Sabtu, 31 Disember 2011

BUKU KOLEKSI RENCANA UMUM JILID 3 DIBUKA UNTUK PESANAN


Alhamdulillah...akhirnya siap juga buku Koleksi Rencana Umum Jilid 3 (KRU 3) dan sampai ke tangan saya tepat jam 1.00 pagi sebentar tadi terus dari kilang. Terima kasih kepada pihak syarikat percetakan yang dapat menghantar tepat pada masanya.

Jumaat, 23 Disember 2011

STOK TERBAHARU BUKU KOLEKSI RENCANA UMUM JILID 1 & 2



Untuk makluman kepada semua rakan guru dan murid yang ingin membuat pesanan buku Koleksi Rencana Umum Jilid 1 & 2, stok terbaharu sudah saya terima dan dibuka untuk pesanan melalui talian mulai sekarang. Sila ikuti tatacara untuk membuat pesanan seperti yang dinyatakan di lajur sebelah kiri blog ini.
Sekian dimaklumkan.

Rabu, 21 Disember 2011

KONSERTO TERAKHIR GANTI INTERLOK

Novel "Konserto Terakhir" karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain, akan menggantikan novel "Interlok" sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) bagi pelajar Tingkatan 5 mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud, berkata penggantian teks KOMSAS bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia itu membabitkan pelajar bagi Zon Dua meliputi Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.
"Novel Konserto Terakhir sudah melalui proses penyaringan dan pemilihan yang ditetapkan, dan sesuai digunakan sebagai teks Komsas berdasarkan nilai dan mutu karya yang dihasilkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pada 14 Disember lalu, Kabinet memutuskan penggunaan novel Interlok yang juga karya Abdullah, sebagai teks Komsas Tingkatan Lima tidak akan diteruskan mulai tahun depan. Keputusan itu dibuat berikutan timbulnya rasa kurang senang sesetangah masyarakat selain bagi mengelak pihak tertentu daripada terus mempolemikkannya.

Novel Konserto Terakhir yang pernah dijadikan teks Komsas Tingkatan Lima di Zon Dua dari 2000 hingga 2010, berkisar mengenai perjuangan hidup dan kegigihan seorang anak muda dari kampung yang berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan dan akhirnya berjaya menjadi seorang seniman besar negara. - BERNAMA

Sabtu, 17 Disember 2011

NOVEL INTERLOK DITARIK SEMULA MULAI 2012

Kerajaan memutuskan untuk tidak lagi menggunakan novel Interlok yang menjadi buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan. Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, berkata perkara itu telah diputuskan kerajaan pada mesyuarat kabinet baru-baru ini dan berharap akan diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam tempoh terdekat. Beliau berharap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekali gus menamatkan kontroversi yang ditimbulkan sebelum ini.
"Menteri Pelajaran telah bersetuju tidak akan menggunakan buku ini mulai tahun hadapan dan saya minta pengumuman rasmi mengenainya dapat dibuat dalam tempoh terdekat agar tiada lagi pertikaian dibangkitkan oleh mana-mana pihak," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai novel berkenaan selepas merasmikan perlawanan bola sepak Piala Datuk Seri S. Samy Vellu anjuran Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Novel itu sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan. Sementara itu, Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berharap kerajaan dapat menyegerakan perlaksanaan pengumuman dalam bahasa Tamil di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terutamanya yang membabitkan penerbangan ke Chennai, India. Katanya tindakan itu perlu dilaksanakan ekoran kira-kira 90 peratus penumpang ke negara berkenaan berbahasa Tamil. -- BERNAMA

Rabu, 14 Disember 2011

DESAIN AWAL BUKU KOLEKSI RENCANA UMUM JILID 3


Untuk melihat imej yang lebih besar, sila letakkan kursor pada gambar tersebut dan klik sebelah kanan, buat pilihan "Open Link in New Window".

Alhamdulillah, akhirnya hasrat untuk menghasilkan buku Koleksi Rencana Umum Jilid 3 ini menjadi kenyataan setelah saya berusaha mengumpulkan kesemua rencana tersebut di dalam sebuah buku. Keseluruhan artikel yang dimuatkan di dalam buku ini merupakan artikel yang pernah disiarkan dalam pelbagai majalah tempatan tempatan seperti majalah Fokus SPM, E@Siswa, dan Dewan Siswa. Sebanyak 25 artikel dimuatkan dalam jilid ketiga ini yang menyentuh pelbagai isu kontemporari. Aspek atau isu yang diketengahkan dalam buku ini berkisar tentang isu-isu semasa untuk dijadikan bahan rujukan kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam menulis karangan khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sama ada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) termasuk esei bag kertas Pengajian Am. Seperti buku Koleksi Rencana Umum Jilid 1 dan 2 (KRU 1 & 2), koleksi rencana yang dimuatkan di dalam buku ini telah diedit semula dan diubah suai, di samping terdapat penambahan fakta-fakta yang terkini dan diperluas skop perbincangannya.

Sudah terbukti bahawa artikel atau isu yang dimuatkan dalam kesemua buku KRU ini amat relevan dengan soalan yang pernah diuji dalam peperiksaan SPM dan STPM sebelum ini. Selain itu, bahan yang dimuatkan di dalam buku ini juga boleh dimanfaatkan oleh guru dan murid sebagai bahan rangsangan untuk rumusan karangan. Mudah-mudahan jika dimanfaatkan sepenuhnya buku ini untuk pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya aspek karangan, diharap dapat membantu murid menguasai isu semasa sekali gus meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana kemahiran menulis masih lagi menjadi masalah kepada sebahagian besar murid kerana ketidakmampuan mereka untuk menyampaikan atau menghuraikan idea secara matang, lancar, dan berkesan, di samping kadangkala tidak menjawab tugasan soalan. Oleh itu, diharap buku ini secara tidak langsung dapat memupuk budaya membaca dan juga mendedahkan kepada murid dengan pelbagai rencana yang menarik dan bermutu.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan rakan guru dan murid kerana memiliki buku ini. Semoga diharap buku ini dapat membantu murid khususnya dalam aspek kemahiran menulis sekali gus menguasai kertas Bahasa Melayu dengan cemerlang.

HJ. SAMAT BUANG

Guru Cemerlang Bahasa Melayu

(Munsyi BM /Komsas /Sastera)

Alamat blog: www.munsyibm.blogspot.com

E-mel : tampan88@yahoo.com

Facebook: Samat Gcbm

NOVEL TINGKATAN 3 ZON 2 - MERENANG GELORA


Teks novel baharu berjudul "Merenang Gelora", karya Ruslan Ngah yang akan diguna pakai oleh semua murid Tingkatan 3 dari zon 2 yang melibatkan negeri Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, dan Pahang mulai tahun 2012. Selamat membaca dan menghayati karya sastera tempatan.

ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN TINGKATAN 3 - 2012

Antologi Teks Komponen SASTERA dalam Mata pelajaran Bahasa Melayu yang akan diguna pakai oleh semua murid Tingkatan 3 di seluruh negara mulai 2012 yang mengandungi 23 karya pelbagai genre sastera yang terdiri daripada puisi tradisional, sajak, prosa tradisional, cerpen dan drama. Selamat membaca dan menghayati kesemua karya sastera sekali gus menjawab soalan pemahaman peringkat PMR 2012 buat kali pertama.

JUDUL KARYA DALAM ANTOLOGI HARGA SEBUAH LUKISAN

MENGIKUT GENRE

Bil

Jenis Genre

Antologi

Harga Sebuah Lukisan

1

Puisi tradisional

· Pantun Empat Kerat (Muafakat)

· Pantun Nasihat (Bersatu hati)

· Pantun Berkait (Bekerja)

· Syair Panduan Untuk Para Remaja

· Syair Berbuat Jasa

· Syair li-Attar Gaib

2

Sajak

· Fragmen Sebuah Kehidupan

· Kata-kata

· Keusangan Budaya

· Seorang Insan Istimewa

· Pesan Buat Anak-anak Merdeka

· Rumput

3

Prosa Tradisional

· Hikayat Seri Kelantan

· Hikayat Patani

· Hikayat Marakarma

· Kuda Janggi Gerdana

4

Cerpen

· Mutiara Bonda

· Segala Yang Tercinta Ada Di Sana

· Harga Sebuah Lukisan

· Budi Semangkuk Daging

· Mencari Nafas Baharu

5

Drama

· Sebuah Perjuangan

· Cabaran

Jumlah Karya

23

Isnin, 12 Disember 2011

KERELEVANAN ARTIKEL DLM BUKU KRU 1 DENGAN PENGAJIAN AM STPM 2011

Alhamdulillah....Artikel saya bertajuk "Memperkasakan Industri Akuakultur" hlm. 35 dalam buku Koleksi Rencana Umum Jilid 1 secara tidak langsung dapat dimanfaatkan untuk menjawab soalan Bahagian A nombor 1 kertas Pengajian Am Kertas 2 (Esei) STPM 2011 (900/2) yang berbunyi:

1. Sektor perikanan negara kini menghadapi masalah. Oleh itu, langkah-langkah yang komprehensif perlu diambil untuk memastikan sektor ini dapat terus menyumbang kepada ekonomi negara.
Huraikan penyataan ini. (....antara 250 hingga 300 patah perkataan)

KERELEVANAN ARTIKEL DLM BUKU KRU 1 DENGAN SOALAN BAHASA MELAYU STPM 2011

Alhamdulillah....Artikel saya bertajuk "Peranan Rangkaian Jalur Lebar" hlm. 7 dalam buku Koleksi Rencana Umum Jilid 1 secara tidak langsung dapat dimanfaatkan untuk menjawab soalan karangan nombor 4 kertas Bahasa Melayu 2 STPM 2011 (910/2) yang berbunyi:

"Kerajaan telah melaksanakan Inisiatif Jalur Lebar Negara untuk meningkatkan teknologi maklumat dan komunikasi di negara ini. Sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah kepada pelajar institusi pengajian tinggi tentang kebaikan penggunaan jalur lebar kepada masyarakat dan negara.Tulis teks ceramah itu selengkapnya. (...antara 650 hingga 700 patah perkataan)

Rabu, 7 Disember 2011

RENCANA 94: PERTENTANGAN ANTARA WATAK DALAM NOVEL "SUTERA DALAM LUKISAN"

Ikutilah rencana KOMSAS saya selanjutnya berjudul "Pertentangan Antara Watak Dalam Novel - Sutera Dalam Lukisan" di dalam majalah Fokus SPM, keluaran Disember 2011

RENCANA 93: KATA YANG BERBEZA MAKNA

Ikutilah rencana Bahasa Melayu saya selanjutnya berjudul "Kata yang berbeza makna" di dalam majalah Fokus SPM, keluaran Disember 2011. Selamat membaca!!!

RENCANA 92: MENANGKIS PENULARAN BUDAYA HEDONISME


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya berjudul "Menangkis Penularan Budaya Hedonisme" di dalam majalah FOKUS SPM, Disember 2011. Selamat membaca!!!