Khamis, 30 Oktober 2014

MENJELANG PEPERIKSAAN PM - FOKUS ISU 13

ISU KARANGAN YANG PERLU DIFOKUSKAN - 13

Tahun 2014 merupakan tahun yang sangat mencabar dan dilalui dengan suram oleh sebahagian besar rakyat Malaysia. Kenaikan kos sara hidup rakyat kini merupakan isu yang menjadi topik perbualan hangat di sana sini yang semakin mencengkam dan menuntut tindakan pihak kerajaan bagi menanganinya dengan segera. Di pasar, di kedai kopi malah sehingga mesyuarat tingkap kaum ibu turut terdengar keluhan yang terpaksa ditanggung setiap hari. Isu kenaikan harga barang bukan sahaja terhad kepada makanan, malah meliputi perkhidmatan dan barangan lain. Namun, sebenarnya masyarakat begitu runsing akan kesan berganda yang berlaku disebabkan oleh kenaikan harga keperuan asasi tersebut. Keresahan itu bukan sahaja dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana, malah turut memberi kesan kepada golongan berpendapatan tinggi dalam memperuntukkan perbelanjaan harian. Bukan hendak menyalahkan mana-mana pihak, tetapi kesan kenaikan harga ini terutama barang keperluan harian amat ketara sekali, di samping sikap para peniaga yang lebih mengutamakan keuntungan daripada tanggungjawab sosial. Pelbagai usaha telah dan sedang diambil oleh kerajaan dalam menangani kenaikan harga barang dan mengurangkan bebanan rakyat.

*** Sila rujuk artikel 17 saya selanjutnya yang berjudul "Menangani Kos Sara Hidup Rakyat" dalam buku KRU 5.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan