Rabu, 9 November 2011

LATAR TEMPAT DALAM NOVEL RENYAH

Antara latar tempat yang terdapat dalam novel Renyah:

1. Pejabat Datuk Dolhi

Contoh : Tempat menguruskan segala urusan syarikatnya, Dolhi-Albert Holdings.,

2. Rumah Datuk Dolhi

Contoh : Tempat Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya

3. Tokyo Jepun

Contoh : Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia ialah ayah kandungnya.

4. Teratai Inn

Contoh : Hasnol berjumpa denganTengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah dengan syarat Hasnol membantunya meluluskan semua tendernya

5. Kg Sungai Bakau

Contoh : Tempat tinggal Mukhlis dan isterinya yang merupakan janda serta dua anak

6. Kelab Mawar

Contoh : Amera bertemu dengan peminat misterinya, iaitu YB Wahab Yasin

7. Di Bukit Serakah

Contoh : Datuk Dolhi berjoging dengan Albert.

8. Hospital

Contoh : Mukhlis dimasukkan ke hospital setelah dipukul kerana menyerang rumah berhala. Manakala bekas isterinya ada menjenguknya di hospital tetapi keluarga Mukhlis tidak mengenalinya kerana berpurdah

9. Pedalaman Serawak

Contoh: Ilham menghasut orang-orang asli supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan

10. Perancis

Contoh : Linda isteri Hasnol tinggal di Paris dan tidak mahu pulang kerana malu.

11. London

Contoh : Hasnol tiba seorang diri dari London

12. Lapangan Terbang Narita

Contoh : Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahi dan sahabat Jepunnya

2 ulasan:

  1. anak tiri mukhlis bukan ada tiga orang ke??

    BalasPadam
  2. Anak tiri mukhlis seorang sahaja. Mohon membaca novel asli untuk lebih pemahaman

    BalasPadam