Khamis, 27 Jun 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK ST. COLUMBA, MIRI, SARAWAK








Tarikh: 23 JUN 2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan SMK St. Columba
Terima kasih kepada Cikgu Mohd. Faisal Halim dari SMK Chong Hua kerana telah berusaha untuk membawa saya ke SMK St. Columba bagi mengendalikan program tersebut setelah gagal diadakan di SMK Chong Hua. Tidak ketinggalan juga kepada semua guru Bahasa Melayu SMK St. Columba dan pelajar yang terlibat sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga input yang disampaikan selama 3 jam sementara menunggu penerbangan balik pada pukul 3.50 petang dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK LIMBANG, SARAWAK











Tarikh: 22 JUN 2013 (Sabtu)
Masa  : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka SMK Limbang

Terima kasih yang tidak terhingga khususnya Puan Rodiah Talib, Pengetua, Cikgu Mohd. Afif, Cikgu Lily Thing, guru-guru yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk mengendalikan program ini buat kali pertama di SMK Limbang. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar yang terbabit kerana memberikan kerjasama yang cukup baik tanpa sebarang gangguan sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga kalian mendapat input yang dapat dimanfaatkan bagi menghadapi SPM kelak dan memperoleh kejayaan yang cemerlang. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih saya tujukan kepada Cikgu Mohd. Afif kerana meraikan saya sepanjang saya berada di Limbang dari awal hingga lambaian terakhir di Lapangan Terbang Limbang. Jasamu saya kenang hingga akhir hayat.

Rabu, 19 Jun 2013

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI ILP SANDAKAN








Tarikh: 15 Jun 2013(Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: Institut Latihan Perindustrian, Sandakan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengetua, Puan Suhana Anis, Encik Mohd. Nizamul, guru-guru SMK Elopura 2, Sandakan kerana memberi ruang dan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut buat kali pertama. Tidak ketinggalan juga kepada semua guru dan murid daripada 21 buah sekolah menengah sekitar Sandakan yang turut mengambil bahagian dalam program tersebut. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya menjelang peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM SUNTIKAN A+ SPM PETRONAS







Tarikh: 4 Jun 2013 (Selasa)
Masa: 2.00 - 5.30 petang
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka

Terima kasih kepada Encik Kamarudin Bakar kerana memberi ruang kepada saya untuk mengendalikan program tersebut. Semoga semua peserta yang terlibat memperoleh manfaat yang berguna sebagai bekalan untuk menghadapi peperiksaan SPM kelak.

Selasa, 4 Jun 2013

PROGRAM JERAYAWARA DI SMK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG






Tarikh: 27 Mei 2013 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Surau SMK Bandar Tasik Kesuma

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Puan Azlina Mokhlas, guru-guru Bahasa Melayu dan semua pelajar yang terlibat dalam Program Jerayawara Bahasa buat kali pertama bagi sesi 2013. Syabas dan tahniah atas komitmen yang tinggi daripada pelajar-pelajar yang terbabit sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga program tersebut dapat memberi suntikan semangat yang baharu untuk melakar kecemerlangan yang membanggakan kelak dalam SPM yang akan datang.

PROGRAM JERAYAWARA DI MRSM PEKAN, PAHANG







Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Rose Lini Mustafa, guru-guru Bahasa Melayu dan semua pelajar yang terlibat dalam Program Jerayawara Bahasa pada hari Ahad (26 Mei 2013) jam 8.00 pagi buat kali pertama bagi sesi 2013. Syabas dan tahniah atas komitmen yang tinggi daripada pelajar-pelajar yang terbabit sepanjang program tersebut berlangsung. Semoga program tersebut dapat memberi suntikan semangat yang baharu untuk melakar kecemerlangan yang membanggakan kelak dalam SPM yang akan datang.