamat membaca!!!
Sabtu, 20 Oktober 2012
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI POLITEKNIK MERLIMAU
Tarikh: 20 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat: Dewan Utama Politeknik Merlimau, Melaka
Terima kasih kepada Ketua Unit Koku JPN Melaka, Encik Hussin Chik kerana memberi ruang dan kepercayaan untuk saya mengendalikan program tersebut bersama-sama murid aktif kokurikulum peringkat negeri Melaka. Semoga input yang disampaikan dapat membantu kalian dalam menghadapi peperiksaan SPM pada 5 November 2012 nanti.
Jumaat, 19 Oktober 2012
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMAP KAJANG
Tarikh: 19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa : 3.00 - 5.30 petang
Tempat: Dewan Besar SM Agama Persekutuan Kajang
Terima kasih kepada Puan Rabita Tajeli, guru-guru serta para pelajar yang terlibat dalam Program Jerayawara Bahasa kali ini. Semoga kalian mendapat suntikan semangat untuk terus menempa kegemilangan yang berulang seperti tahun lalu, malah jika berkemampuan memperoleh A+ bagi kertas Bahasa Melayu peringkat SPM yang semakin hampir.
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM TERENDAK
Tarikh: 18 Oktober 2012 (Khamis)
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tempat: Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Terendak
Terima kasih kepada Puan Zuraidah Zulkeflee (Ketua Jabatan Bahasa), guru-guru serta para pelajar yang terlibat dalam Program Jerayawara Bahasa menjelang peperiksaan SPM yang semakin hampir. Semoga kalian mendapat manfaat semaksimum mungkin sekali gus membangkitkan semangat untuk terus berjuang bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak.
Isnin, 15 Oktober 2012
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK DATO' SAGOR, TELUK INTAN
Tarikh: 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewann Makan Asrama SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan
Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya Cikgu Yusrizal dari SMK Dato' Sagor yang berusaha keras untuk menjayakan Program Sentuhan Emas A+ BM SPM bergabung dengan pelajar SMK Abdul Rahman Talib dan SMK Sungai Manik. Juga tidak ketinggalan kepada Tuan Pengetua SMK Dato' Sagor, semua Ketua Panitia Bahasa Melayu, guru-guru dan pelajar-pelajar dari ketiga-tiga buah sekolah yang turut serta. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan menjelang peperiksaan SPM yang semakin hampir dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Jumaat, 12 Oktober 2012
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK AGAMA MAAHAD MUAR
Tarikh: 11 Oktober 2012 (Khamis)
Masa : 3.15 - 5.45 petang
Tempat: Pusat Sumber SMKA Maahad Muar
Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya Puan Aini Ariffin dan Puan Mastura Idris kerana memberi kepercayaan dan ruang sekali lagi untuk tahun ini bagi mengendalikan program tersebut. Semoga pencapaian Bahasa Melayu SMKA Maahad Muar akan terus melonjak dan menyerlah lebih daripada biasa. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang memberi komitmen yang sangat-sangat memberangsangkan.
Ahad, 7 Oktober 2012
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SEK. MEN. VOKASIONAL MUAR
Tarikh: 6 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Sek. Men. Vokasional, Jalan Sungai Abong, Muar
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Asiah Abdul Ghani, Tuan Hj. Zakaria, guru-guru serta para pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Semoga kalian mendapat manfaat daripada input yang disampaikan sebagai persediaan dan pecutan terakhir menjelang SPM kelak.
Jumaat, 5 Oktober 2012
ISU-ISU HANGAT KERTAS BAHASA MELAYU 1 & KAITAN DENGAN BUKU KRU 123 - ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM ANTARA NEGERI 2012
Berikut disenaraikan isu hangat Kertas Bahasa Melayu 1 SPM yang berkaitan dengan artikel-artikel dalam buku-buku KRU Jilid 1, 2, & 3 (KRU 123) berdasarkan analisis Peperiksaan Percubaan SPM Antara Negeri 2012 yang dapat dimanfaatkan sebelum menjelang peperiksaan SPM 2012:
KRU 1
KRU 2
KRU 3
Langgan:
Catatan (Atom)