Selasa, 13 November 2012

TERBUKTI LAGI...KERELEVANAN BUKU KRU DENGAN SOALAN PENGAJIAN AM STPM PENGGAL 1

Alhamdulillah...sekali lagi rezeki buat pelajar STPM Penggal 1 (STPM Baharu) yang julung-julung mengambil Kertas Pengajian Am 900/1 2012 kerana artikel 12 dalam buku KRU 1 saya yang berjudul "Memelihara Warisan Kebangsaan" dan artikel 10 dalam buku KRU 2 yang berjudul "Melestarikan Warisan Budaya" amat relevan dengan soalan 21 Bahagian C yang berbunyi:
"Warisan budaya yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Oleh itu, langkah-langkah bagi memastikan warisan budaya masyarakat tersebut terus wujud perlu diambil. Bincangkan."
ARTIKEL 12 - MEMELIHARA WARISAN KEBANGSAAN DALAM BUKU KRU 1

 ARTIKEL 10 - MELESTARIKAN WARISAN BUDAYA DALAM BUKU KRU 2

Alhamdulillah...sekali lagi rezeki buat pelajar STPM Penggal 1 (STPM Baharu) yang julung-julung mengambil Kertas Pengajian Am 900/1 2012 kerana artikel 2 dalam buku KRU 3 saya yang berjudul "Memperkasakan Industri Kraf tangan Negara" amat relevan dengan soalan 22 Bahagian C yang berbunyi:
"Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis barangan kraf tangan. Usaha perlu dijalankan untuk menjadikan industri kraf tangan ini sebagai satu industri berskala besar yang mampu memberikan sumbangan kepada ekonomi negara. Bincangkan."

 ARTIKEL 2 - MEMPERKASAKAN INDUSTRI KRAF TANGAN NEGARA
  
Kepada peminat setia buku KRU 123, artikel-artikel tersebut diharap dapat membantu dan semoga kalian dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan baik dan tepat.  Bagi bakal calon SPM dan STPM teruskan membaca!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan