Isnin, 10 Ogos 2009

CAKNA : 1 - SELESEMA BABI (H1N1)


SELESEMA KHINZIR MANUSIA (HUMAN SWINE INFLUENZA)

Berikutan kejadian Wabak Selesema Khinzir Manusia yang berlaku berpusat di negara Mexico serta laporan kes berkaitan di beberapa negara termasuk di Amerika Syarikat dan Kanada baru-baru ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan Wabak tersebut sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang membimbangkan Antarabangsa (Public Health Emergency of International Concern).


Selesema atau Influenza Khinzir adalah sejenis penyakit yang menjejaskan sistem pernafasan (respiratori) yang lazimnya menjangkiti haiwan khususnya khinzir disebabkan oleh virus influenza jenis A. Pada kebiasaannya wabak haiwan ini tidak menjangkiti manusia, walau bagaimanapun, jangkitan luar biasa yang melibatkan penyebaran daripada manusia kepada manusia telah dilaporkan akibat daripada virus influenza khinzir ini yang telah disahkan oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (Centre for Disease Control – USA) dan juga WHO.



Berdasarkan maklumat yang terkini, jangkitan influenza khinzir manusia ini disyaki telah melibatkan ribuan kes di negara Mexico termasuk beberapa kematian. Negara-negara lain yang telah melaporkan kes yang telah disahkan termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Sementara itu, beberapa negara lain (iaitu New Zealand, Perancis dan Sepanyol) juga telah melaporkan kes-kes yang disyaki apabila kebanyakan kes berkenaan jatuh sakit setelah kembali dari mengunjungi negara Mexico.


Tanda-tanda awal Influenza ialah demam panas, batuk, sakit tekak, hidung berair dan kadangkala kesesakan nafas beberapa hari kemudian. Jika seseorang mengamati tanda-tanda penyakit ini dan mengesyaki dirinya dijangkiti influenza, dapatkan rawatan perubatan seawal mungkin di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan. Maklumkan kepada doktor tempat yang telah dikunjungi dalam masa 2 minggu terdahulu, semasa pemeriksaan doktor berkenaan.

Orang ramai boleh membantu untuk mencegah jangkitan per
nafasan dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik, seperti berikut:

  • Cuci tangan kerap kali dengan menggunakan sabun dan air, dan mengeringkannya menggunakan tuala pakai buang atau alat pengering tangan.
  • Gunakan tisu tangan pakai buang yang mengandungi alkohol atau gel pembasmi kuman boleh digunakan jika tiada kemudahan mencuci tangan.
  • Tutup hidung dan mulut apabila bersin atau batuk dan buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
  • Elakkan mendampingi orang yang mempunyai simptom influenza.
  • Elakkan mengunjungi tempat-tempat yang sesak.

Sumber: http://www.moh.gov.bn/news/20090427a.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan