Sabtu, 18 Julai 2009

KOMSAS 1: NILAI KEBIJAKSANAAN DALAM NOVEL PERLUMBAAN KEDUA

Rencana yang disiarkan di dalam majalah Pelita Bahasa, oleh MUNSYI KOMSAS

Di samping aspek watak dan perwatakan, pengarang turut menyelitkan beberapa banyak nilai murni yang dapat dijadikan teladan termasuk nilai kebijaksanaan, kasih sayang, bertanggungjawab, adil, amanah, bersyukur, dan sebagainya. Oleh itu, fokus perbincangan dalam makalah kali ini tertumpu pada nilai kebijaksanaan yang amat ketara dalam novel Perlumbaan Kedua, karya Marwilis Haji Yusof sesuai dengan tema kebijaksanaan akal mengatasi kekuatan fizikal yang digarap oleh pengarang. Berikut dikemukakan beberapa contoh peristiwa dan huraian yang berkaitan dengan nilai kebijaksanaan yang terdapat dalam novel tersebut:

NILAI KEBIJAKSANAAN DALAM NOVEL PERLUMBAAN KEDUA

Bil.

Peristiwa yang melibatkan nilai kebijaksanaan

Huraian berdasarkan peristiwa

1.

Tuk Kura minta Sang Arnab menetapkan dan menghebahkan syarat-syarat pertandingan di hadapan warga rimba

Tuk Kura memang bijak kerana meminta Sang Arnab Putih mengulangi syarat-syarat pertandingan di hadapan semua haiwan yang lain dan bukan daripada mulut Sang Kancil sebelum Tuk Kura membuat keputusan untuk bertanding.

2.

Tuk Kura memilih lereng bukit sebagai tempat perlumbaan

Tuk Kura bijak membuat keputusan untuk memilih lereng bukit sebagai tempat perlumbaan dengan alasan dapat dilihat dengan jelas oleh semua binatang. Tindakan Tuk Kura sebenarnya bertujuan menggunakan teknik melantunkan badannya ketika perlumbaan tersebut diadakan.

3.

Tuk Kura menjalani latihan meniti batang tumbang dan meniti batu hampar yang licin bersama-sama suku sakatnya

Tuk Kura bijak memilih strategi latihan untuk membina daya ketahanan badan melalui aktiviti meniti batang tumbang dan batu hampar yang licin. Berkat daya ketahanan badan ini secara tidak langsung membantu Tuk Kura memenangi perlumbaan kedua tersebut.

4.

Tuk Kura melantunkan badannya ketika menuruni lereng bukit semasa perlumbaan dengan Sang Arnab

Tuk Kura bijak menggunakan kelebihan dirinya yang mempunyai cengkerang yang keras untuk melantunkan badannya semasa menuruni lereng bukit hingga ke garisan penamat dengan lebih mudah, sekali gus memenangi perlumbaan tersebut.

5.

Tuk Kura menolak pelawaan Sang Gajah yang ingin membantunya ketika menuruni bukit.

Tuk Kura tidak mahu menerima bantuan Sang Gajah untuk kali kedua sebab ingin meneliti setiap inci bukit yang akan menjadi tempat perlumbaan kedua.

6.

Tuk Kura mengarahkan cucu-cucunya berpura-pura bergaduh untuk berebut makanan hingga jatuh terlentang di hadapan warga rimba.

Tuk Kura bertindak demikian kerana ingin mengaburi pihak lawannya supaya Sang Arnab menyangka kura-kura lemah dan mudah dikalahkan.

7.

Bapa Sang Arnab meminta Sang Tikus Tanah membersihkan rumpun lalang untuk laluan perlumbaan.

Tuk Kura tidak membantah permintaan bapa Sang Arnab meminta kebenaran daripada Sang Gajah supaya Sang Tikus Tanah membersihkan rumpun lalang untuk laluan perlumbaan. Tuk Kura bertindak demikian kerana laluan yang bersih itu akan memudahkan Tuk Kura melantunkan badannya tanpa halangan. Bapa Sang Arnab menyesal dan tersalah congak apabila menyuruh Sang Tikus Tanah membersihkan rumpun lalang tersebut.


Ikuti selanjutnya di dalam majalah Pelita Bahasa, Januari 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan