Sabtu, 27 Februari 2016

BUKU KOLEKSI RENCANA UMUM JILID 6 (KRU 6)

 


Alhamdulillah...setelah berhempas-pulas selama hampir tiga bulan, siang dan malam akhirnya impian untuk menerbitkan buku KRU 6 menjadi kenyataan setelah kulit buku dan teksnya siap diedit untuk kali terakhir tengah hari tadi. Langkah seterusnya proses mencetak dijangka akan dilakukan pada minggu hadapan dengan harapan segalanya berjalan lancar.

Khamis, 25 Februari 2016

CONTOH APLIKASI KBAT BERDASARKAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU SPM






PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI MRSM PONTIAN









Tarikh: 13 Februari 2016 (Sabtu)
Tempat: Bilik Seminar MRSM Pontian
Masa : 8.00 pagi
 
Alhamdulillah usai berjerayawara di MRSM Pontian hari ini - 13 Februari 2016 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi. Terima kasih kepada Cikgu Norazah Lim dan Cikgu Murniazilla Masijan serta guru-guru Bahasa Melayu kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali kedua. Tidak ketinggalan tahniah dan syabas kepada pelajar yang terlibat kerana kalian menunjukkan komitmen yang cukup tinggi sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga suntikan semangat dan input yang disampaikan dapat dimanfaatkan dalam peperiksaan SPM 2016 kelak sekali gus memperoleh kejayaan yang menyerlah jauh daripada luar biasa.

Jumaat, 5 Februari 2016

RENCANA UMUM: MENYEMARAKKAN BIDANG KESENIAN TANAH AIR - DEWAN SISWA FEBRUARI 2016



Ikutilah rencana saya selanjutnya yang berjudul "MENYEMARAKKAN BIDANG KESENIAN TANAH AIR" dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Februari 2016. Selamat membacanya!!

RENCANA BERTAJUK "PERSEDIAAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN NOVEL - FASA KETIGA



Ikutilah rencana saya selanjutnya yang berjudul "PERSEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NOVEL FASA KETIGA" dalam majalah Pelita Bahasa, keluaran Februari 2016.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA PERTAMA SESI 2016 - SMK BANDAR BARU SALAK TINGGI











TARIKH: 3 FEBRUARI 2016 (RABU)
MASA : 8.00 PAGI - 1.45 TENGAH HARI
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA SMKBBST
Alhamdulillah..usaha berjerayawara yang pertama sebagai pembuka tirai Program Jerayawara Bahasa sesi 2016 di SMK Bandar Baru Salak Tinggi. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ketua Panitia, Cikgu Hamizah Yeop Yahya yang telah mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut khususnya kepada bakal calon SPM 2016 sebanyak dua kumpulan dari jam 8.00 pagi hingga 1.45 tengah hari di Dewan Makan Asrama. Tidak ketinggalan juga terima kasih kepada Cikgu Masturah Ahmad dan Cikgu Rosita dari SMK Sungai Pelek yang turut serta. Tahniah dan syabas kepada kedua-dua kumpulan pelajar yang terlibat. Semoga kalian mendapat suntikan semangat bagi mengorak langkah untuk mencapai kejayaan cemerlang, sekali gus menguasai teknik menjawab kertas Bahasa Melayu SPM kelak.