Jumaat, 24 April 2015

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK SULTAN ISMAIL, KEMAMAN, TERENGGANU










Tarikh: 19.4.2015 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan SMK Sultan Ismail, Kemaman
Terima kasih kepada Puan Hjh. Zaleha Abd Rahman kerana mengundang saya buat kali pertama bagi mengendalikan program tersebut pada 19 April 2015 (Ahad) jam 8.30 pagi. Tidak ketinggalan juga kepada Pengetua, Puan Sharifah Rohaya (Guru Kanan Bidang Bahasa), guru-guru Bahasa Melayu yang turut hadir. Syabas dan tahniah kepada semua murid yang hadir dan semoga kalian mendapat input yang berguna untuk dimanfaatkan dalam peperiksaan SPM tahun ini kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK PONTIAN JAYA, KUALA ROMPIN











Tarikh: 18.4. 2015 (Sabtu)
Tempat: Dewan Gemilang SMK Pontian Jaya, Kuala Rompin, Pahang
Masa: 8.30 pagi
Terima kasih kepada Cikgu NormasAyu Madun kerana kali pertama memberi ruang dan mengundang saya untuk program tersebut pada 18 April 2015 (Sabtu) jam 8.30 pagi. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar SMK Pontian Jaya, termasuk pelajar sekolah jemputan, SMK Rompin Permai dan SMK Tg. Gemok yang turut hadir. Semoga kalian memperoleh input yang bisa membantu dalam peperiksaan SPM kelak.

Khamis, 16 April 2015

BENGKEL PENULISAN DI SEK. AGAMA MEN. SG. MERAB LUAR






Tarikh: 15 April 2015 (Rabu)
Masa : 3.00 - 5.00 petang
Tempat: Kantin SAM Sg. Merab Luar

Terima kasih kepada Cikgu Ezura Nasir kerana mengundang saya untuk mengendalikan Bengkel Penulisan khususnya untuk pelajar Tingkatan 5 SPM. Semoga segala input yang disampaikan dapat memberi manfaat bagi meningkatkan kemahiran penulisan dalam kalangan bakal calon SPM 2015.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BANDAR BARU BANGI















Tarikh: 15 April 2015 (Rabu)
Masa : 8.3.0 pagi
Tempat: Dewan SMK Bandar Baru Bangi
 
Terima kasih kepada Cikgu Shuk kerana mengundang saya kali pertama untuk mengendalikan program tersebut pada 15 April 2015. Semoga segala input yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh para pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM kelak.

PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI RESTORAN MEXICA















Tarikh: 12 April 2015
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Restoran Mexica
Terima kasih kepada Cikgu Teo Wei Sing kerana memberi ruang dan kesempatan kepada saya untuk mengendalikan program tersebut hari ini anjuran Pergerakan MCA Bahagian Indera Mahkota, Kuantan. Semoga pelajar yang terlibat dapat memanfaatkan segala input yang disampaikan dalam peperiksaan SPM kelak