Ahad, 28 April 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMJK SEG HWA, SEGAMAT






Tarikh: 27 April 2013 (Sabtu)
Masa  : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SMJK Seg Hwa, Segamat

Terima kasih kepada Cikgu Junaidah Mohamed (Guru Cemerlang Bahasa Melayu) yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama. Tidak ketinggalan juga kepada semua guru Bahasa Melayu dan para pelajar yang terpilih untuk menyertai program tersebut secara aktif dari mula hingga akhir program tersebut.

Ahad, 21 April 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS BANTING








Tarikh: 20 April 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan SM Sains Banting

Terima kasih kepada sahabat maya saya Cikgu Saharuddin Abdullah (GC SMK Sijangkang Jaya, pihak Pejabat Pelajaran Daerah khususnya Tuan Hj. Saadon Mardan (KU Bahasa PPDKL), semua ketua panitia Bahasa Melayu sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Langat kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama. Tidak ketinggalan kepada semua pelajar pilihan yang terdiri daripada pelajar cemerlang daripada 17 buah sekolah menengah daerah Kuala Langat yang memberikan komitmen yang tinggi dan penglibatan aktif sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga segala input yang disampaikan dapat memberi manfaat sekali gus menyuntik semangat baharu bagi melonjakkan kecemerlangan yang membanggakan.

Khamis, 18 April 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SM SAINS BAGAN DATOH








Tarikh: 16 April 2013 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SM Sains Bagan Datoh (SABDA)

Terima kasih kepada sahabat saya, Cikgu Hidir Ali (GPK 1) kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama di sekolahnya. Tidak ketinggalan juga kepada semua guru Bahasa Melayu - Puan Rohani, Encik Redzuan, dan lain-lain serta semua pelajar yang mempunyai semangat tinggi dan menunjukkan komitmen yang cukup tinggi sepanjang program tersebut. Semoga kalian semua berjaya melonjakkan kecemerlangan yang luar biasa.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK CONVENT, BUKIT MERTAJAM



Tarikh: 15 April 2013 (Isnin)
Masa  : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SMK Convent, Bukit Mertajam

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Datin Siti Fatimah Osman kerana mengundang saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama atas tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Tidak ketinggalan ribuan terima kasih kepada semua guru Bahasa Melayu dan pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Semoga segala input yang disampaikan dapat menyuntik semangat baharu bagi menghadapi peperiksaan SPM tahun ini dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK (P) ST. GEORGE PULAU PINANG








Tarikh: 13 April 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Che Hoon Kor Moral Uplifting Society

Terima kasih kepada Puan Sharifah Bahum, Puan Sazzlina, Encik Raizuan Ibrahim, guru-guru Bahasa Melayu SMK (P) St. George, guru-guru sekolah jemputan serta para pelajar yang terlibat kerana memberi komitmen yang cukup tinggi sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan menjelang peperiksaan SPM tahun ini sekali gus meraih keputusan yang cemerlang dan menyerlah lebih daripada biasa.

Selasa, 2 April 2013

RENCANA 163: MENYEMARAKKAN BUDAYA INOVASI DAN KREATIVITI


Ikutilah rencana umum saya selanjutnya berjudul "Menyemarakkan Budaya Inovasi dan Kreativiti" dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Mac 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 162: WATAK SAMPINGAN DALAM NOVEL WIRA PERSONA AVATAR


Ikutilah rencana KOMSAS PMR saya selanjutnya berjudul "Watak Sampingan Dalam Novel Wira Persona Avatar" dalam majalah Dewan Siswa, keluaran Mac 2013. Selamat membaca!!!

RENCANA 161: MEMBUDAYAKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT



Ikutilah rencana saya selanjutnya berjudul "Membudayakan Amalan Gaya Hidup Sihat" dalam majalah Wadah Siswa, keluaran bilangan 7/2013. Selamat membaca!!!

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BUKIT RAMBAI






Tarikh: 26 Mac 2013 (Selasa)
Masa: 8.00 - 10.00 pagi
Tempat: Dewan Mini SMK Bukit Rambai
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Rosnah, guru-guru Bahasa Melayu, dan para pelajar yang terlibat dalam program tersebut. Tahniah dan syabas kepada mereka yang hadir walaupun diadakan pada masa cuti sekolah dan berjaya menunjukkan minat dan komitmen yang tinggi sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian mendapat manfaat dan berjaya meraih kejayaan yang cemerlang pada peringkat SPM kelak.