Jumaat, 28 Januari 2011

NOVEL INTERLOK TERUS DIGUNA

Saya telah mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan Timbalan Presiden MIC, Datuk S. Subramaniam semalam mengenai isu penggunaan novel Interlok. sebagai komponen sastera (Komsas) bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima. Pagi ini, saya, Palanivel dan Subramaniam telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri untuk mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan isu ini. Dalam semangat muafakat Barisan Nasional, kita telah bersetuju bahawa novel Interlok akan terus digunakan sebagai teks Komsas bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk murid Tingkatan Lima di Zon 2, iaitu di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan. Namun, mengambil kira pandangan MIC, kita juga telah bersetuju untuk membuat pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.

Untuk itu, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan yang sesuai dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan. Panel ini akan dianggotai oleh pakar bahasa, ahli akademik, sasterawan dan wakil Dewan Bahasa dan Pustaka serta wakil masyarakat India. Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat. Sementara pindaan ini disiapkan, Kementerian Pelajaran akan mengarahkan guru-guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan silibus yang sedia ada untuk tidak menjejaskan pembelajaran murid. Novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedar ke sekolah-sekolah. Saya percaya kita mempunyai masa yang cukup untuk membuat pindaan secara teliti supaya tidak timbul lagi sebarang pertikaian mengenai novel Interlok selepas ini.

Saya ingin menegaskan bahawa keputusan ini diambil dengan mengambil kira pandangan semua pihak bahawa novel Interlok adalah sebuah karya yang amat baik demi memupuk dan memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Oleh itu, keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Pada masa yang sama, kita akan memastikan sebarang pindaan yang dibuat pada novel ini tidak akan menjejaskan jalan cerita dan juga mesej murni yang ingin disampaikan oleh Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain melalui karyanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Sumber: Utusan Malaysia, 28 Januari 2011

Khamis, 27 Januari 2011

BERITA TERKINI - NOVEL INTERLOK KEKAL DIGUNAKAN

Interlok kekal digunakan, pindaan pada bahagian sensitif

27/01/2011 4:36pm

KUALA LUMPUR 27 Jan. – Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. – Bernama

Jumaat, 7 Januari 2011

TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2011

PEPERIKSAAN

TARIKH

Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan Bertulis)

13 hingga 14 Jun 2011 (2 hari)

Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP)

15 hingga 17 Jun 2011 (3 hari)

Sijil Tinggi Agama Malaysia (Lisan)

1 hingga 14 Julai 2011

18 hingga 21 Julai 2011 (8 hari)

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

13,14,15 September 2011 (3 hari)

Penilaian Menengah Rendah (Bertulis)

4 hingga 6 Oktober 2011,

10 hingga 11 Oktober 2011 (5 hari)

Sijil Tinggi Agama Malaysia (Bertulis)

12 hingga 13 Oktober 2011

17 hingga 19 Oktober 2011 (5 hari)

SPM (Bertulis)

14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)