ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 5
Secara ringkasnya, tenaga mahir sering didefinisikan sebagai seorang yang telah diiktiraf berkebolehan dan cekap dalam bidang tertentu yang diceburi dan mempunyai mutu kerja yang berkualiti serta biasanya dilakukan secara manual. Kepakaran atau kemahiran yang dimiliki ini akan hanya diperoleh dengan pengetahuan, pengalaman dan bakat seseorang. Mereka juga lazimnya memiliki kelayakan diploma dan ijazah bagi 44 sektor pekerjaan dalam negara kita dalam pengkelasan pengurusan, profesional serta juruteknik. Pengalaman akan hanya diperoleh melalui pendedahan sesuatu bidang pekerjaan untuk satu proses yang panjang. Manakala pengetahuan dan bakat yang ada hendaklah sentiasa ditingkatkan dengan pembelajaran yang berterusan. Oleh itu, negara amat memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi sama di sektor awam mahupun swasta sebagai penggerak dan pemacu kepada kejayaan negara. Kejayaan melahirkan tenaga kerja mahir yang berkeupayaan dan berinovasi serta yang mampu meneroka bidang-bidang baharu merupakan faktor yang akan menentukan daya saing dan kemakmuran masa depan negara.
*** Sila rujuk artikel 20 saya selanjutnya yang berjudul "Memperkasakan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi" dalam buku KRU 5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan