Sabtu, 1 Ogos 2009

JERAYAWARA BAHASA 2 - SMK TEKNIK SEBERANG PERAI

Jerayawara bahasa kedua beralih ke SMK Teknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah khususnya Puan Zainiah (GKP 1) dan suaminya, Cikgu Shuhaimi, Cikgu Rashidah, serta jawatankuasa program jerayawara bahasa kerana memberi ruang kepada saya untuk berinteraksi dengan pelajar-pelajarnya bermula jam 3.15 hingga 6.00 petang. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pelajar kerana memberikan kerjasama yang cukup baik dan respons yang menggalakkan meskipun pertemuan ini merupakan kali pertama buat saya di sekolah ini. Saya doakan mudah-mudahan mereka akan mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini.

2 ulasan:

  1. terima kasih cg samat. maaf atas layanan yang kurang. maklumlah, kami pun tak tinggal di rumah sepenuhnya dah hampir 3 bulan. sekarang tinggal sementara di transkrian. zainiah berulang ke smt seb. perai. blog mungkin akan dikemas kini pertengahan ogos, insya-Allah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kembali...sebenarnya tak ada apa-apa yg. perlu diminta maaf...saya faham keadaan cikgu dan tidak mahu menyusahkan cikgu berdua..Mudah-mudahan kita akan dapat menyebarluaskan ilmu dan pengalaman menerusi blog kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.

    BalasPadam