Isnin, 1 Februari 2010

KOMSAS 20: PELUKISAN WATAK DALAM CERPEN TEMPANG

Watak dalam sesebuah cerpen merupakan ciptaan pengarangnya sahaja sama ada terdiri daripada manusia, haiwan, ataupun objek lain, dan sebagainya. Namun, tidak pula dinafikan betapa watak ciptaan pengarang itu ada kemiripannya dengan manusia atau individu tertentu dalam hidup ini. Hal ini adalah wajar agar watak itu dapat diterima oleh pembaca kerana watak tersebut memiliki ciri-ciri perwatakan yang sama dengan manusia yang kita kenali dalam realiti kehidupan. Dengan kata lain, watak itu tidak asing lagi dengan pembaca. Malah, semacam ada hubungan langsung dengan pembaca. Jika watak dalam karya sastera merujuk manusia, haiwan, objek lain, dan sebagainya, maka perwatakan pula merujuk tindak tanduknya, cara berfikir, cara bercakap, rupa paras, fizikal, gambaran perasaan seseorang atau sesuatu watak itu. Sifat fizikal watak, umpamanya tampan, rambut panjang, kaki pengkar, kulit sawo matang, dan lain-lain, manakala gambaran perwatakan dalaman pula termasuk sikap angkuh, cerdik, simpati, dan sebagainya.
Pada keseluruhannya, terdapat dua jenis watak yang ditampilkan oleh pengarang dalam karya mereka, iaitu watak utama dan watak sampingan. Fokus perbincangan dalam makalah bulan ini tertumpu pada cara pelukisan watak yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen Tempang, karya Pitteriah Abdullah, yang dimuatkan dalam antologi Kasut Kelopak Jantung teks KOMSAS baharu bagi tingkatan 1.

Ikuti tulisan saya selanjutnya di dalam Dewan Siswa, Februari 2010.

1 ulasan: