Cabaran watak sampingan dalam novel Putera Gunung Tahan
Selain menampilkan watak utama, Ratu Bongsu atau lebih dikenali sebagai Putera Gunung Tahan pengarang novel ini menampilkan beberapa watak sampingan lain yang turut berperanan membantu watak utama. Antara watak sampingan yang penting termasuk Tuan Robert, Tuan William, Perempuan tua Melayu, Mem William, Kusina, dan sebagainya. Kalau Ratu Bongsu, watak utamanya menghadapi pelbagai cabaran termasuk terpaksa berusaha mempertahankan puncak Gunung Tahan daripada diambil oleh pihak penjajah British, sekali gus melindungi rakyat di bawah jagaannnya, dan sebagainya. Begitu jugalah dengan watak sampingan yang terdapat dalam novel ini turut menghadapi pelbagai cabaran yang tidak kurang hebat. Bagi memudahkan perbincangan, berikut disertakan contoh beberapa watak sampingan dan huraian berkaitan dengan cabaran mereka dalam bentuk jadual:
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH WATAK SAMPINGAN
DALAM NOVEL PUTERA GUNUNG TAHAN
Watak sampingan | Cabaran yang dihadapi | Contoh huraian berdasarkan peristiwa |
Tuan Robert | Tidak berupaya untuk melepaskan dirinya daripada tahanan orang Sakai | Tuan Robert ditangkap oleh sekumpulan orang Sakai ketika sedang bersiar-siar dan menikmati keindahan alam di lereng bukit berhampiran gua tempat dia dan Tuan William berteduh. Hal ini menyebabkan Tuan Robert tidak berupaya untuk melepaskan dirinya daripada tahanan orang Sakai seperti yang dijelaskan oleh perempuan tua itu sendiri. Selain itu, atas nasihatnya juga Tuan Robert tidak dibunuh, malah mereka telah melantiknya sebagai “Batin Putih”. |
Mendapatkan kulit harimau putih | Perempuan tua tetap enggan untuk menyerahkan kulit harimau putih kepada Tuan Robert kerana beliau mengetahui sikap tamak dan niat jahat Tuan Robert. Tuan Robert sanggup berbohong untuk memenuhi segala impiannya, tetapi pujukannya tidak diendahkan oleh perempuan tua tersebut. | |
Cabaran untuk memperisteri perempuan Sakai | Peristiwa ini berlaku selepas Tuan Robert dikenakan cenuai oleh perempuan tua Melayu tersebut. Akibatnya, dia tergila-gila seorang perempuan Sakai sehingga melupakan segala-galanya termasuk tanah air dan keluarganya. Dia juga terpaksa melalui adat istiadat perkahwinan jika ingin mengahwini perempuan tersebut. Tetapi, nasib tidak menyebelahinya kerana Tuan Robert mati akibat terjatuh dari pokok ketika mengejar perempuan Sakai itu dalam upacara tersebut. | |
Tuan William | Meneruskan misi mendapatkan puncak Gunung Tahan keseorangan diri | Setelah Tuan Robert ditangkap, Tuan William berusaha mengesan sahabatnya itu, tetapi gagal. Cabarannya semakin rumit apabila beliau terpaksa meneruskan misi untuk mendapatkan puncak Gunung Tahan Tuan Robert. |
Melihat kecurangan isteri di depan matanya sendiri | Tuan William dapat melihat perlakuan isterinya yang curang bersama-sama dengan lelaki lain di depan matanya sendiri melalui terporong terus dan beringin bercakap kepunyaan Ratu Bongsu. | |
Terkena perangkap sendiri semasa berlakunya peristiwa pengeboman | Selepas tiga bulan Tuan William menghantar surat kepada ketua kerajaannya di London, dua buah kapal terbang pengebom datang menyerang puncak Gunung Tahan tersebut. Tetapi, peristiwa pengeboman kawasan tersebut telah mengundang padah pada dirinya sendiri kerana dia mati akibat terkena perangkap sendiri apabila terkurung di dalam sebuah bilik ketika kawasan itu dibom. |
Perempuan tua Melayu | Melarikan diri ke dalam hutan | Setelah suaminya mati tertembak dalam satu perkelahian yang dahsyat dengan puak Inggeris di Semantan, beliau terpaksa melarikan diri ke dalam hutan semata-mata untuk menyelamatkan dirinya dengan menanggung berbagai-bagai azab sengsara dalam keadaan mengandung. |
Ditinggalkan oleh rakan-rakan dari bangsanya sendiri ketika hendak bersalin | Setelah beberapa bulan berada di dalam hutan, nasibnya agak malang apabila rakan-rakannya telah meninggalkannya seorang diri ketika sedang sakit kuat untuk bersalin. Selama tiga hari beliau menanggung kesakitan di tengah-tengah hutan rimba bertikarkan bumi, beratapkan langit dan bersuluhkan bintang di langit. Setelah melahirkan seorang anak lelaki pada sebelah tengah hari, barulah sekumpulan orang Sakai datang membantunya. | |
Mem William | Ditinggalkan oleh suami terlalu lama | Disebabkan terlalu menumpukan perhatian pada akan misi yang dipertanggungjawabkan ke atas Tuan William, Mem William terpaksa ditinggalkan tanpa menghantar berita semenjak dia berada di Tanah Melayu. Oleh sebab itu, Mem William kesunyian sehingga sanggup berkasih-kasihan dengan pemuda lain semasa ketiadaan Tuan William. Dia juga ditinggalkan oleh kekasihnya yang belot dan menipunya. |
Meneruskan rancangan mendiang suaminya | Setelah Mem William berjaya diselamatkan oleh Ratu Bongsu akibat cedera parah ketika pesawat yang dinaikinya terhempas, Mem William berhasrat untuk meneruskan rancangan mendiang suaminya, tetapi tidak kesampaian kerana akhirnya dia telah jatuh hati terhadap Ratu Bongsu.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan