Azfa Hanani |
Menghargai jasa seseorang Azfa Hanani sangat menghargai jasa baik dan pengorbanan mak long dan pak longnya kerana membesarkannya dengan penuh tanggungjawab. |
Kesusahan hidup/kemiskinan Pak long dan mak long Azfa Hanani berhadapan dengan kehidupan yang susah kerana perlu menjaga anak yang cacat dan anak saudara yang yatim piatu iaitu Azfa Hanani. Mereka tidak mampu menyediakan keperluan pembelajaran untuk Azfa Hanani. |
Usaha dan ikhtiar untuk mengatasi masalah
Tengku Mazran dan Syafinaz berusaha mengatasi masalah Datin Maziah yang kehilangan Tengku Murni dengan cara membawa Azfa Hanani ke rumah mereka dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
|
Kasih sayang keluarga Datin Maziah amat menyayangi Tengku Murni apabila Murni meninggal dunia, dia tidak dapat menerima hakikat itu sehingga mengalami tekanan perasaan. Walaupun mempunyai isteri muda, Tengku Makmur tetap menyayangi keluarganya. Azfa Hanani sangat menyayangi pak long dan mak long serta sepupu-sepupunya. |
Berdikari dalam hidup Ekran menjual burger apabila ada kelapangan masa untuk mendapatkan pengalaman di samping menambahkan wang saku. |
Menghargai persahabatan Nordin sanggup bercuti untuk menjenguk Azfa Hanani di Kampung Merpati yang akan berpindah ke Kuala Lumpur. Walaupun telah berpindah ke Kuala Lumpur, Azfa Hanani tidak lupa menghubungi rakan-rakannya di SMK Sri Dian. |
Perubahan cara hidup Azfa Hanani terpaksa menyesuaikan diri dengan cara kehidupan di bandar yang serba moden. Dia juga terpaksa mengubah gaya hidupnya kerana menyamar sebagai Tengku Murni. |
SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG DAN PENCINTA BAHASA..SAMA-SAMA KITA BERPEGANG TEGUH PADA PRINSIP MEMBIASAKAN YANG BETUL DAN MEMBETULKAN YANG BIASA.
Rabu, 9 November 2011
PERSOALAN DALAM NOVEL AZFA HANANI
Antara persoalan yang terdapat dalam novel Azfa Hanani:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
banyakkan lagi..terima kasih cikgu
BalasPadambagus untuk rujukan pelajar
BalasPadam2laaa... mang bgos pon.. smpai saya xpaham paa :)
BalasPadamyezz,,, siap sedia untuk jawap exam esok,, alhamdulillah naseb dapat cari,,, buku ilang x dpt dikesan, naseb ada yg nie,,,, thanz krna sediakan ini,, :)
BalasPadam