Sabtu, 4 November 2017

ISU KARANGAN KE-11 YANG PERLU DIFOKUSKAN

ISU KARANGAN KE-11 YANG PERLU DIFOKUSKAN:

Umum mengakui merokok merupakan tabiat tidak sihat yang membawa banyak keburukan bukan sahaja kepada perokok terbabit, bahkan orang sekitarnya. Begitu pun, masih banyak yang gagal membuang ketagihan merokok. Jumlah perokok di negara kita secara kasar ialah enam juta orang dengan lapan peratus daripadanya adalah perokok wanita. Sebelum ini hanya empat peratus sahaja, tetapi kebelakangan ini trend perokok wanita meningkat 100 peratus. ...Pelbagai pendekatan, khususnya kaedah perundangan dan pendidikan kesihatan yang menyasarkan para perokok, telah dijalankan sejak dua dekad yang lalu dengan harapan agar golongan ini meninggalkan tabiat mereka. Namun, kadar merokok semakin meningkat dengan penglibatan wanita dan remaja pula. Hal ini adalah hasil daripada kejayaan taktik promosi oleh syarikat-syarikat tembakau untuk memperluas jaringan pasaran masing-masing demi keuntungan yang lumayan.
Barangkali sempena Minggu Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut setiap tahun pada 31 Mei sehingga 6 Jun ini merupakan waktu terbaik bagi kita memahami polemik gejala merokok dalam kalangan remaja. Seterusnya kita boleh mengatur strategi dan pelan tindakan yang komprehensif bagi menyedarkan murid sekolah dan remaja untuk berhenti merokok. Sebenarnya wujud salah faham dan pandangan yang kurang tepat kepada perokok dan alasan mereka merokok. Persepsi yang salah mengenai perokok termasuk merokok untuk menunjukkan kematangan; remaja tidak boleh merokok tetapi orang dewasa boleh; perbuatan merokok merupakan budaya golongan kelas bawahan; semua perokok tidak pernah terlintas untuk berhenti merokok dan semua perokok tahu implikasi negatif perbuatan merokok terhadap kesihatan. Lima perspektif ini berada dalam kebanyakan masyarakat yang akhirnya memberi natijah segala usaha pembanterasan amalan merokok gagal. Pada hal pelbagai cogan kata yang berbentuk ancaman, nasihat dan pujukan yang dicipta tentang bahayanya merokok ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bolehlah dikatakan bahawa masyarakat tidak mempunyai sebarang alasan untuk mengatakan yang mereka tidak tahu akan maklumat berkaitan dengan bahaya merokok. Tak kira sama ada langkah untuk berhenti, mengurangkan mahupun mengelak daripada terjebak, semuanya telah lengkap dipaparkan sebagai ingatan.
Perbincangan selanjutnya baruslah tertumpu pada:
1. Faktor-faktor penyumbang kepada gejala merokok dalam kalangan remaja.
2. Langkah-langkah menangani gejala merokok.
Untuk bacaan tambahan, sila rujuk artikel saya yang berikut:
1. Artikel 24 - Menangani Gejala Merokok dalam Kalangan Remaja dalam buku KRU 3.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan