Sabtu, 15 Ogos 2009

JERAYAWARA BAHASA 8 : SMK JALAN BUKIT KAJANG




Selamat datang kepada semua pelajar SMK Jalan Bukit, Kajang yang diadakan di Dewan Kolej New Era, Kajang. Program bermula jam 8.30 setelah pelajar-pelajar diimbas suhu untuk memastikan mereka bebas daripada daripada wabak penyakit H1N1. Selain itu, terdapat beberapa orang pelajar dari SMK Convent dan Yu Hua turut serta sempena program RIMUP yang dianjurkan oleh kaunselor dari SMK Jalan Bukit. Terima kasih sekali lagi kepada kaunselor, Puan Hjh. Siti Hajar, Cikgu Tini, Cikgu Mumtaz, dan lain-lain lagi yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program tersebut. Semoga para pelajar yang terlibat dapat memanfaatkan segala panduan yang disampaikan sepanjang ceramah tersebut selama 4 jam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan