Rabu, 5 Ogos 2009

KOMSAS 4: PERSAMAAN NILAI KEMANUSIAAN



Rencana ini disiarkan di dalam majalah Pelita Bahasa, oleh Munsyi Sastera

Fokus perbincangan dalam makalah bulan ini tertumpu pada perbandingan dari segi persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam dua buah novel peringkat SPM. Sebagai panduan, watak dan peristiwa yang terdapat dalam novel Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said dan Putera Gunung Tahan, karya Ishak Hj. Muhammad dirujuk. Secara ringkasnya, nilai murni bermaksud perbuatan dan tingkah laku baik yang boleh dijadikan teladan. Nilai murni berkait rapat dengan nilai kemanusiaan atau nilai moral yang bersifat sarwajagat atau universal. Sudah menjadi fitrah, manusia dan semua makhluk tidak akan hidup bersendirian kerana setiap kehidupan saling memerlukan dan bantu-membantu satu sama lain. Selagi bergelar manusia, nilai-nilai kemanusiaan kasih sayang, setia kawan, taat setia, simpati atau belas kasihan, keberanian, pemurah atau baik hati, ketabahan, kejujuran, hormat-menghormati, berhemah tinggi, berdikari, dan sebagainya haruslah dizahirkan secara konkrit dan abstrak melalui tindakan, emosi, perasaan, dan pertuturan.

Ikuti selanjutnya di dalam majalah Pelita Bahasa, Ogos 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan