Datuk Dolhi meneliti kertas cadangan yang dihantar oleh Wahi dari Tokyo tentang Kawalan Mutu Menyentuh (KMM) dan mengarahkan Rozie untuk memaklumkannya kepada pihak pengurusan dan pegawai-pegawai kanan. Pada dasarnya, Datuk Dolhi amat bersetuju untuk melaksanakan cadangan Wahi itu. Rozie turut mengingatkan Datuk tentang lawatan rombongan presiden dari negara Islam bekas Soviet. Datuk Dolhi terus melayani fikirannya tentang anaknya, Mukhlis dan Wahi silih berganti. Datuk juga mengenang kembali faktor-faktor kejayaan Jepun selepas kejatuhan suatu ketika dahulu. Tiba-tiba Mukhlis muncul untuk membuat kunjungan silaturahim di pejabat Datuk sambil berbincang tentang dakwah dan perniagaan. Sebelum meninggalkan pejabat ayahnya, Mukhlis sempat membuat pinjaman daripada ayahnya dengan alasan untuk berdakwah ke jalan Allah, tetapi usahanya gagal. Datuk Dolhi amat kesal dengan tindakan anaknya yang mensia-siakan usia mudanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan