Sabtu, 29 Mac 2014

RENCANA 195: PELANCARAN OPS 6P BERSEPADU TERHADAP PATI


Ikutilah rencana umum saya yang berjudul "Pelancaran Ops 6P Bersepadu Terhadap PATI" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran April 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 194: PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH YANG JITU

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya yang berjudul "Penggunaan Kata Atau Istilah Yang Jitu" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran April 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 193: KEPELBAGAIAN TEMA DALAM GENRE NOVEL PERINGKAT SPM

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya yang berjudul "Kepelbagaian Tema dalam Genre Novel Peringkat SPM" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran April 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 192: MENYINGKAP SAJAK - SEORANG INSAN ISTIMEWA

Ikutilah rencana KOMSAS PMR saya berjudul "Menyingkap Sajak - Seorang Insan Istimewa" dalam majalah FOKUS SPM, keluaran April 2014. Selamat membaca!!!

Jumaat, 28 Mac 2014

PROGRAM JERAYAWARA BULAN APRIL 2014

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA BULAN APRIL:

1. 3.4.2014 (KHAMIS) - SM ISLAM BESTARI AL AMIN, MERLIMAU
2. 5.4.2014 (SABTU) - SMK SANDAKAN 11, SABAH
3. 11.4.2014 (JUMAAT) - MAAHAD MUAR - PTG
4. 12.4.2014 (SABTU) - SMK DATO' PENGAWA BARAT, PONTIAN
5. 15.4.2014 (SELASA) - SMK SUNGAI CHOH, RAWANG
6. 19.4.2014 (SABTU) - SMK BANDAR BARU SERTING, NEGERI 9
7. 24.4.2014 (KHAMIS) - SM IMTIAZ, MASJID TANAH
8. 26.4.2014 (SABTU) - TANJUNG PIAI, JB ANJURAN SEK. AGAMA MENENGAH SG. MERAB LUAR, KAJANG
9. 27.4.2014 (AHAD) - SMK BUKIT RAMBAI

Rabu, 26 Mac 2014

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA - HOTEL SERI MALAYSIA







Tarikh: 25 Mac 2014
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh

Terima kasih kepada Encik Kamarudin Bakar kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan Program Suntikan A+ SPM Bahasa Melayu anjuran Petronas Penapisan Melaka dan Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Melaka. Syabas dan tahniah kepada semua peserta pilihan dari Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur kerana memberi komitmen yang cukup baik sepanjang berlangsung program tersebut. Semoga segalal input yang disampaikan dapat dimanfaatkan kelak dalam peperiksaan SPM nanti.

Jumaat, 21 Mac 2014

RENCANA 191: KEPENTINGAN KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA


Ikutilah rencana ekonomi saya berjudul "Kepentingan Kempen Beli Barangan Malaysia" dalam majalah Dewan Ekonomi, Bil.3/2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 190: MEWUJUDKAN KOMUNIKASI YANG MESRA


Ikutilah rencana Dunia Bahasa saya berjudul "Mewujudkan Komunikasi Yang Mesra" dalam majalah Pelita Bahasa, Bil.3/2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 189: MENINGKATKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI


Ikutilah rencana umum bertajuk "Meningkatkan Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mac 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 188: ULASAN SOALAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN BAHASA SPM 2013

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya berjudul "Ulasan Soalan Pengetahuan & Kemahiran Bahasa SPM 2013" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mac 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 187: LATAR MASYARAKAT DALAM BENTUK PETA POKOK

Ikutilah rencana KOMSAS PMR saya berjudul "Latar Masyarakat Dalam Bentuk Peta Pokok" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mac 2014. Selamat membaca!!!

RENCANA 186: PERISTIWA DALAM NOVEL SEBAGAI TELADAN

Ikutilah rencana KOMSAS SPM saya berjudul "Peristiwa Dalam Novel Sebagai Teladan" dalam majalah Fokus SPM, keluaran Mac 2014. Selamat membaca!!!

Rabu, 12 Mac 2014

MAPAN ATAU MAMPAN???

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL:
MAPAN ATAU MAMPAN???

Kata mapan dan mampan, kedua-duanya betul.
Perkataan “mapan” bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap dan padanan dalam bahasa Inggeris – “establish”.
Manakala “mampan” pula bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya) atau mengekalkan pencapaian dan padanan dalam bahasa Inggeris – “sustainable”.
Contohnya: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan. 4. Pengangkutan mampan  5. Pembangunan mampan

Sabtu, 8 Mac 2014

PENGGUNAAN AWALAN ASING "ANTI-"

BETUL YANG BIASAKAN DAN BIASAKAN YANG BETUL
PENGGUNAAN AWALAN ASING "ANTI-"
 Anti- ialah awalan asing dan berbentuk terikat serta ditulis rapat dengan kata nama am yang mengikutinya seperti antilelaki, antidadah, antirasuah, antikomunis, antiagama, antibakteria, antimerokok, dsb. Tetapi jika disambung dengan kata nama khas perlu diletak tanda sempang seperti anti-Israel, anti-Amerika, anti-Yahudi, anti-Jepun, dsb.
Selain itu, anti- ialah awalan yang bermaksud bertentangan dengan, melawan atau menentang. Misalnya, antirasuah bermaksud tidak menerima atau mengamalkan perbuatan menerima rasuah.

PENGGUNAAN AWALAN ASING "PRA-"

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL
PENGGUNAAN AWALAN ASING “PRA-”

Awalan asing pra- (pasca-, maha-, anti-, dwi-, tata-, pro- dan sebagainya) apabila digabungkan dengan kata nama am hendaklah dieja dengan satu perkataan seperti prasiswazah, pradaftar, prasekolah, praklinikal, prauniversiti, dan prapelancaran. Walau bagaimanapun ejaan ini berubah apabila awalan tersebut digabungkan dengan kata nama khas, dengan tanda sempang seperti pra-Malaysia (bukan pramalaysia/praMalaysia). Contoh perkataan lain ialah pra-UPSR, pra-SPM, pra-STPM, dsb.
Awalan 'pra-' ialah awalan yang produktif yang menerbitkan kata nama untuk membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu yang mengikutinya.