Selasa, 22 April 2014

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SEREMBAN JAYA 2











Tarikh: 21 April 2014 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat: Dewan Besar SMK Seremban Jaya 2
Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat saya Cikgu Abdul Razak Husin dan guru-guru Bahasa Melayu SMK Seremban Jaya 2 kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa buat kali pertama sesi persekolahan 2014. Tidak ketinggalan syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan komitmen yang cukup memberangsangkan sehingga usai program tersebut sekitar jam 5.30 petang semalam (21 April 2014) - Isnin. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan sekali gus memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK TUNKU AMPUAN DURAH, SEREMBAN








Tarikh: 21 April 2014 (Isnin)
Masa  : 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Besar SMK Tunku Ampuan Durah

Terima kasih kepada Cikgu Faridah Ahmed kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa buat kali pertama di SMKTAD semalam (21 April 2014), Isnin jam 9.00 pagi di Dewan Besar SMKTAD. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh manfaat daripada input yang disampaikan.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BANDAR BARU SERTING












Tarikh: 19 April 2014 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan Bestari SMK Bandar Baru Serting

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Zazliza Ishak dan jawatankuasa pengelolanya yang terlibat menguruskan program tersebut bersama dengan Pejabat Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu, ,Negeri Sembilan Darul Khusus. Tidak ketinggalan kepada semua guru pengiring dan pelajar sekolah-sekolah menengah di daerah berkenaan yang turut terlibat dan memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang program tersebut berlangsung. Tahniah dan syabas kerana sanggup menunggu sehingga selesai dan semoga kalian memperoleh manfaat daripada semua input yang disampaikan.


Khamis, 17 April 2014

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SEK. AGAMA MENENGAH RAWANG

Tarikh: 15 April 2014 (Selasa)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat: Dewan Sek. Agama Menengah Rawang (SAMER)

Terima kasih kepada Puan Hjh. Norhashimah Hj. Hassan kerana mengundang saya buat kali kedua untuk mengendalikan program tersebut. Semoga pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu SPM tahun ini lebih menyerlah daripada biasa.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SUNGAI CHOH, RAWANG








Tarikh: 15 April 2014 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Dewan SMK Sungai Choh

Terima kasih kepada Puan Fuziah Hanim (GKMP Bahasa) kerana buat kali pertama mengundang saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan menjelang peperiksaan SPM 2014.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK DATO' PENGGAWA BARAT, PONTIAN











Tarikh: 12 April 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor Bahru

Terima kasih kepada Cikgu Anuar Salleh kerana buat kali pertama memberi ruang dan peluang kepada saya untuk mengendalikan Program Jerayawara Bahasa di sekolahnya. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang memberikan komitmen yang cukup tinggi sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian memperoleh manfaat daripadanya sekali gus melonjakkan pencapaian Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2014 kelak.