Khamis, 6 Ogos 2009

RENCANA UMUM 7: MEMELIHARA WARISAN KEBANGSAAN



Rencana ini disiarkan di dalam majalah FOKUS SPM,
oleh Hj. Samat Buang

Menghargai sejarah dan warisan adalah suatu yang masih longgar dan tidak kukuh dalam kalangan masyarakat tempatan. Sejarah selalu dilupakan dan peninggalan warisan pula selalu diabaikan. Hal ini disebabkan ada tanggapan bahawa kedua-duanya tidak relevan dengan keperluan hari ini dan masa depan. Sejarah dan warisan selalu difahami sebagai ‘benda mati’ maka kepada sesetengah orang, kedua-duanya tidak bernilai lagi kecuali sedikit sentimental kepada masa lampau. Benda-benda warisan yang ditinggalkan itu adalah kesan laluan sejarah kepada sesuatu bangsa. Tegasnya, peninggalan sejarah dan warisan merupakan aset yang mesti dipertahankan dan dijaga dengan baik agar dapat dijadikan sumber rujukan, serta tatapan kepada generasi akan datang, di samping mampu menarik pelancong ke negara ini. Warisan-warisan budaya dan semula jadi tidak hanya penting kepada negara, tetapi kepada seluruh dunia dan manusia sejagat. Warisan-warisan ini dianggap mempunyai nilai keunggulan sejagat. Warisan-warisan ini tidak akan dapat diganti dan kehilangannya bererti kerugian kepada manusia seluruh dunia ini. Oleh itu, sudah menjadi satu tanggungjawab bersama bagi semua pihak untuk memastikan kepentingan sejagat ini bebas daripada bahaya dan ancaman kemusnahan dan keluputan.


Ikuti selanjutnya di dalam majalah FOKUS SPM, April 2009

1 ulasan: