Jerayawara Bahasa hari kedua bermula di SMK Dato' Ali Ahmad, Kangar, Perlis jam 8.30 hingga 11.00 pagi. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya, Cikgu Noratikah, guru-guru serta para pelajar yang menghadiri program ini. Syabas dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang hadir dengan penuh semangat untuk memajukan diri sendiri sebagai persiapan sebelum menjelang peperiksaan percubaan pada hari Isnin (3 Ogos). Perjalanan jerayawara bahasa kali ini berjalan lancar dengan respons yang cukup baik daripada para pelajar dan guru-guru. Terima kasih juga diucapkan kepada Cikgu Abd. Manaf dari SMK Syed Hassan yang turut serta dan membantu saya sebagai jurutunjuk sepanjang saya berada di Kangar, Perlis dan menginap di homestay yang disediakan. Jasamu tetap dikenang sepanjang hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan