Jumaat, 31 Oktober 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN PM - FOKUS ISU 14

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 14

Industri pelancongan di negara kita telah menjadi penyumbang ketiga terbesar tukaran mata wang asing selepas sektor pembuatan dan kelapa sawit dengan pendapatan sebanyak RM58.3 bilion. Di samping itu, Malaysia juga telah diiktiraf sebagai negara ke-9 paling kerap dilawati di seluruh dunia dari tahun 2009 hingga 2011, iaitu tiga tahun berturut-turut oleh United Nations World Tourism Organization (UNWTO). Kedatangan seramai 24. 7 juta pelancong asing ke negara kita pada tahun 2011, dengan jumlah pendapatan sebanyak RM58.3 bilion untuk negara, telah membuktikan bahawa industri pelancongan negara mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Dengan kata lain, pencapaian Malaysia di peringkat global sememangnya sangat membanggakan. Pengiktirafan demi pengiktirafan diterima oleh negara kita, daripada ekonomi yang paling kompetitf di dunia sehinggalah destinasi membeli-belah ke-4 terbaik di dunia. Baru-baru ini, perunding percutian Muslim Global telah memilih Malaysia sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi umat Islam bagi tahun 2013. Hal ini demikian kerana pada tahun 2013, negara mencatatkan kehadiran lima juta pelancong atau 23 peratus beragama Islam daripada keseluruhan 25 juta pelancong asing. Pemilihan Malaysia ini adalah berasaskan kepada penyediaan pelbagai kemudahan dan produk pelancongan Muslim yang memuaskan pelancong beragama Islam seperti bazar Ramadan, keunikan seni bina masjid, tilawah al-Quran dan Rumah Terbuka Aidilfitri yang sekiranya dipromosi sepenuhnya pasti mampu menarik lebih banyak pelancong.

*** Sila rujuk artikel 2 saya selanjutnya yang berjudul "Mengeksport Kelebihan Malaysia Via TMM2014" dalam buku KRU 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan