Isnin, 15 Februari 2010

ULASAN KOMSAS 17: SINOPSIS BAB 2 - NOVEL PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)

Bab 2

Beberapa minggu kemudiannya, Julia pulang dari sekolah sendirian sambil merungut tanpa mama. Mak Cik Noraini melayan Julia dengan menghidangkannya bubur jagung yang mengembalikan pertemuan papa dan mamanya. Tiba-tiba Julia teringat kembali peristiwa jari mama yang terluka akibat terhiris pisau dan terpaksa dibawa ke klinik. Papa sangat mengambil berat terhadap mama dan masih bergurau senda dengan mama untuk meringankan kesakitan yang ditanggung mama. Lamunannya terhenti apabila ditegur oleh Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini sempat juga mengimbau kembali kisah silam papa dan mama Julia. Sedang Julia dan Mak Cik rancak berborak, mama dan papa balik sambil masing-masing tersenyum antara satu sama lain. Secara tiba-tiba, papa memberitahu berita gembira kepada Julia bahawa dia akan dapat seorang adik. Julia terlalu gembira walaupun Mak Cik Noraini tidak berapa senang dengan berita tersebut kerana risau akan keadaan mama yang pernah mengalami komplikasi ketika melahirkan Julia dahulu. Tetapi, bagi mama dan papa mereka sudah bersedia untuk menerima segala ketentuan Ilahi kelak.

1 ulasan: