Selasa, 6 November 2012

SEKALI LAGI TERBUKTI KERELEVANAN BUKU KRU DENGAN SOALAN BAHASA MELAYU SPM 2012

Alhamdulillah secara kebetulan rezeki calon SPM 2012 kerana terdapat dua rencana yang dimuatkan dalam buku-buku KRU 2 dan 3 amat relevan dengan soalan kertas Bahasa Melayu 1 SPM 2012 dalam Bahagian A dan B seperti berikut:
 
KARANGAN BAHAGIAN A



 Alhamdulillah sudah TERBUKTI artikel 25 yang berjudul "Memugarkan Semangat Patriotisme" dalam buku KRU 3 secara tidak langsung relevan dengan soalan Bahagian A Kertas Bahasa Melayu 1 SPM 2012 yang berbunyi: "Huraikan pendapat anda tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai diadakan di sekolah bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan negara kita." Sebahagian daripada ayat dalam artikel tersebut dapat disesuaikan dengan tugasan soalan yang diuji.

KARANGAN BAHAGIAN B

 Alhamdulillah...artikel 23 yang berjudul "Membangunkan Produk Halal"dalam buku KRU 1 turut relevan dengan soalan 4. Selain itu, buku KRU 2 dengan isu yang sama tetapi pengolahan yang berbeza turut relevan dengan soalan yang sama seperti di bawah:




Alhamdulillah untuk kali kedua berturut-turut artikel dalam buku KRU 2 keluar dalam SPM 2011 dan 2012. Artikel 9 dalam buku KRU 2 saya berjudul "Mengembangkan Pasaran Industri Halal" TERBUKTI sangat relevan dengan soalan 4 Bahagian B kertas Bahasa Melayu 1 peperiksaan SPM 2012 yang berbunyi:
"Produk makanan halal Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai produk yang terjamin kebersihan dan kesuciannya.
Jelaskan kebaikan-kebaikan yang diperoleh melalui penghasilan produk makanan halal ini."

Kepada peminat setia buku buku KRU 123, teruskan pembacaan dan menghayati setiap artikel yang dimuatkan. Insya-Allah buku KRU 4 akan menyusul selepas ini!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan