Selasa, 28 Julai 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS KUALA SELANGOR









Tarikh: 26 Julai 2015 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Prima KUSESS

Alhamdulillah..usai berjerayawara di SM Sains Kuala Selongor (KUSESS) dan terima kasih kepada Cikgu Nor Midza (GKMP Bahasa), Cikgu Hasnah dan guru-guru Bahasa Melayu kerana memberi ruang kepada saya sekali lagi tahun ini. Tidak ketinggalan terima kasih juga kepada semua pelajar yang terbabit kerana memberikan kerjasama yang cukup. Semoga kalian memperoleh manfaat daripadanya sekali gus melonjakkan keputusan yang cemerlang khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SERI BINTANG SELATAN, KL







Tarikh: 25 Julai 2015 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Auditorium Inti International College, Kuala Lumpur

Terima kasih kepada Tuan Hj. Saifulddin (GPK Koku), Puan Norsiah Wakiban (GKMP Bahasa), guru-guru Bahasa Melayu dan para pelajar kerana mengundang saya untuk program tersebut di SMK Seri Bintang Selatan buat kali pertama. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan sekali gus dapat membantu dalam menghadapi peperiksaan SPM kelak dan beroleh kejayaan yang cemerlang. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung.