Rabu, 19 Ogos 2009

JERAYAWARA BAHASA 9 - SMK DANG ANUM

Jerayawara Bahasa ke-9 beralih ke SMK Dang Anum, Merlimau, Melaka.

Seingat saya, ini merupakan kunjungan kali ketiga saya ke sekolah ini. Kali terakhir semasa saya berkesempatan mengadakan mesyuarat di sekolah yang pernah dianugerahkan pemenang kedua Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar peringkat Kebangsaan dan Naib Johan Anugerah Seri Asrama Gemilang peringkat Kebangsaan. Program hari ini bermula jam 12.30 tengah hari di kantin sekolah. Tidak ketinggalan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Roslan Kasim, Kaunselor, Pengetua, guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Dang Anum kerana sudi menjemput saya untuk mengendalikan jerayawara bahasa tahun ini.

2 ulasan:

  1. terima kasih ats ceramah tadi. smoge sume tu dpt saya aplikasikan wktu pperiksaan nty

    BalasPadam
  2. Terima kembali. Mudah-mudahan segala yang disampaikan sepanjang ceramah tadi dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam peperiksaan yang akan datang. Semoga anda berjaya dengan cemerlang.

    BalasPadam