Kembara Amira
|
Kasih sayang seorang bapa/ibu terhadap anak Tau sangat merindui anaknya, Sabi yang dilarikan oleh isterinya, Ipah. Tau masih dapat mengenalinya meskipun anak itu sudah besar dan ditukarkan nama kepada Malique. Profesor Zaidah sangat menyayangi Amira dan amat risau akan keselamatan anaknya, semasa Amira membantu mencari Malique. |
Sikap mementingkan diri dan keuntungan Tindakan O’hara yang terus berusaha membuktikan kawasan tersebut mempunyai emas akan menyebabkan kawasan itu musnah kesan aktiviti perlombongan emas. |
Kepentingan teknologi maklumat Amira membantu ibunya mengemas kini e-mel ibunya itu dengan memasukkan penemuan-penemuan arkeologi yang baharu. |
Sikap saling membantu Itai, Amira, Jacinta, Roslan dan Pak Lias saling membantu mencari Malique yang hilang setelah dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras. |
Sahabat yang setia Amira sanggup mengikut Itai mencari sebutir emas untuk dijadikan hadiah buat Jacinta yang berharap mendapat sesuatu apabila mengikut Amira ke Desa Karpus. Dia juga berhasrat untuk menghiburkan Jacinta yang bermasalah dengan bapanya. |
Taat kepada perintah agama Segera mengqadakan solat Subuh yang tidak dapat ditunaikan ketika di dalam kereta api. |
Penyayang Bercakap lemah-lembut dengan ibunya. Amira sangat menyayangi Jacinta, sahabatnya dengan sanggup ke lubuk emas mencari batu emas untuk dihadiahkan kepada Jacinta. |
Suka akan cabaran Amira seronok dapat bersama-sama ibunya ke tapak kajian arkeologi kerana suka akan cabaran. |
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Rabu, 9 November 2011
PERSOALAN DALAM NOVEL KEMBARA AMIRA
Antara persoalan yang terdapat dalam novel Kembara Amira
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan