Isnin, 19 April 2010

LAGU SELOKA PAK KADUK


Aduhai malang Pak Kaduk,
Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada
nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran,
Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Masa belayar kematian angin,
Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk,


Ahad, 18 April 2010

JERAYAWARA BAHASA 23: SMK TAMAN JASMIN 2, KAJANG (JB: KE-6)





Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar dan guru SMK Taman Jasmin 2, Kajang yang terlibat dalam program Jerayawara Bahasa saya pada 15 April Melaka (Khamis) yang bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Tidak ketinggalan jutaan terima kasih kepada Pengetua (Pn. Norbayah bt. Ishak), Kaunselor (Pn. Naemah), GKPM Bahasa, guru-guru Bahasa Melayu khususnya Cg. Liza, dan kedua-dua kumpulan pelajar yang menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang program tersebut. Mudah-mudahan segala yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga SMK Taman Jasmin 2 sekali gus dapat memartabatkan Bahasa Melayu di tempat yang sewajarnya. Terima kasih daun keladi, ada umur tahun depan jumpa lagi.

Khamis, 8 April 2010

JERAYAWARA BAHASA 22: SMK MUNSHI ABDULLAH, MELAKA (JB - Ke-5)



Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua SMK Munshi Abdullah, Melaka, Encik Md. Ali Saed, Cikgu Charlie, Cikgu Sulaiman, Cikg Ramli Jilis, dan kaunselor kerana memberi ruang dan peluang untuk saya menyampaikan ceramah dalam program Jerayawara Bahasa ke-5 pada 6 April 2010 (Selasa) yang lalu. Tahniah dan syabas juga kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam program tersebut dan memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian semua mendapat manfaat dan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini.

Ahad, 4 April 2010

RENCANA UMUM 25: BUANG BAYI: TANGANINYA DENGAN LEBIH SERIUS.


Sebenarnya, banyak sekali punca yang menyebabkan berlakunya masalah buang bayi ini. Jika kita serius untuk menangani masalah ini, maka setiap daripada kita harus bertindak dengan bersungguh-sungguh. Tidak guna kita mengalirkan air mata kecewa tanpa ada tindakan konkrit yang dilakukan. Semua pihak tidak kira status dan pangkat harus bekerjasama dalam menangani masalah ini. Pihak kerajaan, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), karyawan, guru-guru, dan ibu bapa haruslah berusaha untuk membendung masalah pergaulan bebas ini. Pelbagai pandangan dan saranan dikemukakan oleh pihak yang prihatin dengan masalah ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai langkah yang boleh kita sama-sama fikirkan dan laksanakan. Namun, jika kita hanya bersedih dan berpeluk tubuh hari ini, esok atau mungkin satu hari nanti anak cucu kita yang akan jadi mangsanya.

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, April 2010

RENCANA UMUM 24: PEMBUANGAN BAYI - SALAH SIAPA?




Dunia ini pernah dicemarkan oleh sejarah hitam dalam tamadun manusia disebabkan ketiadaan aqidah dalam kehidupan. Masyarakat ketika itu hilang sifat kemanusiaan sehingga sanggup menanam anak-anak perempuan hidup-hidup kononnya mempertahankan maruah diri, keluarga, dan kabilah. Amalan jahiliyah tersebut kini berulang lagi, malah lebih dahsyat apabila sesetengah bayi dibuang di merata-rata tempat. Antara lokasi yang menjadi pilihan untuk pihak yang tidak bertanggungjawab membuang bayi adalah di kawasan masjid atau surau, tandas, di tepi jalan, di tempat pembuangan sampah, dan lain-lain lagi, yang bakal terdedah kepada berbagai-bagai risiko termasuk kematian atau menjadi mangsa binatang buas. Tegasnya, perbuatan membuang bayi ini merupakan satu jenayah yang amat zalim dan keji umpama mimpi buruk yang bermusim dalam masyarakat Malaysia, serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Sebenarnya tiada kata-kata yang mampu menggambarkan kesedihan dan rasa jijik terhadap perbuatan membunuh bayi yang tidak berdosa sedemikian rupa. Soalnya sekarang, kenapa ada pihak yang sanggup membuang dan membunuh bayi mereka? Sedangkan mereka mempunyai masa yang panjang ketika bayi terbabit masih di dalam kandungan untuk memikirkan nasib terbaik bayi berkenaan. Lantaran itu, siapakah dan apakah faktor-faktor yang mendorong perlakuan negatif ini berleluasa dalam masyarakat moden hari?

Ikuti rencana saya selanjutnya di dalam majalah E@Siswa, Apri 2010.

JERAYAWARA BAHASA 21: SMK SUNGAI RAMBAI (JB - Ke-4)



Terima kasih khususnya kepada Pengetua SMK Sg. Rambai, kerana mengundang saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa kali ke-3 pada 3 April 2010 (Sabtu). Tidak ketinggalan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru, serta pelajar-pelajarnya yang dapat bersama-sama dalam program ini bermula jam 8.30 hingga 12.15 tengah hari. Mudah-mudahan prestasi Bahasa Melayu tahun ini akan terus meningkat dari segi kualiti dan kuantiti. Tahniah dan syabas kepada semua guru dan pelajar SMKSR kerana sanggup hadir pada hari Sabtu pertama.

Jumaat, 2 April 2010

JERAYAWARA BAHASA 20: SMK CONVENT, KAJANG (JB - Ke-3)




Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Tuan Pengetua, Puan Aida Zakaria, guru,-guru, dan pelajar SMK Convent, Kajang kerana bersama-sama saya dalam Program Jerayawara Bahasa ke-3 pada pagi ini bermula jam 8.30 pagi. Tidak ketinggalan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara Mohd. Azman, Penolong Editor FOKUS SPM dan rakan-rakannya dari Kumpulan Karangkraf kerana turut serta dalam program tersebut serta mengedarkan majalah FOKUS SPM dan E@Siswa kepada semua pelajar yang hadir. Pada keseluruhannya, penglibatan aktif pelajar SMK Convent sepanjang program saya sangat membanggakan. Semoga kalian mendapat manfaat daripada apa-apa yang disampaikan.