SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Sabtu, 30 Oktober 2010
RENCANA 53: PP SPM - PENG.& KEMAHIRAN BAHASA DAN RUMUSAN
RENCANA 52 : JAWABAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM -SOALAN KOMSAS
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran November 2010. Selamat membaca!!!
RENCANA 51 : ANALISIS PERBANDINGAN BAHASA MELAYU 1 - PPSPM ANTARA NEGERI
RENCANA 50 : ANALISIS PERBANDINGAN BAHASA MELAYU 2 - PPSPM ANTARA NEGERI
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran November 2010 - Bonus Menjelang SPM. Selamat membaca!!!
RENCANA 49 : MEMAJUKAN INDUSTRI DESA
Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, keluaran November 2010. Selamat membaca!!!
Selasa, 26 Oktober 2010
ANTOLOGI KOMSAS BAHARU TINGKATAN 5 MULAI 2011 - DIRGAHAYU BAHASAKU
Berikut disertakan jenis genre dan senarai karya sastera yang dimuatkan di dalam antologi Dirgahayu Bahasaku.
ANTOLOGI KOMSAS TING. 5 MULAI 2011
DIRGAHAYU BAHASAKU
BIL | JENIS GENRE | ANTOLOGI DIRGAHAYU BAHASAKU (TINGKATAN 5) |
1 | Puisi tradisional | · Pantun Empat Kerat · Pantun Lapan Kerat · Syair Makna Riak · Syair Pemberontakan Patani · Gurindam Tonggak Dua Belas · Seloka Si Luncai |
2 | Sajak | · Dirgahayu Bahasaku · Kecek – (V) · Bangkitlah · Pasar Perasaan · Di Bawah Langit Yang Sama · Arkitek Kota |
3 | Prosa Tradisional | · Hikayat Langlang Buana · Hikayat Siak · Dua Geliga Hikmat · Hikayat Opu Daeng Menambun |
4 | Cerpen | · Pahlawan Buntung · Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong · Idola · Penanggungan · Hutan Rimba · Tanggar Amanat |
5 | Drama | · Tiang Cengal Dinding Sayung · 1400 · Dato’ Onn |
SENARAI NOVEL TINGKATAN 5 MENGIKUT ZON KEGUNAAN MULAI TAHUN 2011
SENARAI NOVEL TINGKATAN 5 MENGIKUT ZON
Zon | Negeri-negeri yang terlibat | Tingkatan 5 |
1 | Perlis Kedah Pulau Pinang Perak | Kembara Amira (Amer Hamzah) |
2 | Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Putrajaya Negeri Sembilan | Interlok (SN Abdullah Hussain) |
3 | Melaka Pahang Terengganu Kelantan | Sutera Dalam Lukisan (Abd. Talib Hassan) |
4 | Johor Sabah Sarawak Wilayah Persekutuan Labuan | Kabus di Perbukitan (Mohd. Kholid Hamzah) |
Khamis, 21 Oktober 2010
CERAMAH PROGRAM SEMARAK BAHASA & SASTERA - BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2010
Selasa, 19 Oktober 2010
NOVEL TERBAHARU TINGKATAN 2 ZON 3 - LESTARI BUKIT MENGHIJAU
Isnin, 18 Oktober 2010
JERAYAWARA BAHASA: KOLEJ YAYASAN MELAKA
Masa : 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Auditorium, Kolej Yayasan Melaka
Terima kasih kepada Saudara Azuan, Dewan Bahasa & Pustaka Wilayah Selatan kerana mengundang saya untuk menyampaikan ceramah Bahasa & KOMSAS kepada para pelajar PMR sebagai pengisian Program Semarak Bahasa dan Sastera anjuran bersama Pejabat Ahli Parlimen Bukit Katil, Kolej Yayasan Melaka, dan DBP Wilayah Selatan.
JERAYAWARA BAHASA: SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH
Jumaat, 15 Oktober 2010
JERAYAWARA BAHASA: SEK. MEN. SAINS MUZAFFAR SYAH
Tarikh: 15 Oktober 2010 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Tempat: Dewan Besar SM Sains Muzaffar Syah
Rabu, 13 Oktober 2010
LATIHAN PENGUKUHAN SOALAN PEMAHAMAN KOMSAS - SIRI 1
Bermula siri pertama ini, tumpuan akan diberikan kepada latihan pengukuhan yang melibatkan soalan-soalan pemahaman KOMSAS yang diuji dalam peperiksaan percubaan SPM dari seluruh negara sebagai panduan untuk menjawab soalan pemahaman dari pelbagai sudut yang berbeza.
Soalan 1 - Negeri Melaka - Set 2
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SELOKA PAK KADUK
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
(Dipetik daripada dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000)
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengubah nasib malang yang dialami oleh
seseorang?
(iii) Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam petikan seloka di atas.
Contoh Jawaban:
(i) Maksud:
- pergi /belayar ke hulu sungai menyongsong /melawan arus air yang turun
[Maksimum: 2 markah]
- perlu bekerja kuat /bersungguh-sungguh /kikis sikap malas /
- perlu menjalani kursus / menambahkan pengetahuan
- mencari pengalaman baharu /berkongsi pengalaman orang lain
- belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya
- mencontohi mereka yang telah berjaya
- belajar daripada kesilapan /kelemahan diri yang lalu
- jangan banyak bersedih / jangan berputus asa /menyerahkan kalah
- berbincang dengan rakan atau keluarga
(iii) Tiga pengajaran dalam seloka.
- Kita hendaklah rajin berusaha untuk menyelesaikan masalah
- Kita hendaklah reda menerima apa-apa jua yang ditentukan oleh Allah
- Kita hendaklah bersabar menghadapi dugaan atau menerimyang buruk
- Kita janganlah melakukan sesuatu perbuatan secara bodoh /yang sia-sia / kita hendaklah
bertindak dengan menggunakan akal fikiran yang waras
- Kita hendaklah selalu yakin diri terhadap apa-apa yang kita lakukan/ kita hendaklah berani
menghadapi dugaan /tekanan hidup
- Kita janganlah membunuh sesama manusia /hendaklah menyayang sesama manusia
[Maksimum: 3 markah]