Pagi ni aku cukup terharu kerana tanpa diduga, pelajar-pelajar kesayanganku membuat suatu kejutan sebelum aku memulakan pengajaran. Mereka telah membawa sebuah kek yang ditempah khas semata-mata untuk menyambut hari kelahiranku yang ke-52. Mereka beramai-ramai menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu 3x...."...hehe...aku terpaku buat seketika memerhatikan gelagat mereka yang melucukan. Memang tak disangka selama ini mereka cukup prihatin tentang tarikh kelahiranku. Hal ini demikian kerana hubunganku dengan mereka cukup rapat sepanjang hampir dua tahun bersama-sama sejak tingkatan 4 lagi. Walaupun usiaku bertambah setahun lagi, namun aku tetap bersyukur kerana sehingga hari ini aku dikurniakan nikmat kesihatan yang baik dan masih lagi sempat menyambut hari kelahiranku yang sudah menjangkau lebih daripada setengah abad..hehe. Terima kasih cikgu ucapkan kepada pelajar-pelajar kesayanganku, 5 ERT. Aku doakan agar kalian semua berjaya dalam peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.
besaunya kek tu.
BalasPadamWah popular pelajar-pelajar dalam gambar tu..satu Malaysia tengok... silap-silap haribulan yang kat luar negara pun tumpang sama. Tahniah. Semoga dilanjutkan usia dalam Iman..dimurahkan rezeki dan dikurniai kesihatan yang baik untuk terus menabur bakti kepada anak bangsa. Amin.
BalasPadamMudah-mudahan...amin ya rabbal alamin. Alhamdulillah...sekurang-kurangnya kita dapat berkongsi sama nilai-nilai murni yang wujud dalam kalangan pelajar. Memang sangat membanggakan kerana pertama mereka peka dengan tarikh kelahiran saya dan kedua berbangga kerana mereka tahu menghargai jasa guru mereka.
BalasPadam